Assalamualaikum
Kejadian malam tadi memang menakutkan aku... Sape yang tak risau bila tetiba pendarahan berlaku,,
Kalau boleh malam tu jugak nak pi klinik..Tapi positifkan diri supaya tidak terlalu panik.
Risau juga bila terdengar cerita tentang keguguran di trimester pertama.Yelah...bukan masa yang sedikit untuk aku tunggu berita yang menggembirakan ini.. Masa Disahkan hamil 6 minggu,Allah je yang tau perasaan aku dan en.Husband,..Sudah lebih 2 tahun kitorang tunggu,tapi belum juga rezeki berpihak pada kami..
Tapi bila dah dapat berita macam tu,Siapa yang tak gembira kan.. Sebab tu bila berlaku perkara perkara macam tu membuatkan hati nie tak senang...
Pepagi datang office cari info pasal nie...Dan aku rasa sedikit lega.
Nie aku share jugak info yang aku dah baca
Apa itu pendarahan ringan dan adakah ia normal?
Spotting ialah pendarahan ringan dari faraj. Ia serupa dengan haid, tetapi ringan sedikit. Warna darahnya pula berbeza, dari merah hingga ke coklat.Adalah normal bagi anda merasa bimbang jika ternampak ada pendarahan berlaku. Sebenarnya, pendarahan yang berlaku dalam minggu-minggu awal kehamilan biasa berlaku. Satu perempat daripada wanita hamil mengalami pendarahan dalam trimester pertama.
Anda lebih berkemungkinan untuk mengalami pendarahan ringan jika anda telah menjalani IVF atau rawatan lain yang serupa untuk membantu anda hamil. Ini mungkin disebabkan oleh cara bagaimana bayi anda disenyawakan. Dua embrio mungkin diletakkan ke dalam uterus (rahim) dan kedua-duanya mungkin lekat, tetapi salah satu daripadanya tidak kekal. Ini dipanggil kembar yang hilang, dan ia boleh menyebabkan pendarahan.
Dalam kebanyakan kehamilan, pendarahan ringan tidak mendatangkan masalah dan dianggap sebagai "salah satu perkara biasa sahaja". Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius seperti keguguran. Sebab itulah lebih baik bagi anda mengambil serius terhadap sebarang pendarahan semasa kehamilan dan mendapatkan pemeriksaan doktor.
Sumber :sini
Tak sabar nak tunggu appointment dengan doktor pertengahan bulan nie...harap harap baby dalam keadaan yang sihat.Insyallah..Doakan ye...
masih awal tu... kena bedrest juga... moga baik-baik saja...
ReplyDeleteuhhuuu mugo2 semuanyer selamat yee cik kak tuuu.,
ReplyDeletejg diri baik2 ya sis..
ReplyDeleteSemoga semuanya selamat...
ReplyDeleteakak, jaga diri baik2. hati-hati.. semoga dipermudahkan segalanya..
ReplyDeleteakak doakan semoga semuanya sihat2 ibu & baby..
ReplyDeletejaga kesihatan kak, selalu refer dengan doc, semoga keadaan akk baik2 je ya...rest banyak2...jangan buat kerja berat :)
ReplyDeletesemoga akak n baby sihat :) jangan lupa banyak berehat ye kak
ReplyDeletemoga2 mak ngan baby ok..
ReplyDeletekak jaga diri baik-baik.. semoga semua urusan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah..
ReplyDeleteHati2 dear.awal2 prgnnt jgn buat kkje kuat sgt ;)
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, Allahuakbar! taniah akak dan suami. cahaya mata yang ditunggukan selama ni. yeayyy anak kita lahir tahun ni. yahoooo boleh laga2 perut kita. hihi akak, sheila pun ada pendarahan sikit. terus cuak dan pergi klinik buat scan. alhamdullilah dah ada heart beat, terus doc bagi ubat kuatkan rahim. lepas seminggu terus takda darah. syukur Ya Allah, skrg baby dah mula gerak2. akak sila jaga kesihatan baik2 ye. i missed you, heeee :)
ReplyDeleteJaga kesihatan aida dgn baby eh :)
ReplyDeletekak, jaga diri kak, jangan lasak.... jangan stress, ok kak!!.. bykkan rehat tau..
ReplyDeletejaga kandungan elok2 ye..& jaga diri .in sha Allah semuanya baik2 je..
ReplyDeletetake care....dah lama tak pregnant....hihi
ReplyDeleteTake care kak harap harap semuanya baik baik je
ReplyDelete