Assalamualaikum
Morning ols...Tetiba pulak nak share pengetahuan dari pembacaan aku tadi..Sebetulnya aku nak cari cara yang betul untuk membersihkan botol susu ni..Agak-agak penting tak untuk bersihkan botol susu anak kita..
Jawapan aku,Of Courselah..Sebab dari botol susu tulah segala bakteria akan melekat kalau tak jaga dengan betul..Risiko untuk mendapatkan penyakit seperti batuk dan jangkitan kuman pada tubuh badan baby tu cepat lah..betul tak..Sebab tu aku nak cari cara bagaimana untuk membersihkan botol susu dengan betul..kenkonon nak beli la untuk awfiyah Sterilizer tu...Tapi agak mahal jugak ye...hehe
Kalau ikut cara aku,taklah aku merebus botol susu tu,aku cuma rendamkan dalam air panas je..Selain itu aku tak tertumpu menggunakan satu botol susu sahaja..Setakat nie awfiyah dah ada 4 botol susu,termasuk baru tadi aku beli..ahahaha...Nanti aku cerita dalam next entry ea..Dan Yang Paling PENTING,aku akan sentiasa menukar puting botol susu tu kalau dah berkerak..Rugi Duit???Biarlah,lagipun bukan mahal sangat..Kesihatan anak lagi penting dari semua tu..
Oklah,apa pula Lima langkah Penting tu?
1.Sediakan Peralatan Yang Tepat
Mencuci botol susu nie bukan macam mencuci pinggan tau..Bukan boleh dicuci dengan pencuci pinggan mangkuk..Sebab bila kita guna pencuci pinggan mangkuk nie,bau air sabun ni akan melekat kat botol susu bayi.Perlu guna cecair yang khusus untuk mencuci botol bayi kita.Gunakanlah berus yang betul ketika mencuci.
2.Bila botol susu Selepas Digunakan.
Walaupun botol susu tu,korang akan basuh nanti,pastikan korang membilas botol susu tu setiap kali digunakan..Ini akan menghalang bekas susu lama dan kotoran terkumpul di dalam botol susu tu .SO make sure korang buat occay..(Sebab tu aku lebih suka guna botol susu yang banyak,sebab bila tengah malam,tak payah la mencuci botol susu tu,Aku just rendam dalam besen kecil je)Jika korang rajin,pakailah air panas untuk bilas botol tu.
3. Keluarkan Bahagian-Bahagian Botol Ketika DIbersihkan
Bab nie kena rajin,walau korang malas sekali pun..Keluarkan puting dari sarangnya..heheh..sarang ke..Leraikan satu-satu supaya setiap inci dan sudut di dalam botol susu dan tutup botol susu tu dibersihkan secara menyeluruh.Bahagian Cincin dot selalu terdedah terhadap penumpukan kotoran.
sumber:google
4.Sterilkan Botol Susu Anak
Menstrilkan Botol susu setiap kali selepas dicuci akan membunuh semua bakteria yang mungkin masih ada di dalam botol susu tu.Selain itu korang perlu rendamkan dalam air panas selama 10 minit untuk mematikan bakteria yang ada pada botol susu..Kalau korang ada alat untuk menstrilkan botol susu tu baguslah..boleh gunakan.Kalau macam aku yang takde steril botol tu,aku just letak kat drying rack supaya baki air rendaman itu keluar dan botol susu dalam keadaan kering..Banyak kaedah atau peralatan yang ada dipasaran sekarang nie untuk membantu memudahkan kerja korang...
Pensterilan botol sebaik-baiknya dilakukan sebelum menggunakan botol susu untuk pertama kalinya,atau setelah lama tidak digunakan atau bila anak korang sakit..
sumber:google
5.Keringkan Botol seusu dengan Teliti
Ini sangat penting occay..Botol yang lembab boleh mengundang wujudnya cendawan didalamnya...Pastikan ada udara masuk ke dalam botol susu selama anda mengeringkannya...Kalau puting tu dah nampak kerak-kerak yang banyak,cepat-cepat gantikan dengan yang baru..
Puting susu memang banyak aku spare..Tak boleh tengok puting susu anak berkerak sikit aku dah nak buang puting tu..
occay,itu sahajalah lima langkah penting yang aku baca...Aku yakin,seorang ibu akan memastikan barang keperluan bayi dalam keadaan yang bersih dan selamat..
Sumber aku baca dari sini
.
wah...baru sedar betapa pentingnya penjagaan botol susu ye..huhu
ReplyDeleteAssalamualaikum kak ida. semua tu sheila amalkan. alhamdullilah. sheila beli steriliser, best juga guna tu. senang sikit kerja nak membasuh botol2 adam. hehehehe nice tips kak ~~~
ReplyDeleteKakak dulu cuci-cuci masuk dlm steril machine tapi tak lap pun terus guna...
ReplyDeleteDulu tak macam sekarang banyak pendedahan tips macam ini..
betul tu ida..saya gunakan botol 3-4 sehari..penjagaan botol memang saya titik beratkan..walaupon botol2 tu jenama biasa2 je..
ReplyDeleteinfo menarik..tq sis..
ReplyDeleteBetul..betul..betul... farah pun seminggu sekali akan rebus botol2 emir.. =D
ReplyDeletepenah bc kt blog akk ipar...dia guna mcm sejenis pil utk matikan kuman...x igt apa namanya
ReplyDeleteTerbaik la Aida ..Lya dulu masa Akif masa lagi menyusu Lya tak pernah lalai basuh botol dia lepas dia dah habis menyusu ... Kalau tak pon Lya rendam ngan air semalaman... Kalau tak buat gtu botol susu mudah jadi berkerak ...
ReplyDeleteKebersihan botol susu mmg penting utk menjamin kesihatan bayi.. thanks sharing.. :)
ReplyDeleteSaya takde anak lagi tapi ini ilmu penting nih :)
ReplyDeletekebersihan perlu dititikberatkan..lagi lagi untuk baby kan.
ReplyDeletethanks sharing..pasni ada anak kene jaga botol susu..kene cari perlatan khas untuk botol susu baby..
ReplyDeleteNice sharinv.. Mmg kna hati2 sbb takut keracunan..
ReplyDeleteInfo yang bagus. Pencuci Putimg Botol Susu yang selamat dan Berkesan Menanggalkan Kerak Susu
ReplyDeleteTengah cari cara guna steriliser untuk bersihkan botol susu anak.. tq sgt berguna tips ni😍
ReplyDeleteJemput ke blog sy
ninafarhanawm.blogspot.com