Assalamualaikum
Isnin dah???emmm..rasa macam malas nak gi kerja...huh...itulah yang selalu difikirkan bila tiba hari isnin..
Dah memang Penyakit M tu sentiasa ada dalam diri Manusia nie kan..termasuk la aku,betul tak..Tapi tak boleh dijadikan Habit kalau kita nak terus ke hadapan..Sebab Penyakit M tulah yang sentiasa menganggu kita untuk kita terus berjaya.
sumber:google
Dari pembacaan aku bagaimana mengatasi Masalah malas mengikut ajaran islam ni mudah je,cuma bergantung pada kita lah bagaimana nak mengatasinya kan..
Pertama sekali cara nak melawan nafsu malas tu adalah Doa.Doa dan perbanyakkan doa.
Kita gunakanlah doa sebagai senajata utama.Tokoh terkenal,Ibn Qayyim dalam karya beliau,al-jawab al-kafi li man sa'ala an al dawa' al-shafi,menjelaskan ubat pertama dan kedua untuk mengubati jiwa mukmin ialah berdoa dan bersungguh-sungguh dalam doa.Doa ialah ubat yang paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit.Antara doa yang di ajar oleh baginda s.aw ialah
"Ya Allah,aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan,dari lemah dan malas,dari bakhil dan penakut,dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki."(al-bukhari)
Antara Doa Nabi juga :
"Ya Allah,aku memohon dariMu ketetapan dalam urusan kerja dan keazaman atas hidayat."
Doa-doa ini menunjukkan bahawa doa dapat menghalang sikap malas seseorang.
Keduanya pulak adalah melawan Syaitan dan Nafsu
Malas nie juga berpunca dari syaitan.Syaitan melatih nafsu manusia agar menjadi malas beribadat atau malas menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.
Tidakkan kita mendengar hadis Nabi s.aw :
"Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan.Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan,Malam masih panjang,maka tidurlah.
Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur,lalu menyebut nama ALlah nescaya akan terlerai satu ikatan.Jika ia mengambil wuduk,nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat,nescaya terlerailah semua ikatan.Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin ,cergas serta baik hatinya.Jika ia tidak(melakukan begitu)nescaya ia bangun pagidalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas.
Hadis ini menunjukkan bagaimana kita perlu mencegah rasa malas itu,dengan cara yang di ajar oleh Nabi s.a.w .Malas itu puncanya datang dari syaitan.Sememangnya syaitan ni,sentiasa mencuba untuk menipu daya dan menyebabkan manusia lalai dari perintah Alllah Ta'ala.
Ketiga pulak adalah sentiasa mencari ilmu.
Timbalah ilmu sebaik mungkin...Dengan ilmulah sesorang menjadi orang yang rajin dan cergas dalam hidupnya.Sebagai contoh,ilmu tentang fadhilat dan kelebihan ibadah,menyebabkan seseorang rajin beribadat dengan syarat adanya keyakinan yang kuat tentang apa yang dipelajari.Oleh itu,orang yang mempunyai ilmu berkenaan fadhilat solat jumaat,sangat rajin mengerjakan solat jemaah.Orang yang mempunyai ilmu tentang kelebihan dan fadilat soalt duha,akan menjadi rajin dan cergas untuk melaksanakannya.
Solat paling berat bagi orang munafiqin ialah solat isyak dan subuh.Sekiranya mereka mengetahui apakah(ganjaran) yang ada pada kedua-duanya,nescaya mereka akan datang bersoalt walaupun dalam keadaan merangkak..
entry ini adalah untuk peringatan untuk diri sendiri...Kalau korang sudi nak membaca insyallah,sama-sama kita berusaha untuk kebaikkan..
sumber:sini
Bila dah sedap cuti, memang malas nak kerja, tapi selalu kena ingat tanggungjawab, kan
ReplyDeleteSelamat bekerja kak ida :)
ReplyDeleteInsya Allah, sbagai peringatan brsama. slamat bkerja sis..:)
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam singgah isnin Kak..penyakit malas ni tak boleh nak di turutkan sangat...klu tak bertambah2 la malas jadinyer...
ReplyDeleteIsnin memang malas .... kalau malas tu maknanya hari isnin .... hehe
ReplyDeletebuat urat M tu akk..hehe selamat bekerja yer :)
ReplyDeleteSelamat hari isnin. :) hehhe
ReplyDeleteselamat kembali berkerja ya. :)
ReplyDeletemalas tu yang kena buang jauh2 kan kak,,,
ReplyDeletebtl tu sis..kalau d ikutkan memang M tapi kena lawan penyakit tu x blh di manjakan sgt
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian bermanfaat ini... :)
ReplyDeletealhamdulillah sofar kita tak ada lagi syndrom M ni..he..he. Semangat nak gi kerja..
ReplyDeleteMemang rasa malas, tapi bila tengok wajah anak-anak murid Ayuni yang ceria dan bertenaga, hilang rasa malas tu :)
ReplyDeleteTakde rasa malas sgt nk g kerja... Tapi rasa lemau nk memasak sblm g kerja tu ada...
ReplyDeletegud sharing dear...cheery skrang penyakit malas menguasai diri huhu
ReplyDeleteSemoga takde penyakit malas berpanjangan sudahhh....
ReplyDeletesy semangat ari nih nk gi keje
ReplyDeletenaisb baik hari ni selasa dah...
ReplyDeletekadang kadang bukan isnin je..hari lain pun ade jugak..ikut mood..hehehe
ReplyDelete