Assalamualaikum
Memang pening kan nak memilih cermin mata?.Mahunya berjam-jam lama kat kedai tu..Semua jenis cermin mata yang perlu dicuba untuk kesusaian muka
Kat sini aku just nak share kat korang ,apa perkara pertama yang perlu korang titik beratkan dalam pembelian cermin mata.Bukan main beli je..Mestilah mengikut kesusaian bentuk muka kita jugak kan..
Muka bujur.
Ciri -ciri bagi mereka yang mempunyai muka Bujur
- Mempunyai bentuk muka yang paling seimbang
- Dagu yang sedikit kecil berbanding dahi dan tulang pipi yang tinggi.
Bingkai mana yang bersesuaian untuk Muka bujur nie pula
- Jangan risau bagi mereka yang berwajah bujur ni,kerana kebanyakkan bentuk bingkai banyak yang sesuai dengan mereka
- Bentuk geometri dan petak sesuai untuk memberi sedikit ketegasan pada bentuk muka
Bingkai Yang perlu dielakkan
- Bingkai yang terlalu besar denan bentuk muka anda
Muka Bulat
Ciri ciri bagi mereka yang mempunyai Muka Bulat
- Mempunyai pipi dan dagu yang bulat dengan sedikit sahaja bentuk
- lebar dan panjang muka adalah sama
Bingkai mana yang bersesuaian untuk Muka bulat nie pula
- Bingkai bersegi dan Geometri untuk menambah bentuk pada muka
- Petak dan horizontal membuatkan muka lebih panjang dan kecik
- Temple yang bersambung dengan bahagian atas bingkai menambah panjang pada muka
Bingkai Yang perlu dielakkan
- Bingkai yang kecil dan bingkai pendek
Muka Empat Segi
Ciri ciri bagi mereka yang mempunyai muka empat segi
- Mempunyai muka bersegi dengan tulang rahang yang jelas,dahi luas dan dagu yang sedikit petak
Bingkai mana yang bersesuaian untuk Muka empat segi nie pula
- berbentuk bulat atau bujur
- Bentuk seperti rama-rama
Bingkai Yang perlu dielakkan
- Berbentuk segi empat dan geometri ,temple yang rendah dan bawah bingkai terang
Muka Oblong
Ciri ciri mereka yang mempunyai muka Oblong ini
- Mempunyai panjang yang lebih dari lebar muka
- Mempunyai tulang pipi yang tinggi dan dahi yang luas
Bingkai mana yang bersesuaian untuk MukaOblong nie pula
- Bingkai yang tinggi bagi mewujudkan muka yang pendek
- Bingkai yang lebar dengan hiasan diatas bingkai atau tepi temple bagi menambah kelebaran pada muka
Bingkai Yang perlu dielakkan
- Bingkai yang kecil
- Bingkai pendek yang menambah kepanjangan muka
itulah sedikit sebanyak tips yang aku nak share dengan korang..Aku pun bila nak beli cermin mata,1st yang aku tanya dengan kedai tu adalah mana yang sesuai untuk muka seperti aku nie..
Rasa macam dah lama pulak kan tak beli cermin mata...kena kumpul duit dulu ni.
sy bli spek, ikut dan je beli.hehe..asalkan bkenan sbb xthu nk tgk sesuai ke x.ekeke
ReplyDeleteSue biasa minta diaorg advice.
ReplyDeleteBoleh la zumal apply tips nie masa nak tukar spek nanti ^_^
ReplyDeleteTips yg bermanfaat... mmg perlu tau agar pemakaian spek tu sesuai dgn penampilan kan..
ReplyDeletehmmm..so,, luqman kena cari spek yang petak la..hehhe
ReplyDeleteTengok adik dgn mak main pilih ja waktu beli :p berguna tips ni..
ReplyDeletesy xska pka spek..even mmg kna pka spek,hee
ReplyDeletespek dah longgar asik tertanggal.. hihi...tak reti nak pilih2 spek ni.. selalu tanya kat amoi kedai tu..
ReplyDeletekalo saya beli spek memang lama jugak..nak cari saiz yang sesuai sebab bila pakai tudung je tudung kembang setaman..sebab tu jarang pakai spek..cam mak-mak (saya je)..huhu
ReplyDeleteSaya selalu pilih ikut sesuai tak dengan muka. hehe ;D
ReplyDeletesaya suka beli ikut kaler...pas ni kne tengok btol2 la mana yang sesuai...hihi
ReplyDeletethanks for the tips kak..teringin nak beli spek baru
ReplyDeleteTips yg brguna tpi lya x memakai speak hhee
ReplyDeletenice sharing.. ina muka bulat hehee
ReplyDeleteTips dan info berguna ni..
ReplyDeletemenarik untuk di gunakan awat la dalam ni descriotion muka i bulat huhu
ReplyDelete