Assalamualaikum
Selamat pagi isnin semua..Sebelum memulakan kerja,jom sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah untuk kedua ibu bapa kita..Moga kita mendapat berkat dari segala apa jua yang kita terima hari ni,Insyallah
Al-fatihah
Amin..
Nak cerita pasal semalam nie,semalam pi ronda-ronda rumah baru dengan MIL,bila dalam ondway balik,disatu simpang yg ada traffic light.tetiba ada kereta yang dipandu oleh Chinese,dok bgi isyarat sruh aku bukak cermin kereta.Kereta tu bersebalahan dengan MIL.Mula-mula niat hati nak bukak jugak cemin tingkap tu.Tetapi bila fikirkan perkara yang terjadi seperti kes samun di Highway dan traffic light,aku just diamkan diri and pandang depan je..MIL aku dah risau jugak masa tu.Takut la jadi apa-apa walau pun ada mat-mat motor kat situ..Jantung memang dah dup dap dup dap la kekdahnya..
Aku jeling lagi kat mamat Chinese tu,dia masih lagi buat bahasa isyarat suruh aku turunkan cermin kereta..Aku buat tak tahu dan pesan kat MIL supaya pandang depan..Sempat jugak aku tekan lock pintu kereta aku ni.
Mamat chinese tu bosan gaknya,terus dia kedepan sikit,then aku nampak dia bercakap-cakap dengan sorang mamat motor.Aku tengok mamat motor tu,buat isyarat tangan merujuk kepada jalan..Haha...dah aku tergelak sesambey bercakap dengan MIL.Agak-agaknya dia nak tau jalan tak...Very sorry la ye kat mamat chinese tu,kami nie perempuan,so,menjaga keselamatan tu penting.Kami nie takut la kalau-kalau uols buat benda yang menakutkan kami
Tapi,aku rasa apa yang aku buat tu betul,kena fikir jugak kemungkinan yang akan berlaku,kan...Kotnya dia buat tak tentu,naya lah kami nie dalam kereta.
pendapat Korang pulak macam mana?kalau korang dalam situasi aku??
bahaya sekarang ni kak.. memang kena berjaga-jaga dengan orang yang tak dikenali begitu.. tapi kasihan pula dia kan.. hehe..
ReplyDeleteSekarang ni sukar nak percaya sebab dah ada banyak kes... Nak sangka baik pun tak boleh. Rasanya tindakan KSD betul demi keselamatan...
ReplyDeletetak perlu kot buka cermin, tindakan yg patut la tu, kena berhati-hati :)
ReplyDeletePintu lock, turunkn sikittt je tingkap kete.. suara bole dengar dah.. kalau semcm jek, tekan je minyak tu.. :D
ReplyDeleteAssalamualaikum kak eda, hehe kalau sheila pun risau nak layan. ada pula buat isyarat gitu kan. hehe singgah menabung Herbal-Essences~~~
ReplyDeletekalau saya pun tak berani.. mcm2 teknik org buat sekarang nie...
ReplyDeletekesian kita kan.. kita nk buat baik pun dh kene berhati2 skang ni,, sbb zaman org suke amek kesempatan
ReplyDeleteOklah tu.. nasib dia nak tanya, klu penyamun.. niaya je. Lepas ni di fikirlah klu nak bertanya pun dgn keadaan jenayah jalanan yg berlaku skrng ni...
ReplyDeletekalau sy pun berhati hati, takut, macam macam kes sekrg ni, tak kira siang atau malam
ReplyDeleteapa yang akak buat tu normal kak. zaman sekarang ni, mmg kena extra careful
ReplyDeleteBtl la kalau farah pun takut jugak.. dok dgr byk dah kes2 yg dok jadi skrg nie..so better kita hati2 kan.
ReplyDeletekerana banyak kes samun lah kita kena extra careful..kesian pulak pada orang2 y betul2 niat nak minta pertolongan..terpaksa di sangka penyamun pula
ReplyDeletehaah kan kak. takut gak camtu.
ReplyDeletekena i-hati tapi pada yang sama tengok jgk apa yang di tunjuk tu,. mana tahu tayar kita pancit dan sebagainya
ReplyDeleteKalau kita pun sure tak turunkan cermin..takut..sekarang tak boleh percayakan..macam-macam dia orang ni...
ReplyDeletetakut jugak....
ReplyDeleteMemang susah nk pcy org skrg...
ReplyDeletesekarang ni mana2 pun dah tak selamat kak. Sedangkan dengan warga kita sendiri pun kita sangsi.
ReplyDeleteyang penting langkah berjaga² kak..sekarang ni bahaya di mana² tak kira masa.
ReplyDeletememang tak beranila nak berhenti jwbnya :)
ReplyDelete