20 aktiviti bersama anak-anak sempena kawalan pergerakkan covid 19 | Jom buat aktiviti-aktiviti ini bersama anak-anak dirumah
Anak-anak ni cepat je bosan.Kalau kata tak boleh keluar rumah tu, ada yang faham tu faham lah..yang tak faham tu mesti merengek sebab nak main kat luar.
So, umi kongsikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di rumah.Harap bermanfaat.
20 aktiviti bersama anak-anak sempena kawalan pergerakkan covid 19
1.GOTONG ROYONG RUMAH
Masa nilah kita boleh ajak anak-anak untuk sama-sama bergotong royong membersihkan rumah dan sekitarnya.
2.BASUH KERETA
Ajak mereka untuk sama-sama membasuh kereta.Mesti part ni diorang suka sangat.Biasanya anak-anak akan suka bermain air, Sambil tu kita boleh ajar anak untuk menjaga kebersihan bukan sahaja rumah bahkan juga kenderaan yang kita selalu gunakan.
3.LATIH URUS PAKAIAN
Masa nilah kita boleh ajar anak-anak yang kecik-kecik tu untuk uruskan pakaian mereka dari baju kotor, basuh, kering dan juga melipat serta cara bagaimana nak organize baju-baju mereka.
Teringat masa umi kecil dulu, bila time lipat baju ,mak akan asingkan baju-baju adik beradik.Lipat dan simpan sendiri.
4.PERTANDINGAN HIAS BILIK
Kat rumah anak-anak mesti dah ada bilik kan, so, masa nilah kita boleh buat pertandingan menghias bilik siapa yang paling cantik dan kemas.
5.BUAT KUIH MUIH
Kalau dah duduk dalam rumah 24 jam dengan anak-anak ni, memang ke dapur tu kerap sangat.Buka tutup peti ais pun kemahin lagi.Jadi masa nilah kita buat kuih bersama anak-anak.Buat kuih yang simple yang diorang suka untuk makan.
6.LATIHAN ASAS MEMASAK
Ajar mereka untuk memasak benda yang simple yang diorang boleh lakukan.Contohnya adalah memasak nasi ataupun menggoreng telur.Pastikan atas pemerhatian kita ye.
7.BUAT JADUAL HARIAN
Buatkan mereka jadual harian dengan memberikan mereka sticker reward seperti dalam gambar bawah ni.Nak dapatkan reward chart yang cantik dan comel ni boleh dapatkan di link ni.
8.SENI KRAFTANGAN
Ajar mereka menjahit menggunakan benang dengan jahitan asas.Mana tau nanti mereka dah mahir untuk jahit pakaian yang koyak kan?
9.PERTANDINGAN REKA CIPTA
Gunakan bahan terpakai untuk membuat pertandingan rekacipta ni.Selalunya kanak-kanak akan berimaginasi sendiri dengan peralatan yang ada didepan mereka.Cuba buat
10.PERTANDINGAN NASYID
Umi rasa yang ni diorang suka jugak nak buat.Boleh je kalau nak buat pertandingan apa pun untuk masa terluang mereka.
11.CERITA KISAH TELADAN YANG BAIK
Di kesempatan ni, ibubapa boleh la bercerita tentang kisah teladan Nabi-nabi yang terdahulu dan pejuang-pejuang islam .Boleh lihat gambar di bawah
Mana nak dapat buuku-buku cerita macam ni? Korang boleh ke Page My Litto Kids Shop.Banyak menjual buku-buku cerita berkisahkan Nabi kita terdahulu.
12.LATIHAN BIJAK BACA
Pada anak-anak yang baru mula nak membaca atau masih merangkak membaca, masa nilah kita perbaiki semula bacaan anak-anak.Bagi umi, walaupun cuti sekolah lama, buku jangan dipinggirkan sebab takut-takut anak akan cepat lupa apa yang dibelajarnya.
13.MENONTON FILEM SEJARAH
Banyak je filem-filem sejarah yang boleh kita tunjukkan kepada anak-anak.Kalau takde di tv, youtube pun ada.
14.HAFAZAN
luangkan bersama anak-anak untuk menghafaz al-quran dan hadis pilihan supaya lebih lancar
15.HAFAL SIFIR
Setiap hari hafal satu sifir, insyallah anak akan lebih lancar membaca sifiir tanpa tengok buku.
16.PROJEK IMAM MUDA
Belajar Fiqh dan solat berjemaah.Sebab masa dalam kawalan pergerakkan nilah kita banyak masa dengan keluarga.
17.LATIHAN BEBAS LAMPIN
Latihan bebas lampin atau toilet training.Masa nilah untuk korang ajar anak untuk tidak memakai pampers.Kerja jadi senang sebab kita 24 jam kat rumah.
Boleh refer tips bersediakah Untuk Potty Training
18.BERKEBUN
Walaupun kita takde tanah yang besar, berkebun masih lagi boleh dijalankan dengan menanam dalam pasu sahaja.
19.DISIPLIN KEBERSIHAN
Amalan kemas tempat tidur sendiri, basuh baju sendiri, meja makan dan juga mainan mereka.
20.PERMAINAN : JANGAN MARAH
Permainan ni umi tengah fikir jugak.Kita boleh cuba untuk mengajar mereka untuk kawal mereka sendiri.
And yes, itu sebahagian idea yang boleh kita beraktiviti dengan anak-anak.Semoga bermanfaat.Umi pun tengah rancang beberapa lagi aktiviti untuk mereka.
ni mesti masa kegemaran adik saya dengan anak2 dia kat shah alam nun…banyak aktiviti bole buat sama2…
[…] juga [ 20 aktiviti bersama anak-anak sempena kawalan pergerakkan Covid-19 […]