Assalamualaikum
Ni bukan perut aku tau...Sumber :google
Alhamdulillah..Dah pun masuk minggu ke 26.Rasanya makin dekat je dengan due date tu..Takut??? maunya tak takut..Orang dok sibuk cerita pengalaman ngeri dan tak ngeri semasa kelahiran..
Tapi demi anak tersayang ni,aku gagahkan jugak melayan perbualan mereka tentang isu ni.Setiap wanita tu pasti merasai pengalaman macam tu kan.Itu aku tak kisah..Yang penting,bayi dan aku sihat.Alhamdulillah..Sekarang ni pun dah tak kerap nak ulang alik pi hospital.Cuma dalam 2 minggu sekali kena check up kat klinik kerajaan je.Bulan 6 nanti barulah pi Hospital balik.
Bila baby dah besar dalam perut ni,aku rajin gak menggoogle pemakanan yang perlu dielakkan semasa mengandung,Risau jugakkan bila makan yang entah ape² akan effect pada baby.
Hasil google yang aku dapat tentang Pemakanan yang perlu dielakkan
1.Keju lembut
~Keju lembut yang diperbuat dari susu yang tidak dipasteur boleh membiakkan bakteria Listeria yang merbahaya kepada ibu dan bayi yang dikandung.Listeria mampu menyeberangi uri,menjangkiti bayi dalam kandungan dan seterusnya membawa jangkitan atau keracunan makanan yang membawa maut.Seeloknya elak jenis kecju seperti brie,cemembert,feta ,blue cheese,queso blanco,queo fresco dan panela.
Maknanya cheesecake dan spaghetti yang ada cheese tu aku boleh makan la kan..hehehe...
2.Daging mentah atau separuh masak
~Hah!! yang ni tak payah elak pun takpe..aku memang tak makan pun.Daging mentah atau separuh masak ni mengandungi bakteria toxoplasma dan pelbagai jenis bakteria lain.Bila makan diluar,pastikan menu daging anda betul betul panas dan telah dimasak sempurna.
3.Jus Buah-Buahan
~Aku memang suka dengan jus buah ni.Lately ni buah pun aku suka makan.Jus buah ni kan sedap,Tapi kita kena harus berwaspada dengan jus buahan yang diperah terutama di derai makan atau restoran kerana minimun tersebut tidak dipasteur untuk melindungi dari bakteria salmonella dan e.coli.Kalau buat kat rumah tu pasti kita boleh tau tahap kebersihan sebab kita sendiri yang buat kan..
4.Sushi
~Sushi ni mengandungi bakteria dan parasit yang merbahaya walaupun makanaan laut adalah sumber yang bagus untuk protein.
5.Adunan Tepung mentah
~Kadang² bila kita buat kuih atau apa jugak yang melibtkan adunan tepung,mesti kita nak merasai sedikit adunan tu kan.Sekiranya adunan tersebut mengandungi telur mentah,walaupun sedikit adunan yng kita rasa,ia boleh membahayakan atau berisiko kepada ibu dan bayi kerana telur mentah mungkin mengandungi bakteria salmonella.
p/s:sekarang ni macam mengidam nak makan telur separuh masak lak
6.Salad Dressing
~ Telur mentah juga terkandung dalam sos dan dressing yang dibuat di rumah(homemade).Pilih sos atau dressing yang dibeli dikedai(diperbuat dari telur yang telah dipasteur)occay tak makan ni..heheh
7.Tiramisu
~ Kebanyakkan pencuci mulut (desserts) mengandungi telur mentah.kalau boleh ,elakkan pencuci mulut yang diperubat dari telur mentah yang tidak dipasteur.Melainkan anda sendiri yang membuatnya menggunakan telur yang tertulis di label"telah Dipasteur"
rajin pulak nak buat..hehehe...beli jelah..
8.Ikan Bermekuri Tinggi
~Ikan memang sumber protein yang tinggi.Namun ia boleh menyebabkan kerosakkan saraf jika di makan dalam kuantiti yang banyak.FDA mencadangkan saiz hidangan sajian ikan terhad kepada 12 auns seminggu.Omaii...sikitnya,,hehehe...Berdasarkan kajian oleh P.Hajeb an S.Jinap-Mercury Expose Through Fish and seafood Consumption in the Rural and urban Coastal communities of Peninsular
Malaysia>>> Nak baca apa kajiannya,korang boleh klik Link Ni
9.Kekacang
~Jika anda,suami atau mana mana anak yang lain,mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi,asma atau ekzema,mengelakkan kekacang semasa kehamilan dan penyususan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius.Pasal kacang ni aku n family ok je...
10.Minuman dan Makanan yang Berkafein
~ sesetengah kajian mengatakan jumlah kafein yangf sederhana selamat semasa hamil.Sekiranya anda perlu minuman berkafein,hadkan kepada 200mg sehari(bersamaan dengan 12auns cawan kopi).Tapi harus diingat,kafein turut terkandung dalam minuman bergas,teh dan coklat.Kafein dikatakan boleh menjejaskan berat badan bayi didalam kandungan.Ia juga boleh memberi risiko kelahiran pramatang dan menganggu penyerapan zat besi yang diperlukan ibu .So bab kafein ni memang aku tak amalkan banyak sangat.Tapi bila mengandung ni.Kerap pulak minum ais...
Setakat tu jelah yang aku boleh kongsikan pada korang.Nak tau lebih lanjut pemakanan yang perlu korang elakkan boleh terus membaca di Link ni ye
.
semoga dipermudahkan.. :)
ReplyDeletehai ida..ija dulu masa ngandung tak pernh skip dengn chese, then bila zara lahir, kulit dia sht sensitif..jangan amalkan..hihi. moga ida dan baby sihat dan dipermudahkan allah swt
ReplyDeletenice sharing ;)
ReplyDeleteKena jaga pemakanan demi kebaikan diri dan kandungan. Semoga sihat selalu.. aamiin
ReplyDeleteaaaaa tau x kak, minggu kehamilan kita sama
ReplyDeleteyumida pun 26 minggu skrg ni
alhamdulillah...
skrg dah rasa baby selalu gerak2 dlm perut
selera mkn skrg ni makin meningkat
semua nak di bedal
Jaga pemakanan akak ya
ReplyDeletewahh banyak jugak ni tak boleh makan =__='
ReplyDelete