2 Aktiviti Yang Disukai Nur awfiyah

Assalamualaikum
Malam tadi,aku dedahkan dia kepada aktiviti menabung.AKu keluarkan duit dari tabung aku,dan aku suruh dia masukkan semula di dalam tabung tu.
Tajuk ni bagitahu ada dua aktiviti yang nur awfiyah suka buatkan,tapi dia lebih cenderung kepada aktiviti menabung..Suka tengok cara dia fokus untuk buat tu.
Jom kita tengok aktiviti pertama dia buat
Sensory bag
By the way,nak buat sensory bagi ni bukannya susah dan tidak memerlukan modal yang besar pun untuk buat.
Korang hanya perlukan :-
~Ziplock
~Eyelet or korang boleh letak pemadam yang kecil/mainan alphabet or macam-macam yang korang boleh masukkan dalam tu
~Gel rambut/Baby oil..(tapi lebih bagus kalau guna gel rambut,xdelah berminyak macam guna baby oil)
~korang boleh jugak masukkan pewarna makanan kalau korang guna baby oil
>> buat masa ni aku just letak mata je dalam sensory bag tu.So aku ajar awfiyah untuk tolak mata-mata tu mengikut warna mata tu..Tapi awfiyah pulak sekejap je dia tolak-tolak.Tapi lepas tu dia bosa,terus angkat ziplock tu bawak ke mulut.Main sensory bag ni nak kena kita main sama-sama dengan dia.Kalau tak,habislah dia bawa kemana-mana beg tu.Yang tak bestnya dia bawak masuk ke mulut dan oil tu macm terkeluar dari beg tu.
Sensory Bag
Menabung
Yess…Aktiviti ni dia memang suka,ralit dia masukkan duit dalam tabung.Aktiviti menabung boleh asah skill dia memegang dengan betul.Dan juga skill otak dia macam mana nak masukkan duit dalam tabung tu.Aku pun ikut sama masukkan duit dalam tabung tu.Dia menunjukkan minat ke arah menabung ni.Memang melekat kat tabung tu,siap mintak lagi duit untuk dia masukkan dalam tabung tu,tapi aku tak bagi banyak,takut dia bosan dengan aktiviti tu.So aku limitkan berapa ringgit sehari untuk dia masukkan dalam tabung.
Tekun betul kan dia masukkan duit dalam tabung.
Jom kita tengok video dia masukkan duit dalam tabung ni
                       See….hehehe…nampaknya aktiviti ni aku akan bagi dia buat hari-harilah 

Loading

14 Comments

  1. sensory tu a great idea sangat kak.. motor skill dia pun insyallah berkembang baik sekali..
    bagusnyaa spend time macam ni dgn anak2.. =)

  2. Sensory bag tu tak buat lagi… Insha Allah… Boleh aplikasikan nanti…

  3. Isi duit dalam tabung tu..Amsyar pun suka..yang sensory bag tu..tak pernah try lagi

  4. bijak fiyah..memang kekadang tu budak²cepat bosan..kena sediakan aktiviti yang banyak untuk mereka 🙂

  5. Main beg tu memang cepat bosan apa lagi isi dalamnya sama aje
    Tapi masuk syiling dlm tabung kan seronok Eda tengoklah tu khusyuk betul – senyum kakak dibuat anak dara comel ni tau:)

  6. betul kak..habis dia bwak lari sensory bag tu…kalau menabung,memang dia minat sangat…

  7. Salam, haha alo comelnyee dia…begitu fokus masukkan duit dlm tabung..hihi

  8. comelnya adawiyah buat gitu
    bagus didik dari kecik ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *