Assalamualaikum
GOOGLE
Bukan senang untuk kita berjaya dalam perniagaan atau kehidupan..Pelbagai ranjau,onak duri kena tempuh untuk mencapai kejayaan..bangun duduk seseorang itu diambil kira untuk sesebuah kejayaan..Kadang kala apabila kita jatuh dalam perniagaan,kita akan bangkit dan belajar dari kesilapan yang pernah kita lakukan semasa kejatuhan kita dalam perniagaan atau kehidupan..
Terdapat beberapa kunci orang yang yang berjaya.
fb:irfan khairi
- Berani mengambil Risiko.
Orang yang berjaya,akan berani mengambil risiko dalam mencapai target,melakukan kajian,membuat networking dan teruja untuk mencuba sesuatu perkara seiring dengan perkembangan zaman.Berani mengambil risiko ini perlulah ada persediaan yang lengkap untuk menghadapi sebarang situasi yang berkemungkinan.Tapi bukan main terjah je..Memang kelaut la nampaknya...hehehe
- Menikmati Apa yang mereka lakukan
Mereka mempunyai minat untuk membuat sesuatu perkara dan bukan dalam keterpaksaan.Orang yang berjaya menyukai persaingan; mereka menikmati pencapaian di puncak permainan mereka.Kalau kita tidak meminati sesuatu perkara yang kita buat,bagaimana kita nak menikmati sesuatu itu.Dari situ timbullah perasaan malas dan tak ambil endah tentang perkara yang kita tidak minat.So nak berniaga kenalah ada minat tentang apa yang kita niagakan itu .
- Belajar Tanpa Batasan
Pendidikan tidak pernah berakhir,tetapi dimulai di setiap tingkatan dan terus berlanjutan hingga ke akhir kehidupan..Pendidikan tidak terbatas hanya di sekolah,tetapi disetiap kehidupan kita iaitu dengan sentiasa mencuba idea yang baru,dari pembacaan buku,majalah dan internet.mencari Idea yang fresh untuk diaplikasikan dalam perniagaan.
- Percaya pada Diri Sendiri
Percaya terhadap sesuatu yang dilakukan tanpa memikirkan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan kita dalam bisness.Mereka yang berjaya memandang sebuah dunia yang besar dan ingin memainkan peranan yang penting di dalamnya.
- Berpandangan Positif tentang apa yang mereka lakukan
Menanamkan semangat pada diri sendiri dan dapat membayangkan diri bagaimana mereka berhasil menyelesaikan satu tugas yang besar atau mencapai penghargaan tertinggi.Orang yang berjaya bagaikan pelatih bagi orang lain, dengan memberi pesanan-pesanan positif dalam kehidupan sehari-hari. Mereka gembira melihat orang lain membuat tonggak sejarah dalam kehidupan mereka.
- Memotivasikan Diri Sendiri
Ada yang dengan cara melakukan beberapa cara setiap hari pada bidang berbeza. Seorang pemuda memotivasikan dirinya sendiri dengan mencuba mendapatkan lebih banyak wang daripada kakaknya. Seorang wanita berusia 29 tahun menjadi doktor terkemuka untuk menunjukkan kepada bekas gurunya bahawa dia memiliki keterampilan dan kecerdasan layak untuk mencapai profesion itu.Memang motivasi tu sangat penting untuk diri sendiri..Bila kita ada motivasi diri kita sendiri,sekaligus kita akan mempraktikkan pula kepada orang dibawah kita.
- Berjaya Melakukan/Melaksanakan Tugas Dengan Jayanya
Bila kita berjaya menyelesaikan sesuatu tugas,ianya memberikan impak yang bagus untuk kita terus mencapai matlamat dalam dunia perniagaan.Contohnya bila hari ini,kita dapat menjual mengikut target,esoknya kita akan berusaha untuk mencapai target yang lebih tinggi dari semalam..
google
Dalam perniagaan ada pasang surutnya,Strategi tu juga penting..Bagi mereka yang baru nak menjalankan perniagaan,teruskan tanpa menoleh kebelakang..Abaikan cakap-cakap orang kerana bagi aku,kerana cakap-cakap orang tu,kadang kala boleh menjatuhkan kita.
Usaha dan tawakal..Allah tempat untuk kita mengadu dan meminta kebaikkan..Mintalah petunjuk darinya bila kita memerlukan...Insyallah..
google
Sumber :sini
Terima kasih kerana berkongsi :)
ReplyDeleteAssalamualaikum KSD..betul tu sangat setuju dengan perkongsian ini...semoga kita sentiasa berjaya dalam kehidupan...usaha dan tawakal...
ReplyDeletebtul tu.. bkn sng nk berjya...
ReplyDeleteNice sharing ;)
ReplyDeleteSentiasa positif dan motivate diri sendiri..
ReplyDeleteTerbaik!! thanks sharing Aida.. :)
ReplyDeleteperlu ada semangat yg kental kalau nak berjaya..brsusah2 dulu senangnya kemudian
ReplyDeleteBukannya mudah untuk mencapai kejayaan... yg penting sanggup ambil risiko dan berusaha....
ReplyDeletewaa.. blog dah lain lah? dah makin kemass.. cunnnn
ReplyDeletesetuju dengan entri ni, berani ambil risiko.. kalau tak kita takkan ke mana2.. asik takut aje..
ReplyDeleteBukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Komitmen untuk menuju kejayaan itu membezakan antara yang berjaya dan yang gagal.
ReplyDeleteperlu berani ambil risiko dan kuat semangat..
ReplyDeletesetuju akak...berani mengambil risiko....dah fikir risiko yg bakal kita hadapi bila terjebak dengan apa jua bentuk perniagaan...:D
ReplyDeleteYes , betul tuhh !! Sokong sangat2 . Hehee ^_^
ReplyDeletebaca tanpa bertindak, kita masih lagi di takuk lama kan kak ? nice share dear
ReplyDeleteJadilah orang yang berjaya kelak :)
ReplyDeleteAssalammualaikum,,,kisahsidairy,
ReplyDeletemOga kejayaan sentiasa mengiringi kisah sidairy.. janji tak pernah mengalah atau cepat putus asa.. insaallah pasti kita sama2 berjaya walaupun apa yg diceburi.
mselim3
utk berjaya hidup mmg kena berani...
ReplyDeleteapa yg penting kerja kuat
ReplyDeleteduit - doa, usaha, ikhtiar, tawakal
ReplyDeleterajin dan berserah pada Allah
ReplyDeleteusaha tangga kejayaan...last..tawakal.....
ReplyDeletetiada kejayaan yang datang tanpa usaha dan tawakkal.. :)
ReplyDelete