Hermm...zaman sentiasa berubah...Kalau dlu kebanyakkan orang susah ,sekarang nie payah nak cari orang yang susah,Berkemungkinan tu ade,cume mereka kekadang dipinggirkan kerana kehidupan mereka yang susah.
Saje KSD nak buat entry nie sebab tetiba la buat kajian tentang diri KSD dulu dengan budak2 sekarang nie
budak sekarang nie lebih demand daripada budak dulu dalam pelbagai aspek..
-Kalau dulu bile nak pergi sekolah pepagi bute da bangun..pergi belakang rumah mandi air perigi
-Budak sekarang masuk bilik air,mandi air panas..perh..seronok..
-Budak dulu bile pergi sekolah bawak duit 3 posen
- Budak sekarang pergi sekolah bawak duit 3 hengget ,belum tentu cukup..
-Budak dulu pergi sekolah pakaian biase2 jerk.beg pun ala kadar jerk
-budak sekarang ,mesti bersight baju bile gosok,baju ,beg ,kasut mestiler yang berjenama..mane class beli kasut longgok kt giant tu
-budak dulu kalau jumpe orang tua,menunduk jerk,hormat.
-budak sekarang kalau jumpe orang tue,tengok atas bawah,leher tegak jerk
-budak dulu kalau xde aktiviti ape2 kat rumah,mak da suruh jual kuih-muih,kemas rumah, dsb
-Budak sekarang semua da tersedia,bibik boleh buat semua,xde aktiviti mula dok planning trun bandar,
lepak kat cc,lepak kat kompleks,ataupun duduk kat rumah main pesbuk
Banyak lagi ler perubahan -perubahan budak dulu dengan sekarang.Mereka sekarang nie lebih berani dalam membuat apa saje perkara..Kekadang bukan sebab ibubapa yang salah mendidik,tapi datangnya dari mereka sendiri yang mencipta masa depan mereka sendiri..
Cuma KSD sentiasa nak mengingatkan remaja-remaja sekarang supaya lebih berhati-hati dlam mencorak masa depan sendiri..Perlu usaha sendiri untuk menjamin masa depan anda sendiri.
Jangan terlalu alpa dengan keduniaan sehingga maruah diri tercalar yek..
Mungkin x semua remaja-remaja sekarang yang berperangai macam tu,Mybe segelintir,tetapi dari segelintir tu la yang akan merebak menjadi sebahagian besar dari mereka.Terlalu banyak kes jenayah sekarang yang berleluasa datangnya dari remaja.kekadang KSD rasa kasihan pada ibubapa mereka yang kekadang terpaksa mengikut kehendak anak.Tapi niat ibu bapa mengikut kehendak anak-anak kerana mereka mahu anak-anak mereka berjaya.Xmahu anak-anak mereka ketinggalan mengikut peredaran..
Tepuk dada tanyalah selera,KSD pun ada adik yang meningkat remaja..Berharap mereka tidak tersalah pilih jalan..Harapnya begitu.
Jauhkan dari segala perbuatan yang boleh merugikan diri sendiri yerk..
as we know - zaman da berubah =)
ReplyDeleteYE LA...zaman yang kini ditakuti
ReplyDelete