Assalamualaikum
Bila terbaca entry farah bubbly disini,baru teringat tentang penukaran susu awfiyah yang menyebabkan dia batu berkahak.
Kononnya ummi si awfiyah nie nak ler cari susu yang lain untuk dia memandangkan dia dah terlalu sihat..heheh..Aku pun dok usha kat pasaraya susu untuk bayi berusia 3 bulan.Ternampak lactogen dan Dupro..tanpa berfikir panjang terus aku pilih Lactogen.
Bagi dalam 2 hari gitu dah berbunyi dada si awfiyah..Rupanya kahak dah banyak dalam kerongkong dia tu.Dah nampak perubahan dari segi buang air besar,selalu cherry berry yang kerap.
hasil ihsan google..
Selepas dari terdengar kahak dia tu aku dah stop bagi dia susu lactogen.Memang menyesal tahap gaban sebab tukar susu dia.Ahad lepas aku terus beli semula susu yang sebelum nie Similac LF..memang lepas nie aku takkan tukar susu lagi la nampaknya..Biarlah sampai dia setahun pun tak pelah....petang semalam pun kuat jugak bunyi kat dada dia tu..Nak ke Hospital takut kena tahan pulak..korang pun maklum kan bila dah masuk hospital nie,macam -macam la yang dia buat..Mana kena cucuk,masuk gas,kena sedut kahak lagi...Takmo la berlaku kali kedua untuk awfiyah..bila aku cerita kat jiran semalam,dia kata lactogen memang tak sesuai dengan baby..HOH!!!...adeh...nyesal..
Ni masa Nur awfiyah kena masuk gas...Babah dia terpaksa melayan dia,,kalau tak habis dia haruk gas tu sampai terpelanting...isk..iskk...dasyat anak aku nie..Dah ghupe allien je ummi tengok..,
Nasib baik la berat badan awfiyah tak susut masa tu..
Ada aku cerita kat officemate aku pasal nie,dia pun tak hantar anak dia pi hospital masa tu.Cari ubat kat farmasi..Tapi kenalah atas arahan ahli farmasi betul-betul kan..Nampaknya cerita anak dia,sama macam jalan cerita si awfiyah nie..
Last-last malam semalam aku gagah mencari farmasi yang menjual ubat..Ubat tu pun atas saranan ahli farmasi kan..so taklah risau sangat..janji jangan terlebih dos yang dibenarkan..
Inilah ubat yang aku beli semalam..Hari ni baru start bagi dia..Harap kahak dia akan pulih...Kesian la tengok dia batuk-batuk macam tu..
Lepas ni nak kena hati-hati memilih susu untuk dia...Peringatan untuk aku..Mana tau ada rezeki untuk fiyah dapat adik..tak ler kelam kabut kan..
kesian awfiyah.. cepat sembuh syg :)
ReplyDeletesm r dgn anak sy...ubat ni jugak yg ahli farmasi bg sbb anak batuk..tp anak x suka ubt ni..hahaha....wane hijau kan?
ReplyDeleteAlahai sian awfiyah..moga awfiyah baik2 aka. .anak buah nana nama aufi kak :)
ReplyDeleteAssalamualaikum Sis..semoga Awfiyah cepat sembuh..rasa kesian bila dgr baby batuk2..
ReplyDeletesemoga awfiyah cepat sembuh..betul, bukan semua baby sesuai dengan semua jenis susu.. jadi hati2 semasa memilih susu untuk anak2..biar mahal skit asalkan anak2 ok..
ReplyDeletetula kan ida..bayi kecil ni kena teliti..similac LF (lactose free)..maybe awfiyah kena minum susu jenis camtu..
ReplyDeleteala, ksiannya...smoga cpt smbuh ya dik
ReplyDeleteAlahai keciannyerrr ..Moga Awfiyah cepat sembuh ya ..Anty Lya doakan ..
ReplyDeleteBila anak2 sakit kita pon akan terasa jugak ..sedih bila tgk anak2 tak sihat..hanya kita sebagai ibu yang mengerti
ReplyDeleteSinggah petang menabung Pingdom
ReplyDeleteOwhh begitu puncanya ye kak. Anim pun bagi anak Lactogen gak dulu, tapi anak tak mengalami masalah kahak ni, cuma bila sampai satu tahap dia akan cerry berry dan bila Anim tukar ke susu lain otomatik ok dah.
ReplyDeleteSemoga awfiyah cepat sembuh ye. Kahak ni memang masalah besar bagi ibubapa.
Assalamualaikum kak, dah stop susu badan ke buat back up susu? ritu ada gak suami sheila belikan susu tepung. Adam minum tak sampai 2 kotak, terus kami stopkan. masa tu terpaksa kasi FM sebab susu kurang. pastu nak buat stok ebm nak masuk kerja. alhamdullilah. skrg dah takda campur susu. bertahan 2 minggu je FM. memang kuat adam minum, tapi tidurnya lena lain macam. hahaha perut baby tak sesuai nak hadam susu FM....
ReplyDeletebgus baca info ni...mcm tu bila susu xsesuai..
ReplyDeletesemoga baby cepat sembuh. bahaya jugak main tukar2 susu nih. ingtkan xde pape effect.
ReplyDeletetu lah... sufi dah 2 tahun masih bergayut lagi kat mama.. dah dibelikan susu tepung.. tak mahu gak kak..
ReplyDeletemoga fiyah baik baik je dan cepat sembuh..aminn
ReplyDeletemacam2 dugaan awfiyah... harap cepat sembuh ye baby :) nak tengok dia senyum gelak macam biasa... :)
ReplyDeletecerewet sebenarnya beri makanan kat baby ni . maklumlah tak lasak lagi ... kena sentiasa alert dgn perubahan dia ... semoga cepat sembuh ...
ReplyDeletesiannya baby... cepat sembuh ya baby comel :)
ReplyDeleteCian awfiyah. Moga cpt smbuh ye nak.
ReplyDeleteSiannya. Smoga cpt sembuh.
ReplyDeleteNasib baik ida cepat sedar sebab tukar susu.
ReplyDeleteSebaiknya kalau nak tukar susu tu jgn terus tukar 100%. Kalau kakak dulu campur sikit-sikit dgn susu yg dah biasa dia minum. Contohnya dulu anak kakak minum snow. Ada snow baby sampai setahun dah tu tukar ke besar sikit hinggalah yg sampai dah sekolah. Jadi masa nak tukar tu kalau buat 3 scoop mulakan campur satu scoop yg baru + 2 yg lama. Pelan-pelanlah...
Harap Awfiyah cepat sembuh. Email kakak zakiepurvit@hotmail.com
tulah kak...lepas nie dah decide taknak dah tukar susu sampai dia setahun...
DeleteSemoga Awfiyah segera sembuh... susah juga yer nak mendapatkan yg sesuai dan serasi...
ReplyDeleteBoleh jugak amalkan tepuk belakang anak dengan teknik yg betul.. tu boleh membantu memecahkan kahak dia.. buat setiap pagi dalam 15 minit satu sesi..
ReplyDeletekena brhati2 bagi baby minum susu..lya bab pemilihan susu ni masih faild
ReplyDeleteKesianna awfiyah.. lepas nie jgn tukar susu lagi k.. maintain jer yg fiyah sesuai..
ReplyDeleteSemoga Awfiyah cepat sembuh ya kak
ReplyDeleteKasihannya... semoga cepatlah sembuh... aamiin.
ReplyDeleteanak anak sy dlu minum lactogen 1 smp 3..pastu beralih lactogen 4.disebabkan dorg suke sgt cmpur serbuk coklat dlm susu sy tukar dutch lady..alhamdulillah ok
ReplyDelete