Assalamualaikum
Bagaimana agaknya kalau situasi ini berlaku pada aku atau wanita lain..Sedangkan tertoreh tangan sendiri dengan tidak sengaja pun dah sakit.Inikan pula orang menoreh dalam keadaan dipaksa macam tu.
ngilu seluruh badan membaca harian metro hari nie.Apalah dosa si isteri sehingga sanggup menoreh muka dan badan isteri denga pisau lipat tu kan..
Aku seperti merasai bagaimana peritnya dan azabnya apabila ditoreh sebegitu rupa.
Petikan harian Metro hari ini.
Seremban: "Hanya Allah mengetahui kesakitan yang saya alami ketika suami mengelar pipi, dahi, bibir dan tangan saya dengan pisau lipat,” kata Nor Hafazalina Mohd, 30, yang menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya itu.
Menurutnya, kejadian berlaku jam 5 petang Jumaat lalu di rumah mereka di Ampangan, di sini, selepas dia minta diceraikan kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang tidak bertanggungjawab dan kerap keluar masuk penjara.
Nor Hafazalina berkata, suaminya yang berusia 30-an seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani.
“Puas saya merayu supaya dia menghentikan perbuatan itu, namun dia bagaikan naik hantu apabila tangan kanan menoreh muka manakala tangan kirinya menarik rambut saya,” kata ibu kepada dua anak lelaki itu yang ditemui di wad sebuah hospital, di sini, semalam.
“Puas saya merayu supaya dia menghentikan perbuatan itu, namun dia bagaikan naik hantu apabila tangan kanan menoreh muka manakala tangan kirinya menarik rambut saya,” kata ibu kepada dua anak lelaki itu yang ditemui di wad sebuah hospital, di sini, semalam.
Nor Hafazalina
Menurutnya, dia meminta cerai daripada suaminya yang dikahwini hampir 10 tahun lalu selepas berasa seperti digantung tidak bertali dan terpaksa menumpang di rumah ibunya di Ampangan, di sini.
Harap sang suami yang tak bertanggungjawab tu mendapat hukuman yang setimpal..kalau dah taknak,xpayah lah nak perlakukan sedemikian..
sumber sini :mymetro
kejamnya..tak sanggup tengok siksanya wanita itu menanggung kesakitan..kesian,sedih.
ReplyDeletesaperlar X sayang bini, tapi ada cik kak Dairy kann., kannns uHHUuu
ReplyDeleteish ngerinye..hurmm laki die tuh gile btol
ReplyDeletemcm2 kjdian ngeri skrg ni..
ReplyDeleteya allah.. ngerinya..
ReplyDeleteHERMM, LELAKI KENA BTANGGUNGJAWAB KALAU TAK ITU BUKAN LELAKI..ITU BINATANG! GERAM DNGAR CRITA MCM NI..
ReplyDeleteNauzubillah.Kenapalah ada manusia macam ni..cubalah kalau diri sendiri yang merasa..inilah akibatnya ila hilang pertimbangan.Moga urusan dan kehidupan si isteri dipermudahkan.
ReplyDeletetak boleh bayangkan kak camaner..memang ngilu sangat..setan betol suami tu..
ReplyDeleteastaghfirullahalazim .... T___T. Ya Allah, semoga mangsa dilindungi Allah dari kejahatan manusia.
ReplyDeletekejam nya laki tu.. mmg harap pihak yg bertanggungjwb memberi hukuman yang setimpalnya..
ReplyDeleteerghhh ngilu nya!! tak layak dipggl suami laki2 mcm tu..kesian isteri dia..kejam..
ReplyDeleteseramnya.....
ReplyDeleteyaAllah kesiannya!! tak sanggup tengok huk
ReplyDeleteya Allah.. kejam sungguh si suami itu..
ReplyDeleteharapnya segala urusan si isteri dipermudahkan dan dilindungi Allah swt..
Astagfirullah al azim... sedihnyerrr
ReplyDeleteya Allah..kejamnya! semoga dia tabah menghadapi ujian Allah ni. harap2 lepas ni dia dapat lepaskan diri dari siksaan lelaki durjana mcm tu.
ReplyDeleteAssalammualaikum...kisahsidairy,
ReplyDeletesedih dan kesian pulak tgk isteri kena dera nie,,
mselim3
kejamnya.. semoga suaminya dihukum setimpal dengan perbuatannya..
ReplyDeleteAstagfirullah.. apa punya lelakilah mcm ni.. mental problem ke.. Buat malu kaum lelaki je buat mcm ni.. mmg sepatutnya dikenakan tindakan...
ReplyDeletesanggup dia buat begini....
ReplyDelete