12 Cara memerahkan Bibir dengan Bahan semulajadi

Assalamualaikum
Wah..sejak-sejak ni,kemain suka aku mencari tips yang berguna untuk dipraktikkan pada diri sendiri..Disamping itu,aku share jugaklah dengan readers yang sudi membaca entry aku ni.
Wanita dan kecantikkan ni,memang tak boleh dipisahkan.Apa jua perkara yang berkaitan dengan nak cantik,adakalanya harus dicuba.Apatah lagi dengan bahan semulajadi yang senang dan mampu untuk dibuat sendiri.
Tak perlu nak berbelanja lebih untuk membeli sesuatu produk jika ada bahan yang semulajadi yang boleh digunakan dipraktikkan sendiri kan..Zaman sekarang ni semuanaya kena berjimat.Termasuklah membeli alatan atau produk kecantikkan.
Aku ada terbaca di entry ini,beberapa cara untuk memerahkan bibir yang hitam atau pucat.Kekadang kalau kita tak memakai lipstik tu,nampaklah kan bibir yang pucat.Tapi mungkin ada beberapa perkara yang selalu kita amalkan tetapi sebenarnya tidak elok untuk bibir.Contohnya menjilat bibir.
klah..meh kita baca 12 cara untuk memerahkan bibir dengan bahan semulajadi.

1.Madu
Selain bagus untuk kesihatan tubuh,madu juga boleh memerahkan bibir anda.hanya dengan sapuan madu ke bibir setiap hari secara rutin.Biarkan selama 15 minit,kemudian cuci dengan air suam.
2.Limau Nipis
Limau nipis selain boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat,limau nipis merupakan salah satu cara memerahkan bibir secara semulajadi.Limau nipis boleh memudarkan warna hitam pada bibir.Perah limau dan campurkan dengan air suam.selepas itu sapukan ke bibir dan biarkan selama 10-15 minit.Bilas menggunakan air suam
3.Minyak Zaitun
Bersihkan bibir anda dari lisptik sehingga bersih terlebih dahulu,Campurkan madu atau gula dengan beberapa titi minyak zaitun.Sapukan campuran minyak zaitun tersebut pada bibir anda.Tunggu dan bilas dengan air bersih.
4.Air Mawar
Air mawar boleh membuat bibir merah tanpa menggunakan lisptik.Menyapu air mawar pada bibir sebelum hendak tidur.Cara menggunakan air mawar ini boleh dilakukan setiap hari.

5.Mentega
Mentega mempunyai khasiat untuk membuat bibir anda merah secara semulajadi.Sapukan sedikit mentega secara merata ke bibir.Lakukan sebelum hendak tidur.
6.kunyit
Kunyit merupakan tanaman rempah-rempah,juga mempunyai manfaat untuk cara memerahkan bibir secara semulajadi.Campurkan serbuk kunyit dengan 1 sudu susu.Aduk hingga rata dan sapukan ke bibir selama lebih kurang 5 minit lalu bersihkan dengan air.
7.Avacado
Hancurkan sekurang-kurangnya 50 gram buah avacado sehingga halus,dan titiskan minyak zaitun 2-3 titik.Oleskan ke bibir dan biarkan selama 6 minit.Bila dengan air bersih.lakukannya sebelum tidur.

8.Minyak kacang almond
Kandungan vitamin E pada minyak kacang almond boleh dijadikan untuk memerahkan bibir secara alami. Minyak kacang almond bermanfaat memberikan kelemapan pada bibir. Sediakan minyak kacang almond, sapukan ke bibir sebelum tidur.


9.Daun ketumbar
Kandungan semulajadi yang terdapat pada daun ketumbar boleh memerahkan bibir yang hitam.Pertama,haluskan 2 helai daun ketumbar dan di campurkan air secukupnya.Sapu rata pada bibir dan biarkan selama 20 minit.Bersihkan dengan air suam.

10.Bersihkan bibir setiap malam.
Pada masa sebelum tidur,alangkah baiknya untuk menggosok gigi terlebih dahulu.Kebiasaan tersebut dapat membuat gigi menjadi besih dan bibir sama bersih.

11.Elakkan tabiat menjilat bibir.
Kebiasaan menjilat bibir boleh menyebabkan bibir menjadi lebih cepat untuk kering dan kelihatan pucat.Maka warna bibir yang merah akan pudar.Alangkah baiknya untuk mengelak tabiat menjilat bibir.

12.Jauhi kafein dan tinggalkan merokok.
Jauhi minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan tinggalkan tabiat merokok.Ini kerana kandungan nikotin yang terdapat dalam rokok dapat membuat bibir menjadi hitam.Melakukan diet sarat vitamin boleh menjadikan bibir menjadi merah dan muka kelihatan segar.

Tapi secara jujurnya antara 12 perkara diatas,kita selalu kan menjilat bibir.Nak-nak pulak bagi masalah kulit bibir yang kering..emm…termasuk aku la ni.

Harap kita boleh praktikkan 12 cara ni untuk menjadikan bibir kita sihat dan merah..




Loading

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *