Assalamualaikum
Uihhh....rasa kegatalan seluruh perut..Rasa nak garu je..Memang best kan garu sampai tak ingat dunia ni.Lepas tu,mulalah menyesal bila dah nampak perubahan yang tak sedap untuk dilihat di kulit ketika mengandung ni.
Pada ibu ibu yang pernah mengandung,pasti akan mengalami perubahan ataupun gatal-gatal pada perut kan?Perkara itu juga sedang berlaku pada aku.Bila baby makin membesar ni,makanya,perut pun akan membesar jugak.Dan masa tulah perut kita ni akan mengembang elok je.Walaupun kegatalan tu tak seteruk mana,tapi kalau dah digaru tu,memang lah kulit nampak...eiwwww...Rekahan ni akan terjadi apabila perut semakin membesar.
Korang mesti tau apa itu stretchmark kan..
Stretchmark ni berlaku disebabkan oleh pengaruh hormon kehamilan,yang mana ianya terbentuk apabila terjadi reganga kulit secara cepat hingga merosakkan jaringan tisu tisu kulit sehingga kulit mengalami regangan secara berlebihan.
Kadang kadang kita tak tau kan macam mana agaknya nak mengurangkan stretch mark semasa kita mengandung ni.Sebelum tu,siap sedia cari petua bagai untuk kemudian hari..So aku sharekan dalam blog ni untuk diri sendiri dan mereka yang ingin mengetahui tentang ni.
Memang wanita yang mengandung tidak boleh lari dari keadaan ni,Sebaliknya boleh diatasi menggunakan tips dibawah untuk mengurangkan tanda stretchmark ni
- Perlu mengambil makanan sihat untuk melembabkan kulit.Ambil vitamin prenatal dan makan makanan berkhasiat dengan jumlah kalori yang betul serta mengandungi kalsium,protein,buah -buahan dan sayur sayuran
- Perlu minum 8 gelas air masak atau lebih bagi menjaga kelembapan kulit.
- Memastikan peningkatan berat badan sewaktu hamil adalah mengikut amount yang disyorkan oleh doktor
- Lembabkan bahagian-bahagian yang dijangka akan terjadinya stretch mark dengan pemakaian losyen atau minyak coco butter atau sebagainya.
- Pengambilan diet yang tinggi protein.Protein biasanya akan merangsang komposisi kolagen kulit dan seterusnya mengurangkan kesan stretch mark yang ada.
So,tak ler risau sangat kalau itu yang akan berlaku pada perut aku nanti..Bila dah bersalin nanti pun boleh dihilangkan stretch mark tu dengan amalan dibawah ni
- Amalkan menyapu minyak zaitun di perut tiap tiap malam sebelum tidur.
- Boleh juga guna cara dengan perahkan air limau nipis ke atas sedikit kapur sirih.Bancuh sehingga sebati lalu disapu ke perut,kemudian balut dengan barut.Lakukan setiap kali selepas mandi.
- Ramas sedikit asam jawa dengan kapur atau ragi.Campurkan sedikit air dan gaul sehingga sebati.Sapu pada perut ketika hendak tidur malam.
- Selain itu jugak ibu ibu boleh rebus secupak asam gelugur bersama secupak garam sehingga hancur ,Ambil asam gelugur hancur tadi,pupukkan ke perut kemudian di balut dan amalkan selama 44 hari.
Sumber :SINI
thanks for sharing...memang tak dapat dielakkan stretch mark ni...tapi mencegah lebih baik daripada mengubati kan ida??...^_^
ReplyDeletemama ada kak, dua2 mengandung habis.. macam tembikai perut.. hihi
ReplyDeleteinfo yang amat berguna...tenkiu dear..
ReplyDeletehmmm, rasanya org yg meningkat gemuk pun akan ada stretchmark ni kan....
ReplyDeletebenci betol nengoknya...ssh nak ilang lak tu....aisshhh!
Alhamdulillah... Alami utk.kedua-dua anak msa ngdung dulu... Mgkin jnis perut kecik gak kot...
ReplyDeleteNice info... Awak... Jom la join GA Papaglamz..
ReplyDeleteRED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ
Sedap garu tak ingat ape dah ... Tapi bila dah sapu perut dengan kapur n limau peh tu barut, gatal nyer lah ... Tambahan kalau berpeluh, lagi lah gatal ...
ReplyDeleteInfo bermanfaat buat kaum ibu yg mengandung... Salam ceria hari minggu Aida.. :)
ReplyDeleteMasa ayu preggy.. Dah sapu VCo since 4 bln masa lom ada perut. Xde pun gatal. But still.. Strechmark mencanak gak masa 7 bulan..
ReplyDeletememang syok menggaru..tapi tulah kena rajin sapu olive oil kan..
ReplyDeletesebelum berluasa memang bagus mencegah awal kan kak
ReplyDeleteKna mncegah sblm trjdi. Emak lya pesan klau mgndung jgn d garu prut guna tangan.
ReplyDeletehuhu.. Fiza amalkan sapu minyak zaitun, still ade jugak.. pasrah je la..
ReplyDeleteAlhamdulillah, dah masuk 9 bulan mengandung ni xde stretchmark dan jarang sgt rasa gatal2 kat perut. Tiap2 hari aima aapu minyak kelapa dara je utk bagi lembap.
ReplyDeleteMencegah lebih baik dari merawat ..Lya dulu tak suka garu2perut walaupon gatal ..sapu minyak zaiton urut2 camtu jer kat tempat gatal... Minyak kelapa dara pon OK jugak Lya ada guna jugak masa perut makin membesar ...Kalau kulit lembap ok la takde la gatal sangat ..Kalau kering mmg gatal hehehe.........
ReplyDeleteAssalamualaikum kak ida, hehe sampai skrg ada kesan stretchmark ni. hahah orang kata, pakai bio oil atau minyak zaitun ke minyak kelapa sejak dari tahu kita mengandung.. hari2 pakai. in shaa Allah, boleh elak. tapi sheila malasss. hahahhaa
ReplyDelete