Assalamualaikum
Memang Benar!!!.Air masak amat penting dalam tubuh badan kita.!!! tidak pada bayi.
Bila dah ada baby,banyak perkara yang aku google untuk mensahihkan apa yang orang kata.
Bila aku tak bagi air masak,ada sesetengah orang sampai marah-marah kenapa tak bagi baby air masak.katanya air masak nie bagus...Nak taknak,aku ikut jelah.Tapi bila fikir secara logik bagi bayi yang masih kecil tu,tak sama dengan orang tua kan.
Aku cuba cari kepastian pasal tu.Yelah taknak memudaratan Awfiyah nanti.
Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.
Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.
Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.
info sini
Rasanya info nie dah cukup jelas dan lepas nie aku takkan bagi Nur Awfiyah minum air masak lagi..
Harap info nie juga berguna untuk korang diluar sana ye!!
tq sharing...ada betulnya juga
ReplyDeletePerkongsian amat berguna nie, zumal pun tak tahu sebelum nie :))
ReplyDeleteSayabpun tak tahu jugak sebelum ni
Deleteinfo yg baik
ReplyDeletepernah baca artikel pasal ni, sebab tu CN start bagi air masak masa dah 6 bulan, sblm tu cuma bagi kalau dia batuk jer
ReplyDeleteho.. baru tahu ni.. nak share dgn adik lah.. mungkin dia pun xtau ni
ReplyDeletebaru arini tau...hehe
ReplyDeleteT kasih atas perkongsian ini.. mmg kita semua patut tahu ttg ni. Mmg membahayakan...
ReplyDeletep/s: saya tag Aida dlm segmen The Liebster. Terpulanglah nak join ke tak. T kasih.. :)
http://www.khirkhalid.com/2014/05/the-liebster-award-by-hunyeda.html
saya baru tau ni kak
ReplyDeletePara ibu kne amek tahu ni
ReplyDeleteYa betul.. Saya lepas umo anak 6 bln baru bagi air masak
ReplyDeletebaru tahu.. ingatkan kalau baby minum air masak elok.. rupenye susu ibu pun dah mencukupi..
ReplyDeleteMmg... Jgn bg... Tmbh2 mnyusu bdn...
ReplyDeletejadi memang kena lebihkan dya susu lah..
ReplyDeleteibulah yang kena banyak minum air masak nih..hehehe..
Good sharing
ReplyDelete