Assalamualaikum
Ada orang kata tak bagus bagi puting kosong pada baby.Tapi bila aku google,tak banyak keburukkan bila bagi puting ni kepada bayi.
Wefie Sikit..gambar ni aku pernah upload kat fb..saja nak dijadikan cerita..hehehe...
Nur awfiyah guna puting ni masa usia dia 4 bulan lagi.Masa kecil dia memang diberi susu formula je.Dapat susu dari mak dia pun beberapa kali je..Ada antara sahabat yang tau pasal awfiyah ni faham ler kenapa.
Masa awfiyah kecil,dia memang kerap menangis.Kadang² tak kembung perut pun dia menangis jugak.Sebab tulah timbulnya pembelian buaian dan juga puting ni.Abaikan orang nak cakap apa,dari tengok anak nangis tak tentu pasal kan.
Bila dah dapat puting,senang je nak tidurkan dia.sampailah ke hari ni.Puting akan dibawa kemana-mana sahaja..Kadang² aku spare dalam handbag.Risau jugak dia mengaruk tetiba.Mana aku nak cekau puting tu kan.hehehe..
Tapi lately ni,bila dah tumbuh gigi dua batang,dia dah jarang sangat nak pakai puting ni.Sikit-sikit dia cabut.Letak tepi,lepas tu bila dah rasa teringin,baru dia amik balik dan masukkan dalam mulut.Tapi kalau tidur malam,memang wajib la dia nak.Kalau dia merengek,memang aku masukkan je puting tu.Senyap la dia tidur.Lepas dah lena tidu,entah ke mana je puting tu kan.
Ada anak saudara aku sorang tu,hisap puting sampai umur dia 3 tahun.Memang orang kata macam gian kalau tak hisap puting tu.Tapi yang aku tengok keburukkan puting ni ada effect pada pertumbuhan gigi yang tak cantik.Harap awfiyah nanti takdelah sampai ke besar.Ni pun aku dah jarang nak bagi dia puting.Kalau dia leka bermain,aku tarik je puting tu dari mulut dia.
Masa nak makan pun sibuk berputing..
alah comey nau kan..
ReplyDeletesebab puting ni macam mengkhayalkan.. mamai2 je mata.. tu yang senang tido.. rasanya lah kan.. hehhee
ReplyDeleteAlahai Eda.... comel sangat Awfiyah ni.
ReplyDeleteTak payah risaulah Eda. Anak-anak dara kakak masa baby dulu semuanya hisap puting sebab budak hisap puting ni tak ciwek. Senang nak tidur pun juga. Jadi bibik nak jaga pun senang. Sama juga buai lena tidurnya. Biasanya bila dah besar sikit dah dia akan otomatik tak nak puting lagi. Kakak pun tak ingat masa bila tapi seingat kakak semuanya sebaik dah mula jalan...
makin comel awfiyah
ReplyDeletesuka tgk budak2 pakai puting, nampak kiut
comel2..bila pakai puting dia seakan lalai n senyap sikit..senang mama nak buat kerja..tapi tu la lau leh xmo la sampai besar hisap puting kan..
ReplyDeleteAlolo comelnya dia, da pro n kontranya juga kan
ReplyDeleterisau bab effect kat gigi tu je la kan..memang kena kurangkan berputing bila dah membesar ni
ReplyDelete