Assalamualaikum
Entry nie memang berkaitan dengan aku..Dari semalam memang aku sakit kepala..Lately nie memang la rajin kena sakit kepala..gi Check darah tinggi takde pulak...Migrain aku memang ada..
Nie gara-gara buah nie lah..
Kepantangan aku bila buah durian nie masuk dalam kereta..Automatik sakit kepala aku datang,..bukan sebab aku tak suka durian,tapi bau dia tu sampai menusuk dekat kepala aku nie..Gra-gara mak nak bagi menantu kesayangan dia tu,anak dia jadi mangsa...uhukk..mau kena flying kick kalau aku kata tak boleh..last2 dapatlah sakit nie/.adoooyaiii..
Bila sakit kepala nak makan panadol tu sepapan rasanya.pastu aku tido..tapi sejak berkahwin nie,en.husband memang tak bagi aku makan panadol bila sakit kepala..
tapi kekadang ada jugak aku telan jer panadol tu,termasuk hari nie..lepas makan panadol aku kena tido...
ok...aku tido dulu ea..sedikit info yang aku baca tentang panadol
Apa yang aku baca tentang panadol ?
Anda kerap kali mengambil panadol apabila terasa pening? Hampir setiap hari anda menelan berbiji-biji Panadol dengan harapan pening kepala anda kembali reda? Maka selepas anda membaca apa yang bakal disampaikan sebentar lagi, anda mungkin perlu mempertimbangkan semula tindak-tanduk mengambil Panadol sebagai ‘suplemen’ harian. Ini kerana kajian terkini yang dijalankan diUniversity of Washington telah mendapati bahawa pengambilan acetaminophen secara kerap berkemungkinan meningkatkan peluang si pengambilnya untuk mendapat kanser darah tertentu!
Terlebih dahulu, tahukah anda apakah itu acetaminophen? Acetaminophen merupakan istilah yang digunakan di Amerika Syarikat dan Kanada, yang merujuk kepada sejenis sebatian yang kita kenali di negara kita dengan nama generik “paracetamol”. Ia digunakan secara meluas sama ada sebagaianalgesic (melegakan sakit kepala) atau sebagai antipyretic (mengurangkan suhu badan ketika demam). Di Malaysia, acetaminophen/paracetamol boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai runcit, 7-eleven, supermarket, atau farmasi dan antara jenama yang sering didengari adalah “Panadol” atau “Uphamol”. Setiap satu tablet panadol mengandungi 500mg acetaminophen/paracetamol dan dos yang dibenarkan untuk sekali ambil secara selamat adalah 1000mg (2 tablet).
Acetaminophen bersifat lebih lembut berbanding teman karibnya, aspirin yang juga bersifat analgesic, tetapi pengambilan aspirin di luar dos yang dibenarkan boleh membuatkan seseorang itu mengalami pening dan muntah yang melampau. Memandangkan sifat acetaminophen yang sedikit lembut ini, kebanyakkan individu mengambil ia apabila pening hanya semudah seperti mengambil gula-gula. Apabila pening sahaja, terus ambil. Pening sahaja, terus sahaja telan Panadol. Kalau sehari tu si Senah pening 10 kali, maka 10 kali tu jugalah dia telan Panadol! Walhal jika hendak diikutkan, pengambilan acetaminophen harus mendapat pengesahan daripada pakar perubatan atau individu bertauliah yang berkenaan terlebih dahulu. Tidak ketinggalan, terdapat juga segelintir individu yang ‘terlebih pandai’ dengan mengambil acetaminophen bersama setin Coca Cola untuk mendapatkan rasa ‘high‘.
Berbalik pada kajian terkini yang dijalankan, memang telah disahkan bahawa pengambilan acetaminophen secara kerap berkemungkinan meningkatkan peluang si pengambilnya untuk mendapat kanser darah tertentu. Ketua penyelidik kajian yang berkenaan, Dr. Roland Walter, merangkap pembantu profesor perubatan di bahagian hematologi, mendakwa “Kami mendapati bahawa penggunaan acetaminophen yang terlalu kerap, iaitu salah satu ubat yang paling kerap digunakan di seluruh dunia, mempunyai hubung kait yang berisiko meningkatkan insiden ‘hematologic malignancies’ hampir dua kali ganda” [hematologic malignancies merujuk kepada jenis-jenis kanser berlaku dalam darah, tulang sum sum, dan limfa]
Gambarajah yang menunjukkan malignant (tumor) dalam darah.
Para penyelidik mendapati bahawa mereka yang mengambil acetaminophen sekurang-kurangnya 4 hari seminggu selama 4 tahun telah menerima hampir dua kali ganda risiko untuk mengidap beberapa jenis kanser darah. Kanser-kanser ini termasuklah myeloid neoplasms, non-Hodgkin lymphomasdan gangguan plasma sel. Walaubagaimanapun, kumpulan penyelidik ini mendapati penggunaan acetaminophen seperti ini tidak mempunyai kaitan dalam risiko peningkatan penyakit leukimia. Ramai pakar berpendapat kajian seperti ini harus diteruskan dan dijalankan dengan lebih mendalam agar kesan sampingan sebenar acetaminophen dapat dirungkai.
Petua menghilangkan sakit kepala
dapatkan air isotonik dan dicampur dengan air suam.atau rendam kaki dengan air suam..atau..TIDURRRRRRRRR
sumber :sususejat
mun jarang makan panadol..kalau demam mun bese minum 100plus je..hahaha..
ReplyDeleteDah lama tak sangat panadol..rasanya last time masa kecil..then dah ambil lagi dah..nway bukan panadol aje coz kita memang forbia dengan semua ubat..Alhamdulillah jarang sangat sakit
ReplyDeletebahaya ni..siap dtg kanser lg..sy pn kalau pning mmg xkn makan pnadol..stiap ubat pasti ada effectnya..rehat la kak..
ReplyDeleteMemang ubat convenient ni bahaya. Kalau overdose boleh membawa maut sebab kandungan bahan kimia serta drug.
ReplyDeleteTiey biasa kalau deman xtelan pum panadol just tahan je, biar immune lawan. Tapi kalo migraine datang, biasa Tiey tidur atau urut2 kepala.
sebab tu la deno kalau boleh... sebolah-bolehnya nak tahan bila sakit kepala..kalau tak tahan sgt baru amik..
ReplyDeletetp bila demam kuat pun amik juga panadol.. tapi tak selalu la sbb ubat deno pun dah banyak
aiza pun jarang-jarang makan panadol ni kak.. sebab banyak kesan jangka masa panjang terhadap badan kita.. terima kasih dia tas perkongsian ni kak..
ReplyDeleteBila pening/sakit kepala sya slalu je ambil panadol soluble, campur cola pulak tu...skrang ni mcm dh ketagih plak...
ReplyDeleteterima kasih di atas penerangan berkenaan panadol ini..sangat memberi info dan manfaat pada insan yg suka mengamalkan panadol... Salam Perkenalan, jom singgah fb kami di https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10203311134166811&set=pb.1464017521.-2207520000.1400240333.&type=3&theater
ReplyDelete