Assalamualaikum
Bila usia kandungan makin bertambah,sekarang ni dah 31 minggu dah pun,Kerisauan tu selalu jugak menghantui aku.Badan pun sekarang ni makin tak bermaya nak hadap semua kerja di rumah dan ditempat kerja.
Lagi satu,bila nak naik tangga,memang sangat² payah lah bagi aku.Selalu sangat kepenatan.Kekadang aku stay dulu dua tiga anak tangga.Amik nafas dulu baru aku teruskan naik tangga.
Ahad minggu lepas,aku gi checkup macam biasa.Kalau ibu mengandung yang bermasalah macam aku ni,kena jumpa doktor setiap kali check up.Lepas tu kena pergi 2minggu sekali.Rasa penat,tapi bila fikirkan kesihatan baby,aku gagahkan jugak.Walaupun kurang masa aku dengan Nur awfiyah,tapi aku bersyukur,sebab mak long dia tolong jagakan dia.
Masa tu aku ada bagitahu tentang kencing kotor ketika hamil, check up kali ni,alhamdulillah bersih.Cuma HB rendah dan terpaksa test banyak kali jugak.Last dapat result 11.0..SIkit lagi nak drop HB aku..iskk.risau jugak..Sebab aku ada baca tentang Bahaya HB rendah ketika Mengandung.
Jom aku share apa yang bahayanya bila HB rendah
Kesan HB rendah pada ibu yang mengandung :-
- Pitam atau mudah pengsan
- Keguguran
- Mengalami kegagalan jantung
- Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
Kesan HB rendah pada anak dalam kandungan :-
- Intrauterine growth restriction(IUGR) atau pertumbuhan janin terbantut
- Lahir sebagai Premi atau tidak cukup bulan
- Berat bayi yang kurang dari 2.5kg
- Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
- Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
Tercari-cari jugak bagaimana cara nak atasi HB rendah ketika hamil ni.
Cara terbaik untuk meningkatkan Hemoglobin dalam Darah:-
1.Haruslah makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti :
- Daging lembu sebesar kotak mancis
- Daging ayam iaitu bahagian dada
- Kerang 20 biji
- Ikan bilis
2.Jangan sesekali mengambil pil tambah darah dengan air susu kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin,sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan.HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan.
Anim pun hadap kes yg sama masa pregnant dulu. HB mesti rendah no matter berapa banyak makan kerang. Mujurlah sihat walafiat sehingga akhirnya, cuma nak kasi tinggi HB tu payah sikit hehe
ReplyDeleteSusah juga klau HB rendah erkk..Lya x da pglmn lgi kna tmbh ilmu lgi ni
ReplyDeleteAnak 1st check 9.2
ReplyDeleteyg 2nd drop byk p 8.0 jer
tapi amalkan set mengandung shaklee alhamdulillah result ok...
apepun jaga kesihatan ye kak :)
ReplyDeleteNice sharing akak..info berguna nie untuk bakal2 ibu..=D
ReplyDeletetry lah minum jus pati buah delima. pernah dgr org pregnant minum utk stabilkan hb dia.. inyaallah.. makanan sunnah..
ReplyDeletesalam. singgah sini bc pasal hb :)
ReplyDeletealhamdulillah HB akak ok lagi..saya baru 4 bulan HB dah rendah..sob2..baru last checkup naik semula..
ReplyDeletesaya amalkan lazz susu kambing..next checkup tengok macamana pula
Ibu2 yg mengandun patut tahu ni.. perkongsian yg bermanfaat..
ReplyDeletemengandung...
Deletemmg bahaya tu . harap awk kuat melalui dan tabah demi baby tu ...
ReplyDeletesama macam saya, mengandungkan kedua2 anak, masalah hb rendah, makan jambu batu pun dpt membantu....mudahan dipermudahkan ye :)
ReplyDelete