Assalamualaikum
Wah...dah dekat seminggu jugak tidak berupdate blog ni.Kurang juga di media social.Kalau korang dah baca tajuk enty aku kali ni,semuanya ada kena mengena dengan kehilangan aku di blog selama seminggu nih..Korang kesah ke..hehehe...almaklum ler..blogger picisan macam aku ni,jarang orang kenal..hua....
Oklah..tak kisah korang kenal ke tidak.Back to our topic hari ni..Nak cerita tentang si anakanda tercinta kena chicken pox kali kedua..What!! kali kedua??? macam tak percaya kan..Orang kata kalau dah sekali kena ni,dah takkan kena lagi.Kalau korang masih ingat lagi,aku pernah up entry pasal nur awfiyah kena chicken pox dalam bulan dua tuari. Korang boleh baca entry Bila Si Kecil kena Chicken Pox.
Hari Isnin Lepas,Aku dah bawak gi klinik swasta pulak,sbb yang 1st tu aku bawak ke klinik kerajaan..Dia cuma bagi ubat demam dan ubat sapu je,berbanding dengan klinik swasta doktor bagi ubat sapu,ubat demam dan ubat antiviral.Doktor dah pesan ngan aku supaya jangan bagi minum air kelapa.Bukan apa,doktor kata air kelapa ni macam membantutkan pengeluaran penyakit tu..So,..Untuk kali ni aku memang tak kasi langsung air kelapa pada dia.
Aku combinekan je gambar-gambar ni..malas dah letak satu-satu
Oklah..Pic yang 1 tu,baru nak jadi..Masa nak jadi tu,aku ingatkan kena gigit nyamuk je.Lepas tu esoknya macam berair pulak..Dalam fikiran,takkan dia naik kali kedua kan.Esoknya aku terus bawak gi klinik sebab malam tu dia dah demam².Memang sah,dia kena chicken Pox kali kedua.
Aku terpaksa ambil cuti jugak sebab demam dia on/off tu menakutkan aku.Makin hari makin banyak sehingga ke dalam mulut dan bibir.Kali ni memang banyak kat bahagian muka dan kepala.Dah jadi risau kalau setiap malam panas badannya memang tinggi.Sampai aku nak tidur pun rasa takut.kali kedua ke klinik,sebab memang risau sangat².Doktor bagitau aku tak perlu risau,dia sruh habiskan ubat tu sahaja.Adeh...Maunya tak kalau demam macam tu kan..Risau denggi ke hapa ke..
Last² aku bawak balik kampung sahaja.Sambil berehat di kampung,Ada jugak yang tolong jagakan Nur awfiyah.Yelah..Ummi dia pun sekarang ni tak larat sangat nak menjaga dia..Tapi bila anak tengah sakit macam ni,walaupun mencabar dengan karenah dia yang sakit tu,semakin sayang,semakin kasih bila setiap masa dia memerlukan kita.Memeluk diri kita 24 jam.Dengan orang lain memang taknak..Kalau dengan nenek sebelah husband,memang dia taknak..nasib baik dengan Mak aku dia ok.So,boleh la aku berehat sikit.Bila kandungan dah menjangkau 7 bulan ni,semuanya rasa terhad.Tidur pun tak cukup..Makan apa tah lagi..Kurang berselera.
Alhamdulillah.Nur awfiyah dah kembali pulih walaupun ada lagi kesan-kesan chicken pox tu tinggal.Takpelah..Janji dia sihat.Dah boleh makan macam dulu,bermain macam dulu...Jadi baru hari ni ummi start kerja.
Alahai..kesiannya. Mesti tak selesa sangat tu.
ReplyDeleteMoga cepat2 baik ya...aamiin
Salam. hee moga cepat semboh (p
ReplyDeleteSama macam qhaira ari tu la..tp dia sgt2 aktif walau kena chicken pox...2 minggu je dia dh elok...akak x pnh plak dgr kena 2 kali...maybe sbb yg first tu x kuar habis..
ReplyDeleteseksa tau kena chicken pox . lagi lah kalau baby ... semoga cepat sembuh .
ReplyDeletekesian kat baby. inshaAllah akan cepat sembuh, aamiin
ReplyDeleteSian Fiyah..maybe masa first tu tak habis keluar. Tu yang kena lagi tu..
ReplyDeleteKesian klau baby yg kna,lya dulu kna time sklh rndh
ReplyDelete