Selamat tengahari...ramai ke tengah online nie..al-maklum ler waktu makan nie memang ler duduknyer di meja dapur or kedai-kedai makan,cafe,ataupun yang sambung tido....opsssss...
Sis xde selera nak makan la..Lately nie sakit pinggang memang kerap..Masih tak tau apekah penyebabnya..
Harap-harap ade berita gembira..tapi xnk terlalu xcited sebab takut la mengalami kekecewaan lagik..adoyaii...
Takmo cite panjang sangat ler..takut korang bosan..Sis pon bosan..haha..menaip di dalam kegelapan yang xberapa gelap sangat nie..
Sajela Sis nak share satu tips nie ngan korang untuk cara pemakanan yang sihat..Insyallah..Sharing IS Caring..sesambey Sis menulis nie,masuk ler jugak kat kepala otak nie..kalau tidak bace sekali lalu jerk..nak amalkan tu lemau skit..
okies...Tipsnye adelah
Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada
Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja.Perut perlu
menampung 1/3 makanan,1/3 air dan 13 udara.
Jangan makan buah selepas makan.Makan buah sebelum makan untuk membantu penghadaman
Makan sewaktu lapar,berhenti sebelum kenyang
Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman,Jadi makanlah menggunakan tangan
Minum air suam/air kosong bersih sejam sebelum makan dan sejam selepas makan.Elakkan dari minum
air ais supaya perut tidak mudah buncit..
Makan hanay 1 lauk saja.Jika makan ikan,ikan saja.Jangan campur ikan,daging , ayam dan sebagainya.
Banyakkan makan sayur dan ulam.
Kuantiti makanan berasaskan haiwan perlu dikurangkan dan sebaliknya pengambilan sayur-sayuran dan
buah-buahan perlu dipertingkatkan .Kacang tanah,biskut,coklat dan seumpamanya harus dielakkan
termasuk seafood ,belacan,telur dan segala makan yang alah dengan resdung.
Minum 2 hingga 2 1/2 liter air bersih setiap hari.iaitu sekali setiap dua jam.Selepas minum,seseorang
itu perlu kencing dan perlu dilakukan 8-10 kali setiap hari.Air yang diminum dan dikeluarkan haruslah
Dalam nisbah 1:0.Dengan kata lain ,hampir kesemua iar yang diminum itu mesti di keluarkan.
Setiap kali selepas makan,amalkan berjalan 100 langkah supaya makanan yang dimakan cepat dihadamkan dan dapat mengelakkan perut buncit.Jangan terus duduk atau terus tidur selepas makan.