Assalamualaikum
Ingin Berkongsi sesuatu yang perlu tahu oleh semua orang tentang amalan pemakanan buah sebelum makan makanan yang berat contohnya makan tengahari.
Banyak sebab kenapa kite perlu makan lebih banyak buah-buahan dan juga sayur-sayuran .Antaranya adalah buah dan sayur membekalkan vitamin semulajadi untuk keperluan badan dan kandungan seratnya membantu pencernaan.
Sebelum kita makan buah atau sayur yang dibeli di pasaran,pastikan rendam dahulu dalam garam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk remove chemical(Pesticides-chemical yang digunakan untuk mencegah serangga perosak).Walaupun racun perosak mencegah serangan serangga,namun ia tetap membahayakan kesihatan kita apabila dimakan.
Kenapa Perlu makan buah dahulu sebelum makan makanan berat?
Salah satu sebabnya adalah ia sunnah makan Rasulullah SAW.Ini adalah kerana sekiranya kita makan buah dahulu sebelum makan makanan berat, selain daripada menjadikan kita cepat kenyang dan seterusnya mengelakkan daripada menambil makananberat dengan berlebihan,ia sebenarnya menggalakkan penyerapan nutrien segar dab tenaga untuk tubuh dan membantu melancarkan proses penghadaman.
Jadi kenapa kite perlu ambil buah sebagai pencuci mulut, fungsinya terhadap badan kita berkurangan atau tiada langsung.
Kita tidak boleh mengambil buah selepas makan makanan berat yang lain kerana,sebagai contohnya jika telah mengambil hidangan nasi terlebih dahulu,pankreas kita bekerja keras untuk mengolah nasi dan memerlukan waktu penghadaman yang memerlukan waktu penghadaman yang berjam-jam.Jadi sekiranya kita makan buah setelah makan makanan berat, buah akan menimbun di atas makanan yang terdahulu dan perlu tunggu que untuk dihadamkan sehingga mengakibatkan buah tersebut menjadi busuk terlebih dahulu berikutan sifat buah yang tidak tahan lama.
Kajian yang dijalankan oleh dokter Herbert Shelton,seorang pengamal perubatan alternatif Amerika menunjukkan,pengambilan buah dengan cara yang betul akan membantu seseorang itu menjadi cantik,panjang umur,sihat bertenaga,bahagia dan mempunyai berat badan yang ideal.
Jadi mulai sekarang marilah kita sama-sama mengamalkan cara makan Rasulullah SAW.
wah nice entry...baru tau hari ni..sebelum2 ni xpernh pn mkn buah dulu bru jamah makanan..gpn kurang mkn buat..hehe
ReplyDeleteInsyaAllah. Amalan sunnah itu yg terbaik. =)
ReplyDeletenice sharing dear :)
ReplyDelete