Assalamualaikum
Entry hari nie aku tujukan khas untuk ayahku..
Selamat hari jadi ayah..menyambut ulangtahun hari lahir yang ke 64 tahun..Dah semakin tua ayah..
Walaupun dia hanya ayah tiri aku,tapi aku menyayangi beliau seperti ayah ku sendiri..Dia menjadi ayahku sejak aku berumur 8 tahun..
Sudah tua ayah,Tapi masih membanting tulang 4 keratnya untuk memelihara anaknya yang kini masih belajar.Aku ada 5 orang adik tiri.Semuanya ku anggap seperti adik ku sendiri kerana lahir dari kandungan ibuku jugak..mungkin ada yang kata mereka bukan istilah tiri..
4 orang adik2 aku yang masih belajar,2 orang dahpun ke universiti,seorang tahun akhir di UITM Terengganu dan seorang lagi di UTP Perak.masih lagi menyambung degree di sana..Masih memerlukan perbelanjaan yang banyak.Alhamdulillah...ada jugak antara kami yang berjaya ke sana.al-maklumlah..dulu kehidupan kami susah,sekarang nie senang skit..boleh la berikan pelajaran yang selesa untuk adik-adik.
Ayah,masih lagi bekerja walaupun punya penyakit semput.ubat gas sentiasa di bawak ke hulu ke hilir.Semputnya datang tak kira masa.Ayah adalah driver lori pasir..
Setiap pagi ayah akan bangun pukul 4 pagi untuk pergi kerja..Sedapnya tengok anak-anak lain tido kan.
balik pulak tak tentu masa,kekadang pukul 10 malam..kekadang pukul 1 pagi pun ada.Paling awal pukul 8 malam..Keesokkan harinya akan bangun pukul 4 pagi..begitulah rutin harian ayah..sehingga hari sabtu..hari ahad hari untuk ayah berehat.Tapi masih kuat bekerja.Aku pernah ikut ayah pergi kerja.dan tengok bagaimana ayah melakukan kerja-kerjanya.Masyallah..Peluh ayah mencurah-curah ke bumi.Sesekali ayah menyedut gas semputnya.
Dah suruh ayah berhenti kerja,tapi dia kata adik2 masih perlukan duit yang banyak..Nak tengok anak berjaya.Alhamdulillah..insyallah..bakal tercapai nanti.
Sebagai anak aku hanya mampu gembirakan dia bila kami berkumpul beramai-ramai setiap minggu..Aku hanya balik 2 minggu sekali.Maklumlah dah menjadi hak orang..Masa perlu dibahagikan.
Dan hari ini,Ayah menginjak ke satu lagi angka usianya.Pepagi lagi aku da call beliau untuk mengucapkan selamat hari jadi dalam keadaan sendu.Ceria dia mengucapkan terima kasih.moga Allah sentiasa melindungi ayah dari sebarang kecelakaan.Dimurahkan rezeki.Di berikan kesihatan.insyallah walau kami tak boleh nak melonggokkan kekayaan di sisi ayah,tapi kami akan longgokkan kasih sayang untuk ayah sepanjang hayat kami.terima kasih kerana terus sabar melayan karenah kami dari kami kecil hingga dewasa.terima kasih kerana meminjamkan bahu tatkala aku bersedih..Kami amat menyanyangimu AYAH.
Selamat Hari Lahir Untuk Ayah jugak.. :D
ReplyDeleteselamat hari ayah..
ReplyDeleteSelamat hari lahir buat ayah siiti. Moga dipanjangkan umur..
ReplyDeleteselamat hari lahir buat ayah kak eda... semoga diberikan kesihatan tubuh badan, kebahagiaan dunia dan akhirat...In Shaa Allah...amin...
ReplyDeleteSelamat hari lahir untuk ayah kak siti..semoga hidup diberkati Allah.
ReplyDeleteKasih ayah untuk keluarga. Pengorbanan yang tak sia-sia insyaAllah akan mendapat ganjaran dariNya. (^_^)
selamat hari lahir utk ayah..semoga terus dipanjang usia,murah rezeki & berbahagia selalu...
ReplyDeletesedih akak baca sbb teringat kat arwah ayah akak pulak.
ayah baca mesti terharu nie... hhehehehe
ReplyDeleteSelamat hari lahir utk Ayah.
ReplyDeleteRindu kat arwah aya.
terharunye.... selamat hari lahir untuk ayah kamu ... :)
ReplyDeleteSelamat harijadi... Semoga ayah anda dipanjang usia dan diberi kesihatan berpanjangan...amiin
ReplyDeleteslmt ari jdi..
ReplyDeleteselamat hari lahir untuk ayah.. semoga dipanjangkan usia dan dirahmati Allah swt selalu.. sedih pula baca kisah ni.. betapa besarnya pengorbanan seorang ayah demi melihat anaknya cukup makan, cukup pakai dan berjaya di dunia akhirat.. usah sia-siakan pengorbanan mereka..
ReplyDelete