Assalamualaikum
Tak sampai hati nak tengok video tentang kekejaman seorang bapa terhadap anak kecil yang tak tau ape2 tu..Xsampai habis tengok video tu aku da delete post video tu..Rase sedih yang teramat sangat ..
Bapak die xde kepala otak ke belasah budak macam tu sekali..Yang x boleh tahan mase die hempas anak die dekat kerusi tu..
Yang merakam tu..ape hal pulak...xboleh ke nak mempertahankan anak kecil tu..hadoiiiii..Panas ati tengok..
Korang tengok x metro hari nie..Mudah-mudahan dapat pembalasan ..Padan Muka!!!!
KLANG: “Kau memang degil, tak hormat orang tua! Kalau aku tumbuk kau muntah tak? Kenapa kau tak suka dengar cakap orang?”
Itu antara dialog seorang lelaki sebelum memukul, menumbuk dan menendang serta menampar seorang kanak-kakak lelaki berusia lingkungan dua tahun dipercayai anaknya yang rakaman videonya tersebar luas menerusi facebook.
Kejadian di rumah mereka di Taman Mas, Kapar, di sini, dipercayai berlaku kira-kira dua bulan lalu sebelum dirakam dan dimuat naik ke facebook oleh isteri pertama lelaki itu minggu lalu.
Difahamkan, mangsa adalah anak hasil perkahwinan lelaki berusia 32 tahun itu yang bekerja sebagai mekanik dengan isteri keduanya. Video dengan durasi 8 minit 33 saat itu memaparkan mangsa dibelasah bapanya tanpa belas kasihan.
Difahamkan, mangsa adalah anak hasil perkahwinan lelaki berusia 32 tahun itu yang bekerja sebagai mekanik dengan isteri keduanya. Video dengan durasi 8 minit 33 saat itu memaparkan mangsa dibelasah bapanya tanpa belas kasihan.
Mangsa turut diangkat sebelum dilempar ke atas lantai. Suspek juga tidak mengendahkan mangsa yang menangis kesakitan dan ketakutan, sebaliknya terus membelasahnya tanpa belas kasihan termasuk menggunakan senduk dan selipar
akak tak tengok pun.. sebab sakit hati masa baca cerita tu.. dah kena tangkap kan.. confirm kena hentam kat dalam lokap.. bodoh tolol dan segala bagailaa orang nie... memang hotak dia letak kat kepala lutut..
ReplyDeleteYg merakam tu sbb nk buat bukti..tp kalo sy x sggp la dudok rakam je!! Huhh moga dia dpt hukuman setimpal!!!
ReplyDelete