Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakkan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai
Perubahan fizikal seperti perut buncit kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.
Malah apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan,mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisish dan berfikir negatif setiap masa Pun begitu,terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahupun wanita untuk mengatasi masalah mempuyai perut buncit.Tidak salah kan untuk mencuba?? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah :
1) Minum air masak yang banyak Apabila tubuh badan kia menerima sumber air yang banyak,keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan air yang keluar dari tubu badan juga meningkat.Mendapatkan jumpah air yang bnyk juga akan menjamin fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar
2) Makan Perlahan-lahan Ketika menjamah makanan kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit.Makan yang tidak dikunyah seingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perur berlaku
3. Kurangkan garam dalam makanan.Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Selamat mencuba ye korang...sharing is caring
sumber :http://mynewshub.my
Tq for sharing..nti nk tryla,ehehe!
ReplyDeleteKakak kalau baca tip-tip selalu macam nak cuba aje tapi bab bila dah kat rumah memang lupalah...
ReplyDeletetapi bile kite sharing kekadang tu kite akan beringat dan teringat nak buat..same-same dok sharing sesuatu mane ler tau jadi ikutan ramai-ramai
ReplyDeleteAgak naik badan ini secara mendadak setelah genap setahun umur perkahwinan.. Terima kasih di atas perkongsian info yang inshaa Allah akan diusahakan.
ReplyDeleteFaktor utama kena disiplin bab makan dan exercise :)
ReplyDelete