Assalamualaikum
Hai korang,bila anak tak sihat ni,perasaan nak tinggalkan anak kat rumah pengasuh memang rasa berat je..Rasa nak cuti pulak hari nie,Tapi bila kenangkan pengasuh kata ok jerk,maka aku pun keje lah hari ni.
Nur Awfiyah dah menunjukkan tanda-tanda kurang sihat sejak semalam lagi..Mybe sebab kesan injection pada hari rabu tu..Aku ada ceritakan kat entry ni.Bawa Nur Awfiyah Untuk Monthly Checkup.
Semalam pun seharian dia merengek,bila rasa kurang sihat,cepat-cepat akak ipar bagi dia ubat demam.iUbat demam tu memang aku dah bekalkan,.Yelah takut melarat pulak..Tapi tak pun diberitahu pasal tu masa aku kerja semalam..Dia kata taknak aku risau sangat.Nur awfiyah pun demam taklah teruk sangat..Tetapi sebagai ibu,kerisauan tu tetap ada..
Masa Injection DTP yang pertama Nur awfiyah ok jer..Bila semalam siang dia kurang tidur,balik rumah lepas susukan dia,terus aku masuk buai...Tidur sampai ke malam..Sempat kejutkan dia sebab nak bagi ubat..Aku pakaikan dia Baju yang berlubang-lubang..Orang kata kalau anak demam,jangan pakaikan baju..sebaliknya pakaikan baju yang berlubang lubang..Dalam pada tu,sempat la aku google petua untuk anak demam..Meh aku share sikit pasal petua tu ye
- Jika anak anda demam; pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar.
- Jika anak selsema ; tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun, ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku, anak mudah berkahak sehingga sesak nafas.
- Jika anak batuk ; tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak & tapak kaki dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. Tepuk-tepuk (tepuk lohong) juga belakang anak supaya kahaknya mudah longgar dan jatuh ke perut keluar bersama najis.
- Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
- Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tangan, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
sumber :sini
Aku harap petua nie boleh la menolong kaum-kaum ibu bila anak korang kena demam...Risau ooo kalau anak demam nie..Alhamdulillah..pagi tadi nur awfiyah bangun dengan senyuman..dah boleh bergurau macam selalu..Kalau tak memang merengek je lah kerjanya..Tapi bekalan ubat tetap dibawa,sebab risau demamnya tu on/off pulak..
Ibu mana yg tak risau klau anaknya sakit kan..insyallah sembuh tu nnt
ReplyDeleteMoga Awfiyah cepat sembuh...
ReplyDeletesemoga cepat sembuh ye awfiyah sayang.. :)
ReplyDeleteSyafakallah awfiyah
ReplyDeleteCepat sembuh yer Awfiyah.. Kak take a good care of her ok.. jgn susah2 hati
ReplyDeleteSemoga Awfiyah cepat sembuh..
ReplyDeleteSiannye awfiyah. Terima kasih atas perkongsian ni. :) harap2 awfiyah baik2 je.
ReplyDeletesemoga awfiyah cepat sembuh..sebagai seorang ibu memang risau sangat bila anak demam..rajin2 lap badan dia ye..
ReplyDeleteBaby kalau lepas injection kadang memang demam. Kalau breast-feed kurang sikitlah. Petua kakak sebelum injection bagi breast-feed sampai kenyang. Alhamdulillah memang tak demam. Tapi dah Awfiyah ni nak breastfeed macam mana kan. Sabar ajelah Ida... biasa demam macam ini sehari-dua aje..
ReplyDeletesaja mai blogwalking ja..selamat berjaya atas apa sahaja yang anda semua lakukan noo..mai dari blog mia ni dia rajin sungguh kumpul link supaya mudah kita blogwalking ;-) sian baby harap dia cepat sembuh yaa ;-)
ReplyDeletesemoga baby cepat sembuh ye.
ReplyDeletesemoga fiyah cepat sembuh..aminnn
ReplyDeleteKesian Fiyah.. baby kalau demam mesti menangis jer..semoga Fiyah cepat sembuh..
ReplyDeletesemoga anak akak cepat sembuh..
ReplyDeleteCT ada buat giveaway..
mai jemput tengok kalau sudi boleh join jugak.. CT dah follow sini..
http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2014/07/giveaway-wow-hari-raya-by-siti-yang.html
kesian awfiyah lepas inject memg anak akan demam..sbb tuh de bg ubat dmam
ReplyDeleteKesianlah... semoga cepat sembuh... aamiin.
ReplyDeletePerkara biasa dlm proses pembesaran... Moga cepat smbuh ea awfiyah..
ReplyDeletebahaya jugak kalau budak kecik demam..risau mcm2 kan kak..
ReplyDelete