Assalamualaikum
33 weeks Pregnancy..Lagi 7 minggu lagi,insya allah,akan dipertemukan dengan anak syurga umi ni..Insya allah juga,mohon Allah swt permudahkan urusan umi bersalin ni..Terbaca fakta menarik tentang bayi di dalam kandungan ni.Boleh share dengan mom to be diluar sana.
sumber:google
1. Di sekitar usia 3 bulan usia di dalam kandungan,bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing.Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya
2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi.Sekitar usianya 3 bulan,peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam
3. Seawal usia 4 bulan,bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya.Dia mula bermain dengan tali pusatnya,menghisap ibu jarinya sendiri,berengan-renang ,menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya.Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakkan bayi sehingga usianya 5 bulan.
4.Ketika usianya memasuki 4 bulan,bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan.Bila bayi tersedu,ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.
5. Pada usia 5 bulan,bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.
6.Sekitar usia 6 bulan,memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dn mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.
7. Seperti kita,bayi du dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan,Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan mentalnya.
8. Apabila otaknya sudah terbentuk,bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi.Apabila ibu tertekan atau stress,emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.
9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk,bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagai reaksi kepada rasa pelik makanan yang di makan oleh ibu.
10. Sebaik sahaja lahir,pertama kali bayi membuka mata,anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekelilingnya terutama ibu bapanya.
oh sis pn preggy ke? hehehe......sis dulu lah ye.. semoga slmt semuanya :-)
ReplyDeletetq sudi singgah blog kak. oo...inilah kisah si dairy yg di"sebut:..kakchik, hihi
ReplyDeletesalam ukhwah dari akak
bila baca entri u ni rasa nak pregnant balik.. hihi.. indah kan..:))
ReplyDeletebaby comel... semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti kak.. amin..
ReplyDeleteflying kiss dekat baby.. :D
seronok ada pengalaman pregnant ni kan :)
ReplyDelete