Assalamualaikum
emmm...Anak kedua aku ni fully breastfeeding.Masa Naura dapat susu badan ummi dia,terus demand taknak susu formula dari hospital.Masa aku dimasukkan diwad biasa,dan masa tu aku dah pun boleh bergerak,doktor arahkan nurse supaya letak baby tepi katil aku.So aku kena BF naura.Masa 1st time tu,aku kekok jugak la kan..yelah selama ni tak pernah ada experience pun...dengar orang cerita je sebelum ni.Masa pagi tu iaitu hari keempat Naura di sebelah aku,nurse dah suruh BF dia.Aku try sebaik mungkin untuk BF dia..Tapi x sure masa tu susu banyak atau tidak untuk dia minum.Risau dia lapar.Tapi masa tu Naura memang tido je.Tak bangun menyusu pun takpe.Tapi aku kejutkan dia jugak untuk BF.Sampai nipple aku sakit dan melecet.Yelah 1st time kan..Sampailah malam,aku tak sure aku anak aku tu kenyang or tak.
Lastly aku panggil nurse.Bagitahu kat dia yang aku tak sure samada anak aku tu kenyang ke tidak.Then dia tolak Naura masuk bilik baby untuk disusukan.Baru aku nak lelap,dia da tolak Naura tepi aku.,terus dia bagitau kat aku Naura taknak susu tu..Dia muntahkan balik susu yang nurse bagi.Lorhh..Demand anak aku ni.So,malam tu Naura tido tepi aku sambil aku cuba jugak untuk susukan dia.
Hari kedua penyusuan Naura,alhamdulillah..Dah nampak susu keluar,tapi satu masalah Naura pulak taknak menyusu sebab dia tidur je..Puas dah kejutkan dia,Hari ketiga doktor check Naura kena jaundice.Isk...dah mula risau..Sebab takut duduk wad semakin lama kan.Hari ke5 masa aku nak keluar,doktor check lagi Naura takut kuning dia meningkat.Tapi alhamdulillah...boleh jugak balik walapun aku terpaksa ulang alik ke klinik kesihatan untuk sambung check kuning Naura.
So,bermulalah sesi aku mengepam setiap hari supaya susu aku banyak.Bermula jugak pencarian breast pump untuk memudahkan aku bila bekerja nanti.Mula-mula aku guna pump manual je..Memang mudah,tapi sedikit penat la sebab menggunakan tangan untuk pam.Survey pump kat fb semua mahal-mahal.Di luar kemampuan aku.Aku ada survey yang murah iaitu yang single pump jelah.Harga pun tak sampai rm200 ke atas.
Memang berkenan Malish lifestyle pump sebab berwarna pink..hehehe...Tapi bila aku dapat offer dari hamba allah untuk menjualkan pada aku dengan harga yang lebih murah,.alhamdulillah..Dapat jugak kurangkan kos beli yang kt fb tu.Dia jual hanya rm150.Baru pakai dua kali katanya sebab susu dia tak keluar.Lagi satu semua free gift dia bagi pada aku..Then,why not aku tolak kan.Urusan pembelian dah berlangsung,tetiba husband belikan yang brand Fiffy punya.Electric pump jugak.rm140 tapi tak dapat apa-apa free gift..lagi satu suction dia sakit sikit masa mengepam..uih...seriau..
Ni yang husband beli..Memang pump electric,tapi aku tak suka suction dia sakitkan nipple aku ni..
Ni yang dia jual tu.Semua free gift tu dia bagi aku..,alhamdulillah..aku berpuas hati.
Dia pun beli dekat Pump On The Go jugak
Sebelum aku kerja,ada jugaklah aku buat stock untuk Naura.Walau tak banyak,tapi cukup untuk keperluan seharian dia.alhamdulillah..moga tak putus bagi kat Naura
Sekarang ni ke tempat kerja,tambah lagi satu beg untuk dibawa.Beg pump..hehehe..1st time pump kat tempat kerja memang la jadual nya berserabut.1st aku pump kat surau..hari kedua aku pump dalam office je..hehehe...nasib baik orang tak perasan..maklum ler department aku banyak lelaki.kena cover betul-betul la.
Alhamdulilah, smoga teruskan penyusuan.. kak Alycia dah 8 bulan dapat bf baby Zhafran, Alhamdulilah....
ReplyDeletePam Malish Ilaria tu memang terbaik ;)
Alhamdulillah... kakak doakan moga Naur dpt susu umi sepenuhnya. Yg penting Eda kena rajin pam selalu kalau tak lama-lama akan berkurang. Malam tak payah guna botol ikut style kakak sumbat aje terus lagi senang.. Dpt dakap/peluk lagi kan best kan... bilalah kakak dpt jumpa ni..
ReplyDeleteinsya allah kak,memang nak sangat jumpa akak ni..
Deleteselamat mengepam di opis.... yelah masa awal2 tuh kalu pengepam tu sakit mmg ngeri lah huhuhu.....
ReplyDeleteskrg dh ada mcm2 dh pengepam susu kan, ada sorang membe dulu sambil bt keje kt tempat dia sambil dia pam susu mmg syok lah tp mahal skit lah kalu jns yg takde bunyi kn
sudah lama tak menyusukan baby. anak2 ummi dah besar..
ReplyDeletedidoakan semoga semua dipermudahkan.... :)
ReplyDeleteseronoknya dapat susukan bayi sepenuhnya.. besar ganjaran pahala.. InsyaAllah... :)
teringat dulu time Anim, tak pakai pam susu letrik camni tapi pakai yang picit tangan punya...sampai melecet-lecet jari hehe tapi puas sebab dapat beri susu badan pada anak :)
ReplyDeleteteruskan usaha bagi susu ibu :) ...
ReplyDeletealhamdulillah.
ReplyDeleterezeki naura.
kipidap :)
Alhamdulillah, susu ibu adalah yg terbaik. Semoga Naura sihat membesar...
ReplyDeletep/s: Bin Muhammad kini di blog www.dammahumnib.com
cayookk akak. nk fully bf kena kuat semangat. insya allah berkat..
ReplyDeleteHarap2 kite ada susu banyak...sebab niat di hati memang nak fully bf siap beli pam awal2...semangat lain macam..hahaja
ReplyDelete