Assalamualaikum
Selesai sudah Cerita KAMI..
Filem pertama dan Terakhir Allahyarham Sudirman Hj Arshad
- Filem: KAMI
- Watak: Tookoo (remaja berusia 17 tahun).
- Mula ditayangkan: 27hb Mei 1982
- Dikeluarkan oleh: Indra Film Productions and Distribution Sdn. Bhd
- Arahan: Patrick Yeoh (filem pertama arahannya)
- Lagu tema : Pelangi Petang
Sinopsis: Tookoo hanya belajar sampai darjah 6 dan hobinya suka menyanyi. Ibunya sudah meninggal dunia, dia tinggal bersama ibu tiri dan bapanya. Disebabkan tidak serasi dengan ibu tirinya, dia berhijrah ke Kuala Lumpur. Di sana, Tookoo bertemu dengan Din, seorang kanak-kanak terbiar. Din tinggal bersama makciknya yang selalu menderanya. Oleh sebab itu Din pun melarikan diri dan ingin mencari ibu kandungnya. Suatu hari semasa hujan, Din minta berteduh di tempat berlindung Tookoo iaitu sebuah banglo yang ditinggalkan. Sejak itu Din dan Tookoo menjadi kawan baik, di situlah bermulanya KAMI. Macam-macam halangan dan rintangan yang mereka hadapi dalam meneruskan hidup.
Sudirman telah dicalonkan dalam kategori Pelakon Terbaik di Festival Filem Malaysia, tetapi tidak berjaya.
BERCITA-CITA INGIN MENJADI PRODUSER Menjelang penghujung usianya, Sudirman memberitahu, dia telah menyiapkan skrip filem Primadona dan bercita-cita untuk menjadi produser dan pengarahnya. Malangnya hasratnya itu tidak kesampaian.
*** cerita nie keluar pada umur aku satu tahun dan sekarang nie umur aku da 32 tahun..korang kira la berapa lame cerita nie masih lagi hidup...
Tribute To Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad
"Bukan gelaran jadi ukuran, tetapi bakti yang disumbangkan. Walau apapun terjadi, perjuangan saya dalam bidang seni tiada noktahnya, selagi nadi ini masih berdenyut, selagi peminat masih meminati saya, selama itulah saya akan berjuang dalam dunia hiburan. Dalam kerjaya saya sebagai penghibur, saya mahu lakukan bersungguh-sungguh supaya masyarakat terus mengingati buat selama-lamanya," antara ungkapan yang pernah diluahkan oleh Sudirman ketika hayatnya...
info :