1st Anniversary Nelayan By The Coast Tunamaya Beach & SPA Resort | Ini kali kedua aku makan di Nelayan Seafood By The Coast.Kali pertama,aku dengan Blogger-blogger meneroka Johor Bahru anjuran Tourism Johor.Korang boleh Baca entry Kembara Blogger Johor Part 8 Tunamaya.Tak sangka mereka dah pun setahun berada disini.Dan apa yang penting keenakkan Seafood masih tidak berubah. Sebab tu Nelayan Seafood By The Coast salah satu tempat makan seafood sedap di Kota Tinggi ni. Disini juga adalah tempat yang mesti korang terjah bila korang teringin nak makan seafood yang sedap.Very Recommended.
Hari tu aku berkesempatan untuk menghadiri Media Tasting di Nelayan Seafood By The Coast ni sempena Ulang tahun mereka yang pertama dengan #Nelayanseafood8818. Untuk menu sempena Ulangtahun mereka,mereka menyajikan hidangan istimewa untuk mereka yang berkunjung ke sini.Sajian ni pasti memberikan satu pengalaman yang akan korang kena sampai bila-bila.Nelayan Seafood adalah tempat makanan seafood yang sedap di Kota Tinggi ni tau.Sambil menghirup udara pantai,korang boleh menikmati sajian yang sedap ini disana.
Ok,Jom kita tengok Menu yang disediakan disini.Yang pastinya semua makanan yang disediakan tidak mengecewakan tetamu yang datang berkunjung disini. Ketua Chef di sini menyajikan hidangan yang boleh dinikmati oleh semua jenis lapisan masyarakat.Seafood yang disediakan juga sangat Fresh dan tak rugi berbelanja makan disini.
Chef Fatt dan menu masakkannya.
So,kita scroll makanan di bawah ni ye.Harap korang tabah melihat menu-menu yang sedap ni.Sebelum tu kami diberikan minuman penyejuk tekak iaitu air kelapa.Memang segar.
Â
MENU MERDEKA PLATTER DI NELAYAN SEAFOOD BY THE COAST
Â
Hidangan yang pertama disajikan untuk kami adalah Deluxe Combination Platter.Sempena Hari Kemerdekaan ni,mereka menyediakan Deluxe Combination Platter ni dengan nama MERDEKA PLATTER.Boleh dikatakan,menu yang terdapat di dalam DELUXE COMBINATION PLATTER ni semua sedap-sedap belaka tau.Nanti aku bagitahu berapa harga untuk Merdeka Platter ni.
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Menu pencuci mulut juga disediakan.Longan Sea Coconut ni memang mampu menyejukkan tekak.Disajikan juga dengan Premium Chinese Tea.
So,korang dah tengok kan antara menu yang dihidangkan sempena 1st Anniversary mereka kan.Untuk korang yang nak rasa keenakkan Seafood dari Nelayan Seafood By the Coast,ada harga menarik yang korang boleh dapati sementara Promosi dari 1 Ogos sehingga 30 September 2018
HARGA
1 Set Hidangan Seafood untuk 10 orang
RM758++
MERDEKA PLATTER SET
RM61
Â
HAPPY ANNIVERSARY NELAYAN SEAFOOD BY THE COAST
Â