- Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan.kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.Para pelajar misalnya,disaranakan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca mudah diingati.
- Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bgi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat.Waktu yang sesuai bgi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat 5 waktu dan waktu-waktu yang lain seperti kita berehat dan sebelum tidur.Oleh itu,jadikanlah Al-Quran sebagai teman yang paling akrab sepanjang waktu.
- Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia disisi Allah,Kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari.Antaranya dengan mendirikan solat sunat.Solat sunat hajat.solat sunat taubat,tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam islam.Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah
- Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadanya.Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada ALlah yang maha Esa dan dilakukan secara berterusan.Waktu-waktu mustajab bagi berdoa adalah pada malam jumaat,tengah malam.pagi sebelum waktu subuh,malam hari raya,ketika waktu azan dan iqamah.Insyallah,Allah akan memakbulkan doa setiap hamba Nya yang benar-benar ikhlas.Namun,Kita perlulah sedar bahawa sevarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tapa usaha yang sungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
#####Nantikan entry seterusnya untuk mengetahui Tips-Tips mengurangkan tekanan
betul tu,,tapi kadang tu,,itu y kita lupa,,huhu
ReplyDelete