Assalamualaikum
Hemmmm...mesti ramai yang suka dengan cerita ni kan..Tapi ada juga yang tak suka cerita ni disebabkan hero dan heroinnya..
Tapi bagi aku,aku suka sangat dengan watak yang mereka bawakan dalam cerita ni.Penuh bersahaja.Pada aku mereka berdua ni,setakat ni lah yang aku tengok,memainkan peranan sebaik mungkin menjadi watak masing-masing.
Setiap hari pasti aku akan menunggu cerita ni.Dahpun terjebak start dari episode kedua lagi.Kalau sesiapa yang mengikuti cerita ni,pasti mula² tu rasa sangat boring.Tapi bila dah lama dan El,mula beraksi,itu lah part yang aku nantikan setiap hari.
Cerita ini bermula pada pukul 7.00 malam selama 1 jam..Bila dah tengok cerita ni,rasa macam tamo dah baca novel tu..Nanti tak syok pulak kan..So tak payah la baca novel.
Sinopsis sikit pasal cerita ni.
SINOPSIS Novel Teman Lelaki Upahan
“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah atau apa-apa saja. Just name it.” - KYRA LYDIA
“I setuju jadi teman lelaki upahan you… Tapi I ada syarat.” - EL
“Syarat? Syarat apa?”
Syarat yang pertama, Kyra Lydia kena hormatkan EL. Kedua, Kyra Lydia kena dengar cakap EL, tak boleh lawan cakap EL. Ketiga, Kyra Lydia dilarang sama sekali menunjukkan wajah masam, wajah berlagak, wajah ego, wajah angkuh dekat EL. Ops, tambahan syarat lagi… Kyra Lydia dilarang sama sekali menghina EL.
Hanya kerana satu insiden kecil yang berlaku di Restoran The Spices milik EL, telah menyebabkan EL terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. Pada mata Kyra Lydia, EL seorang lelaki yang sederhana. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.
Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan ‘cinta’ EL dan Kyra Lydia terjalin dengan jayanya hingga mereka bersetuju untuk disatukan. Dalam tidak sedar, cinta mula mekar dalam hati masing-masing. Ternyata EL berjaya mengubah perangai buruk Kyra Lydia.
Pada saat EL bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian datang merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam. Dia umpama mangsa yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia.
“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you… Tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. What a perfect family! Tapi I… waktu you bergembira dengan keluarga you, keluarga I hancur! Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia! I loathe you so much!”
Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?
Tapi endingnya tu tak best la pulak...tak sabar nak tengok siri seterusnya..
Dah makin pemes penulis novel sekarang ni kan. Semua drama sekarang ni adaptasi dr novel .. :)
ReplyDeleteFemes crita ni tpi lya jrg mnonton klau mlm
ReplyDeleteCiter ni Fiza lom sempat tengok lagi..nanti baru layan online je :)
ReplyDeleteBnyk cerita adaptasi dari nover skrng kan...
ReplyDeletebetul tu cik khir
ReplyDeleteSlog Akasia mmg tak smpat nk layan... klut layan anak je blik dr keje...
ReplyDeletebelum tengok lagi.hari2 balik kerja lambat.
ReplyDelete