Assalamualaikum
Meh sini aku nak share dengan korang tentang pembacaan aku tentang bayi Pra matang ni.Disebabkan anak aku dilahirkan tidak cukup bulan atau dikenali sebagai bayi pramatang,aku terpaksalah menggoogle tentang info Bayi pramatang nie.
sumber :google
Bukan apa,kata orang ,bayi pramatang nie memerlukan penjagaan yang extra dari bayi yang dilahirkan normal atau cukup bulan.
Sebelum tibanya waktu bersalin,bayi akan berada selama 38 ke 42 minggu untuk keseluruhan tempoh kehamilan.Nur awfiyah dilahirkan bila dia berada dalam 33 minggu di dalam perut.Jika kelahiran telah berlaku antara 20-37 minggu dalam tempoh kehamilan,ia dipanggil sebagai kelahiran pramatang.
Kalau korang nak tau,bayi pramatang ni selalunya akan mempunyai masalah kesihatan berkaitan dengan organ mereka untuk jangka masa panjang.Itu yang aku risaukan tu..Mohon dijauhkan la..Terutama sekali pada jantung dan hati mungkin belum sepenuhnya terbentuk dan matang selepas dilahirkan.Bayi yang dilahirkan sebelum 24 minggu mempunyai peluang yang tipis untuk hidup,Jika seseorang wanita ingin meneruskan kehamnila sehingga 32 minggu dari tempoh kehamilan,kemungkinan bayi tersebut akan mengalami kurang masalah berbanding kehamilan awal.Semakin awal tempoh kelahiran,semakin tinggi risiko bayi menghadapi masalah kesihatan yang serius.
Occay,apa pulak punca lahirnya bayi pramatang nie?
Kelahiran pramatang mungkin berlaku kepada semua ibu mengandung, malah kepada mereka ynag sihat dan melakukan perkara yang betul. Kebanyakkan waktu kelahiran pramatang berlaku secara mendadak sebelum waktu bersalin dan puncanya tidak diketahui. Bagaimanapun, faktor risiko seperti dibawah mungkin memberi risiko yang tinggi kelahiran pramatang:
1. |
Terdapat sejarah dalam keluarga yang mempunyai kelahiran pramatang.
|
2. |
Sesetengah komplikasi mengandung seperti pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan terdapat protein dalam urine) dan berlaku ‘placenta abruptio’(placenta dan dinding rahim terasing sebelum bersalin).
|
3. |
Terdapat jangkitan seperti jangkitan pundi kencing, jangkitan rahim dan jangkitan pada ginjal.
|
4. |
Kecacatan pada bayi, cervik, rahim dan plasenta.
|
5. |
Merokok, penyalahgunaan alkohol dan dadah semasa mengandung.
|
6. |
Kehamilan kembar.
|
7. |
Membrane pramatang yang telah pecah: Lelehan keluar sebelum waktu kelahiran.
|
8. |
Tidak kemampuan bahagian cervical untuk menutup dengan rapat. Keadaan ini mungkin boleh dirawat dengan menggunakan cervical cerclage.
|
9. |
Kekurangan rawatan untuk penjagaan kehamilan.
|
10. |
Kekurangan berat badan sebelum mengandung.
|
11. |
Hamil ketika umur dibawah 18 tahun atau lebih 40 tahun.
Apa pula risiko terhadap bayi
Bayi pramatang ni lebih cenderung untuk menghadapi masalah kesihata untuk jangka masa panjang atau masalah seumur hidup.Risiko bayi pramatang ialah termasuk :-
1. |
Sindrom kesukaran bernafas. Bayi yang baru lahir memerlukan sokongan ventilator.
|
2. |
Kesukaran untuk makan dan mengekalkan kepanasan badan. Bayi baru lahir memerlukan penjagaan kesiahatn yang sempurna dan sokongan incubator.
|
3. |
Berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.
|
4. |
Kematian, bayi terlalu kecil dan tidak kuat untuk hidup.
|
5. |
Mempunyai masalah kesihatan jangka masa panjang seperti buta, cerebral palsy, kesukaran belajar dan kesukaran berjalan.
Apakan keperluan bayi pramatang?
- Haba atau
kepanasan persekitaran yang cukup. Bayi pramatang tidak mempunyai lemak secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu diselimutkan. Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan.
- Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan
keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak cukup bulan.
Apakah makanan untuk bayi pramatang?
- Susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh
menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu. Memulakan pemakanan bagi bayi pramatang perlu dilakukan secara sedikit demi sedikit. Jika tidak ia boleh menyebabkan masalah usus yang berbahaya.
- Lazimnya bayi yang belum boleh menyusu, susu ibu perlu dipam dan diberi melalui tiub.
- Susu ibu mempunyai khasiat lebih kerana ia mengandungi protein
membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Oleh kerana bayi pramatang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam susu ibu untuk meninggikan lagi khasiat.
Masalah bayi pramatang
- Jaundis (penyakit kuning)
Masalah yang paling kerap bagi bayi pramatang ialah jaundis. Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan bahagian otak atau kecacatan pendengaran.
- Apnea
Apnea adalah keadaan yang mana bayi berhenti bernafas. Pada masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.
- Anemia (kurang darah)
Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.
Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome) Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku.
Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi dengan lebih baik.
Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah pernafasan.
- Jangkitan
Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.
- Patent Ductus Arteriosus(PDA)
Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkan salur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang mempunyai masalah PDA; bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh mengalami masalah kegagalan jantung. Ada ubat-ubatan yang boleh mengecilkan salur darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.
- Masalah Retina ( Retinopathy of Prematurity)
-Bayi pramatang mempunyai retina yang agak sensitif. Retina bayi pramatang boleh cedera dan ini boleh menyebabkan masalah penglihatan yang serius. Pada masa dahulu masalah ini dikaitkan dengan penggunaan oksigen yang berlebihan. Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak dapat memberi sebab kenapa ia berlaku.
|
|
Happy weekend kak..Moga Baby fiyah membesar dengan sihat :)
ReplyDeleteamin...
Deletesemoga dipermudahkan segala urusan ye...terima kasih berkongsi...sekurangnya saya dapat cedok sedikit ilmu walaupun pengalaman belum ada lagi...
ReplyDeleteinsyallah...amin
Deletesemoga nur awfiyah membesar dgn sihat..
ReplyDelete1 lg sifat yg ada pada baby pramatang..
bila dah besar.. otak dia x bileh menerima penuh apa yg ditunjuk ajar.. selalu lupa, x masuk dek akal apa yg dah diajar.. itu atas dasar pengalaman saya. bukan utk menakut2kan.
info terbaru yang akak tau...insyallah,..moga Allah permudahkan urusan akak dalam mendidik Nur awfiyah nie
DeleteNice sharing.. so kena bg extra perhatian la utk baby pramatang nie..Apapun semoga baby awfiyah member dengan sihat..
ReplyDeletebetul tu farah..insyallah..amin
Deletenice info kak, insyaAllah awfiyah akan membesar bagai juara :)
ReplyDeleteperkongsian yg baik kak....semoga segala dipermudahkan ya..:D salam hujung minggu..
ReplyDeleteAmalkan budaya hidup sihat dan Insha Allah baby sihat juga :)
ReplyDeleteSemoga anak KSD terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berguna
ReplyDeleteooooo macam tu rupanya...terima kasih untuk ilmunya..baru tahu nie kak
ReplyDeleteNice sharing... Ank sedara sy ada lahir kala usia 7 bulan dlm kndung... Sbb mmg keturunan mak dia mcm tu...
ReplyDeleteT kasih atas perkongsian info ni Aida.. semoga Nur Awfiyah sentiasa sihat walafiat. Saya pernah dengar org ramai cakap yg bayi pramatang ni cerdik.. mudah2an benar ye... aamiin.
ReplyDeleteanak akak lahir cukup2 bulan sgt... kira kalau awal skit tu dh kategori pra matang sebab dia lahir awal 3 minggu dari due.cukup2 37 minggu kalau tak silap.. kurang berat & masuk NICU sekejab utk doktor check up, Alhamdulillah even kecik dia x de apa2 masalah masa lahir. x perlu kena wad
ReplyDeletesaya 42w baru lahir..tu pun doc dah risau kalau x mesti dah ceaser...
ReplyDeleteFiza dgr kalau bayi pramatang nie selalunya akan jadi genius dansangat pandai.. betui ke? semoga Afiyah sihat2 selalu...
ReplyDeleteassalam...bb sy pun pramatang 26weeks@725g,92days in care unit..mmg byk sgt komplikasi ms lahir..mata sy xpenah lekang ngan air mata setiap ari..smpaikan bile nmpak je no hptal kuar dlm hp mulala sy da menangis n ready dgn apa sj kemungkinan..alhamdulila now princess sy da masuk 2years..mmg miracle sgt2 dia..she very strong...syukur pada yg maha Esa...smpi doc ckp,anak sy ni betul2 kuat n miracle.mmg nk jaga bb prem ni kena teliti n xmudah tp kite akan menjadi lebih pembersih n teliti.....1 more thing,bb premature ni mmg otak dia genius n pandai..bkn sy bangga dgn anak sy..tp apa yg sy compare dgn bb yg same ngan dia..dia mudah ingat...
ReplyDeleteassalam hai,sya melahir kan anak yg kedua 01/11/2015 baby perempuan nama dya sharifa umairah ilyah ,saya nak tnya baby sya lahir pramatang 33 minggu, baby sya skrng dah 10bulan dya hnya dduk dngan bantuan tngan sya je hemmm ,, sayu trus hati m'lihat perkembangan c kecil ni,sya ada juga jmpa doktor pkar tuk pemeriksaan susulan, doktor ckap tunggu umur baby sya mencapai satu thun meraka akan melihat perkembang dya .. tuk kakak2 yg suda berpegalaman baby yg pramatang nie limit umur berapa bulan baby dduk tnpa bantuan tngan ?? nak tnya je
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam ibu afiyah... saya ibu Amina... thanks alot for the info and sharing... by the way, Amina pun lahir 33 weeks..emergency ceaser sbb abratio placenta.. semoga anam2 kita memebesar dg sihatdan kuat.. ;)
ReplyDelete