Assalamualaikum
Ketinggalan zaman?? Biarlah...ikut keselesaan pemakai kan..Baju raya korang macam mana??saja je nak mengulas tentang baju raya trend sekarang nie..Mungkin aku ketinggalan zaman atau tidak mengikut peredaran zaman,bila tak memiliki pattern terkini baju raya pattern sekarang nie.
Apa yang aku maksudkan tentang tu ek?? Korang tengok tak baju raya zaman sekarang nie,pelbagai jenis pattern yang aku rasa semakin hari semakin gah dengan labuci bagai..Kalau zaman aku,pattern baju tu,hanya pakai waktu bertunang je...Untuk hari raya,takdelah pakai jenis macam tu kan..
pinjam pakcik google..sangat meriah kan...anak-anak dara boleh la pakai...hehe
Aku lebih suka memakai jenis kain yang selesa dan menyerap peluh seperti kain cotton.agak-agak ketinggalan zaman tak..hehehe...mungkin aku tak pandai nak berfesyen macam orang lain kot..Sebab tu aku memilih untuk memakai pakaian macam tu.Lagipun aku tak berapa nak minat baju yang sarat dengan labuci dan kain lace tu..rasa tak selesa.Lagi pulak dah ada anak.,,Nak pakai yang jenis macam tu macam tak sesuai..mana nak dokong anak lagi kan...selagi kai ntu rasa selesa dan tak berat mata memandang oklah bagi aku..tak kisah la pulak kain jenis apa kan...
pinjam pakcik google jugak
Pattern macam nie boleh lg la diterima...
Tapi itu ikut citarasa masing-masing..aku cuma suarakan apa yang aku rasa je...Masa beli baju raya tu ari pun rasa bling-bling biji mata ni nak memilih...haha...last-last aku tanya tuan kedai tu baju kurung cotton terkini je..Lebih pada keselesaan kot..
Mood beraya dah sampai...dah takde hati nak bekerja..hahaa...esok dah chow balik kota tinggi..
wah kemain baju raye ek, alah kite pakai baju kurung je simple... anyway selamat hari raye..
ReplyDeleteselamat hari raya
ReplyDeletetahun ni paling simple, sebab jatuh cinta dengan jubah rm 29 hehehe.
ReplyDeleteselamat hari raya :)
salam. ehhehehe belum jumpa baju raya lagi :D
ReplyDeletetapi rasanya baju biasa+ ja kut..hehe
tahun ni simple je, entah tak rasa pun nak ikut trend.
ReplyDeletecari punya cari baju macam orang tua je. hahaha padan muka!
btw, selamat hari raya kak!
tulakan baju raya sekarang ni dah macam nak bertunang..meriah dengan labuci
ReplyDeleteDebaran raya dah mula dirasai... seronok.. :D
ReplyDeleteCx pon pelik berlabuci bagaikan .pdhl raya je pon. Biase retis je pakai labuci, kalau kite2 ni labuci pakai time tunang atau nikah je. tp yelahkan selera masing2. cx kurung moden sajo. huhu
ReplyDeletememang meriah baju raya sekarang dgn manik dan labuci..fiza pun pilih simple simple je kak
ReplyDeletetahun nih sy buat baju kurung pahang n jubah je
ReplyDelete