Assalamualaikum
Rasanya tak lengkap kalau tak dapat nak update entry dalam sehari.Semalam langsung takde entry yang aku update.Semalam terpaksa bercuti kerana en.husband dalam keadaan yang tidak sihat.nak meninggalkannya rasa macam tak sedap hati pulak..
Actually sebelum tu ada perkara buruk yang berlaku.Jadi cuti semalam ada 2 perkara yang aku kena lalui.
Ahad
Dalam pukul 11 malam along aku datang bgtau anak nya lari dari sebuah pusat tahfiz.Bila anak saudara dah hilang.Hati aku nie dah memang tak keruan.Aku meng"offerkan diri untuk ikut sebab risau kalau along aku sorang je yang drive.
Along dapat tau anaknya lari dari pusat tahfiz tu bila ada seorang hamba allah yang baik hati telah jumpa anak saudara aku nie duduk di tepi masjid.Bayangkan budak 10 tahun lari dari pusat tu dalam keadaan gelap dan malam pulak tu.
Sebab dia lari kerana tak tahan dibuli oleh senior kat sana.kerap hilang duit,pakaian dan juga makanan yang dibawa anak saudara aku nie.
yang peliknya sehingga semalam pusat tahfiz tu takde langsung call untuk memberitahu along aku tentang anak saudara aku nie.
Bagaimana agknya pengurusan pusat tahfiz nie sampai anak saudara aku boleh keluar malam-malam macam tu.Sampai M*** dalam pukul 1 pagi.Terus pergi ke rumah Bilal yang jumpa anak saudara aku nie.
Katanya polis dah tau hal ini..Bilal tu bagitahu dekat along aku nie,Pusat tahfiz tu memang ramai budak yang lari..
pelik la..cer korang komen skit.
lepas ambil dia,kitorang terus balik sebab taknak la menyusahkan Bilal tu..Ucap syukur sebab yang jumpa anak saudara aku orang yang baik.Alhamdulillah..Kesian tengok anak saudara aku nie.hari nie baru along aku nak pi pusat tahfiz tu untuk selesaikan masalah nie.Dan anak saudara aku xkan sekolah kat situ lagi.
Balik tu,aku drive sebab along aku dah tak larat nak drive.Dekat 2 jam lebih la aku drive..Perghh..
sampai rumah pukul 5..dah memang ngantuk sangat mata nie.
nasib baik en.husband bersahur masa tu..Kesian dia tak sihat.Dan sebagai ganjarannya.Aku tak bekerja hari isnin tu untuk tengokkan dia dan hantar dia ke klinik.hari pun tak sihat lagi,Tapi dia nak pi jugak keje..
itulah yang berlaku semalam dan kenapa blog aku tanpa entry.
Teruknya pengurusan pusat tahfiz tue..mcmne depa boleh careless sangat sampai budak umur 10thn lari pun tak sedar.. nasib baik la ada orang baik2 jumpa..kalau sindiket yg jumpa macam mana..ambik mudah jer kan..buat je report polis pasal kes buli tue.. report sekali kecuaian pusat tue jugak..
ReplyDeletenasib baik jumpe.. mmg x bertanggungjwb betul.. kalau anak dia yg hilang mcm mn.. mmg cuai..
ReplyDeletekena buat aduan lah kat pusat tahfiz tu, supaya lepas ni akan d lakukan pengawalan yg ketat..harap2 kes mcm tue x berulang lg nti kan..
ReplyDeleteAlhamdulillah, semnua sudah selesai kan .. jaga kesihatan ye :)
ReplyDeleteKakak dapat agak di mana tu Ida. harap pihak pentadbiran sana membuka matalah agar tak selalu benar perkara sama berulang..
ReplyDeletesemoga masalah anak saudara sis tu dapat diselesaikan. Kesianla budak kecik dibuli gitu. Ilang semangat budak nak blaja agama.
ReplyDeleteHarap sis pun sihat2 la moga boleh trus berblogging ;)
Alhamdulillah jumpa..camna lah pusat tahfiz tu punya managment ya..dia orang kena lebih perihatin..lagipun itu kan tempat menuntut ilmu agama. seharusnya yang mengurus pun lebih terdidik..dan kes kes buli tak sepatutnya berlaku..nway get well soon k..and selamat berpuasa...
ReplyDeletehmmm x efficient pengurusan pusat tahfiz tu. budak lari pun x buat tindakan segera ke. okay lah tu anak buah akak x study kat situ lagi. for his own good jugak kan :) hope after this dia dapat study ngan tenang.
ReplyDeleteisk.. kalau sampai budak lari pun, dorang tak report, memang patut tukar sekolah..
ReplyDeleteEloklah tukar sahaja sekolahnya. Kalau boleh, buatlah aduan rasmi di KM atau JAI Negeri agar nasib yg sama tidak menimpa kanak2 yg lain atau sesuatu yg lebih buruk berlaku.
ReplyDeleteYang dulu didahulukan. Blog ni belakang kira. Sehari dua tanpa entri itu biasa. Kami tetap setia :)
kenapa anak saudara awak boleh lari ni..mesti ada yang tak kena kan..elokla tu tukar sekolah pon..huhu..
ReplyDeletesemoga cepat sembuh..