Assalamualaikum
Takde dah mainan untuk Nur awfiyah!!..Bukan ape.Macam nampak dia tak berminat nak main permainan² tu.Dia lebih suka mengemas,menyepah tu je..Tapi dari kecil ni lah kita kena ajar anak-anak kita.Permainan Nur awfiyah memang aku dah letakkan dalam satu bakul.Bila dia dah puas menyepah,aku pujuk dia untuk kemas balik..Walaupun mulut membebel,mata menjeling,dia tetap jugak buat.hehe..Buat ummi dia tak jadi marah.
Masa aku jenjalan kat blog rakan blogger,terjumpa tentang entry dia beli anak dia Play Tent ni.So,aku menggoogle la kat mana nak beli Play Tent ni.Moh aku senaraikan harga yang aku survey.
Lazada- Rm57.90
11street -Rm40.90
Mr.DIY-RM38.00
So,agak-agak korang ,kat mana Play Tent ni aku beli.Nasib baik husband dok survey dan bagi cadangan nak pi MR.DIY.Of course la kat Mr.DIY kan aku beli..Murah dan boleh tambah apa lagi yang berkenan kat kedai tu
Bila pi Mr.DIY ni,bukan setakat Play Tent ,aku beli dia buah-buahan untuk letak dalam Play tent ni.Ingat nak beli bola-bola kecil,tapi disebabkan takde dan bola tu terlalu kecil,so tak jadi.Tulah aku beli buah-buahan.
Tada....................
Tetap ummi dia nak cari warna pink.Ada banyak jenis,tapi ummi dia berkenan kat ni.
Dekat Mr.DIY tu,aku ingat nak beli Play Doh.tapi bila fikir nur awfiyah akan makan benda tu,terus tak jadi.Mybe tak sesuai untuk kanak-kanak usia dia.
Nampak tak,segala jenis mainan aku letakkan dlam Play Tent.Jadi senang dia main kat dalam ni.Takdelah dia mengacau pinggan mangkuk ummi dia kat dapur.
Nasib baik masa pindah tu,aku beli set pinggan mangkuk plastik.Pakai tu je dah.Anak kecil,memang tak boleh nak berhias bagai.
Nanti adik dia dah besar,adalah dia kawan gaduh..tak sabar nak tunggu Naura besar..hehe
Comeiiii! Kita dulu buat rumah guna kusyen mak je kan kak haha. Bertuah budak skrg ada jual play tent mcm ni. Mujur abg akak suggest DIY, sana memang murah berbanding tmpt lain :)
ReplyDeleteassalamualaikum ieda...cantik nyer....kalau kat DIY ni mmg murah harganya....
ReplyDeleteFiqa pun ada beli untuk anak..dekat mr.Diy gak..memang murah kan..bola2 warna warni fiqa beli dekat tesco..hehe..
ReplyDeletePandai survey harga dulu kan
ReplyDeletePandai survey harga dulu kan
ReplyDeleteMurah lah kak,,nak survey jugak lah..
ReplyDeleteWahh cantiknya tent tu... mcm khemah puteri hihii.. best... :)
ReplyDeletebagus kak survey dulu sebelum membeli.. kat DIY memang rambang mata tengok macam-macam benda menarik dengan harga yang berpatutan..
ReplyDeletepink juga pilihan hati kan kak..hehe..seronoklah fiyah main dalam tent tu
ReplyDeleteComel murah lgi tu kan..yg pnting pink haruss hhehe
ReplyDeleteWah, Awfiyah boleh kemas dalam play tent la nanti ^-^
ReplyDeletetengah bt survey gak ni.. dah tgk kat lazada, 11street, qoo10, mudah.. tp nampak mcm kat mudah lg murah..
ReplyDeleteDuk usha nk psg tent tu jgk lam playroom anak. Tgh cri playmat,tp costly jgk nk psg satu bilik huhu
ReplyDeleteOn the off chance that a specialist isn't accessible, consider these tips on the best way to purchase the ideal tents for camping. best instant tent on the market
ReplyDeleteCamping gives you the awesome chance to be with nature and absorb all its glory.camping tents
ReplyDeleteLove your work! Great tips about using tents! Cheers & Thanks a million!
ReplyDelete