Assalamualaikum
Sama-sama kita membaca Surah Al-kahfi Di pagi Jumaat yang mulia ini.
Kelebihan Membaca Surah Kahfi Pada Malam atau Hari Jumaat
1) Dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq (Kaabah)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabishallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Sesiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim)
Baitullah juga dikenali sebagai Baitil Atiq iaitu rumah yang sentiasa merdeka dari segala kezaliman. Tanah Haram juga tidak boleh dikuasai raja yang zalim dan haram disakiti manusia semasa mereka berada disana.
Baqarah[97]…….dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia
2) dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”
Daripada Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabishallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Sesiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.
3) memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : ”Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” [ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.” (Diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Mardawaih)
4) Terjaga dari fitnah Dajjal
Daripada Ali bin Abi Thalib:”Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai lapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya.”
sumber :sini
Masa tinggal dengan arwah nenek dulu, setiap malam arwah nenek paksa baca surah al-Kahfi ni.Rupanya banyak manfaatnya... Alhamdulillah..
ReplyDeleteJom amalkan bersama... Nice sharing...
ReplyDeleteSalam Jumaat Ida.. Thanks for sharing :)
ReplyDeleteSalam jumaat dan selamat beramal :)
ReplyDeletealhamdulilah.. perkongsian yg baik dihari yg baik..salam jumaat.. ^_^ klik2 nuffnang sikit.. ^_^
ReplyDeletesalam jumaat and great piece of sharing kak..
ReplyDeleteNice sharing dear..=D
ReplyDeletesalam jumaat sis..lya tak pernah lagi baca surah nie.nice sharing
ReplyDeletevery gd shring ni dear, tq yer
ReplyDeleteHarap dapat amalkan surah ni scara berterusan dan elakkan dari fitnah dajal.
ReplyDeleteslm jumaat kak.. terima kasih atas perkongsian.. harap Fiza dapat amalkan pembacaan surah khafi nie..
ReplyDeletesubahnallah..insyallah..tq ida
ReplyDeletealhamdulilah..saya pun suka dgar bacaan surah ini.yak kebaikan.. terima kasih berkongsi
ReplyDeletebanyak khasiat ayat al quran nie
ReplyDeleteNice sharing..
ReplyDeleteBoleh diamalkan...
ReplyDeleteJom sama sama kita amalkan
ReplyDeletesama2 kita amalkan.. nice sharing
ReplyDelete