Assalamualaikum
Sedih tu memang sedih,tapi mungkin itu bukan rezeki aku dan En.husband bila barang yang di beli tercicir entah kemana.
Perasaan ralat tu memang ada,tapi apa nak buat.Mungkin bukan rezeki kami,
Ceritanya macam ni..Jumaat malam tu aku memang balik ke kampung sebab esoknya aku kena bawak adik2 shopping raya.Sabtu tu kami pun pergi ke UO Superstore sbb kat situ baju budak-budak murah la sikit..memang sibuk pun satu hari tu,cari baju anak-anak saudara dan jugak adik2 aku yang dua orang tu.
last sekali beli baju en.husband 2 helai.Ingatkan lepas tu kami nak ke bazar kota tinggi pulak..Selepas membeli baju en.husband sempatlah terjah 2 buah kedai jam,en,husband yang nak beli jam.Selepas itu kami singgah sebentar di meja bayaran zakat,Selepas membayar zakat kami pun balik,tapi dalam perjalanan nak ke tempat parking kereta tu sempatlah kami singgah di UO bawah sekali kononnya nak tengok tempat kuih.Tapi ada yang tak berkenan,kami pun balik...
Selepas singgah di kota tinggi , memang kami terus balik..barang semua memang dah confident takde yang tercicir ke ape..Sebab memang hari tu banyak yang kami beli.
Dah sampai kat rumah,lepas siap masak,ingat nak sruh la en,husband try baju yang kami beli tu,Cari punya cari ,baju takde..cari dalam bonet kereta,dalam kereta bawah kereta pun aku cari jugak.tapi takde..hati dah tak keruan..En.husband bising la jugak..Tapi dia tetap cool.Aku nie yang dok geledah baju adik-adik,anak saudara,semua takde.Risau dah dalam hati nie Allah je yang tau.Yelah dah banyak jugak duit habis..harga untuk 2 helai baju tu dalam seratus jugak..Cuba call abang aku yang tadi sama-sama join kami.Pun takde jugak..Sah lah baju tu tercicir entah kemana..
Masa tu nak berbuka pun rasa macam takde mood..Memang ralat sangat la..
Ingatkan nak pi semalam check balik tempat yang aku dok singgah hari tu,tapi disebabkan semalam ade keje yang lebih penting,terpaksa batalkan niat tu.
Tapi hari nie aku kena jugak pergi check kot-kot la ada orang yang baik hati tolong simpankan..
kalau takde terpaksa la beli baju yang baru..Kesian pulak ngan en,husband.Dia cakap tak payah la cari..dah takde rezeki,tapi aku kesian la tengok dia nanti.baju raya takde..takkan wife dia je nak beraya dengan baju baru..
Harap-harap adalah rezeki aku hari nie,Insyallah..
La hai.. kesiannya.. xpe la dah xde rezeki..
ReplyDeletealahai.. hmm...mnaa nk cari kan.. xpelah.. xde rezeki.. :)
ReplyDeleteHarap ada la rezeki u nnti..
ReplyDeleteinsyaAllah adala rezeki lain tu nanti. Sabar ye sis.
ReplyDelete@♥ Mrs. Secretary ♥
ReplyDeleteinsyallah...
ala..sian nyer..sbr je la..kot dpt baju lg cantik nnt spe tahu kn..
ReplyDeletekak lea pun risau kalau dah banyak beli barang,takut tercicir.tu sebab hubby suka bawa beg sandang belakang.beli je terus sumbat dalam beg.
ReplyDeletesemoga murah rezeki sis hari ni.kalau tak dapat jumpa takpe,beli yang baru dan lebih smart dari hari tu ^^
sabor jer ler....memang ralat kalau dah tercicir kat mana-mana....
ReplyDeletekalau tercicir tu mmg jd rezeki org lain.. xpe nt ada rezeki lain insyaAllah mana tau kan...sabar, orang lelaki biasanya bab2 tu mmg cool...hehe.
ReplyDeletekadang2 kita tak sedar barang tercicir. xpe nnty ada rezeki kat lain. inshaaAllah :)
ReplyDeletebiasanya dah selamat bertukar tuan dah tu....
ReplyDeletealahai kesiannya..memang ralat kalo beli barang tercicir ni..try la cari..mana tau kot2 ada lagi rezeki..
ReplyDeleteaduhh..siannya..saba2..dugaan bulan puasa..
ReplyDeleteinsyaAllah nanti Allah ganti ngan yang lebih baik..sabar wak!!
InshaAllah, kalau dah takdir rezeki ada, ada la baju tu. Kalau takde , xpe lah, anggap je ni satu tauladan supaya masa hadapan lebih peka
ReplyDeleteKesian Aida..In Shaa Allah ada rezeki lain menunggu tu...
ReplyDeleteemm tak mane la cicir,, emm tak ada rezeki kot
ReplyDeleteIn Shaa Allah, ada rezeki nanti...
ReplyDeleteBaru ini saya beli 2 pasang seluar dari jenama sama cuma warna berbeza. Apabila cuba pakai salah satu seluar tersebut terasa ketat dan kecil walaupun mempunyai saiz sama.
ReplyDeleteSudah tukar tetap terkena perkara yang sama. Adus..
alahai,,,, kena p cari yg baru laa cian en hubby aida tuu
ReplyDelete