11 Jenis Kurma Yang Popular Mana Satu Pilihan Korang

11 Jenis Kurma Yang Popular,Mana Satu Pilihan Korang

11 Jenis Kurma Yang Popular, Mana Satu Pilihan Korang | Kalau ikut umi, umi lebih suka kurma yang tidak terlalu kering dan suka yang basah-basah sedikit.

Yang penting lembut dan tidak berkulit keras.Terdapat 11 jenis kurma yang popular di Malaysia, mana satu pilihan korang.Dan sudah semestinya Kurma ajwa menjadi pilihan umi.Tidak terlalu kering dan tidak juga terlalu lembik.Walaupun kurma ajwa ni mahal dan tidak seperti harga kurma-kurma yang lain, setiap kurma ada kelebihannya tersendiri.

Apa kata kita baca apakah 11 jenis kurma yang popular yang ada kat Malaysia ni.Maklumlah kan bulan puasa ni, ramai yang mencari kurma.Ada beberapa sebab kenapa kita perlu makan kurma.Dan untuk mengetahuinya korang boleh baca di entry 7 sebab anda patut makan kurma

Ia sebagaimana hadis: “Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum sembahyang. Sekiranya, tiada kurma, maka baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka, baginda meminum beberapa teguk air.” (Riwayat Ahmad)

Makan kurma ketika berpuasa amat bagus.Pada waktu ini, kita memerlukan tenaga segera dan bukannya tenaga yang ‘Lambat untuk dicerna’ seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

Mengikut amalan Rasulullah saw, baginda menyarankan supaya kita berpuasa dengan kurma basah.Jika tiada, memadai dengan meminum air seteguk demi setehuk sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud.

Baginda SAW begitu menggalakkan umatnya memakan kurma mengikut jumlah yang ganjil iaitu 1,3,5,7 ataupun 11 biji.

“Ketika makan kurma, Nabi Muhammad SAW mengambil dan memegang buah itu dengan tiga jari. Kemudian, baginda masukkan ke dalam mulut dan kunyah.

“Apabila biji dikeluarkan dari mulut, baginda akan mengambilnya dengan dua jari. Biji tersebut diletakkan pada tempat selain dari bekas kurma yang diambilnya tadi. Baginda amat menjaga kebersihan dan adab ketika memakan kurma,” terang Ustaz MK Azman.

So, apakah 11 jenis kurma yang popular yang boleh korang cuba? Jom baca entry seterusnya

11 JENIS KURMA YANG POPULAR PERLU KORANG TAHU

Kalau di Malaysia ni, penanaman pokok kurma ni jarang sangat kita lihat berbanding dengan negara-negara timur tengah.Di Malaysia ni, pokok kurma sering ditemui di masjid-masjid yang menanamnya.Untuk mendapatkan buah kurma ni, kita perlu membeli dari negara-negara pengeluar kurma seperti Iran, Maghribi dan beberapa negera timur tengah yang lain.

Buah kurma  terdiri daripada beberapa jenis dan spesis, bukan semua kurma sama walaupun rupanya ada iras namun ada bezanya.

 

#1 Kurma Ajwa

Tekstur kurma ajwa selalunya bersifat kering namun lembut apabila digigit.Kulitnya agak kering namun setela dikunyah terasa kelembutan dan jusnya.Buahnya berwarna hitam dan cukup manis.Manis buah kurma yang pasti akan diingati.Terdapat banyak hadis mengenai buah kurma ajwa yang berasal dari tanah suci Madinah ini.

#2 Kurma Safawi

Kurma Safawi di tanam di Tanah Suci Madinah.Ia boleh dikenali dengan warnanya yang hitam terangm panjang bentuknya dan lebarnya yang tidak begitu besar.

Ia memiliki nilai kesihatan sama seperti kurma ajwa menyebabkan ia cukup laris apabila tiba musimnya.

#3 Kurma Ruthab Bam

Kurma ini turut dikenali sebagai mazafati dan berasal dari Iran.Memiliki rasa yang unik dan dianggap yang paling lazat antara kurma yang lain.

Memiliki gerlaran lain seperti kurma madu dan dipasaran menjadi 20% wakili eksport kurma Iran ke seluruh dunia.

#4 Kurma Mariami

Mendapat gelaran kurma semi-kering yang paling lazat di dunia.Turut dikenali dengan nama lain iaitu nama kurma Piarom.Kurma ini berasal dari Hajiabad Iran.

#5 Kurma Sukkari

Namanya sudah diketahui bahawa ia memiliki rasa yang manis sukkar dalam bahasa arab bermaksud gula.

Buah kurma yang memiliki agen antioksida ini juga memiliki kelbihan menjadi anti radang dalam fungsi  untuk kesihatan tubuh badan.Popular di kawasan Al-Qassem

#6 Kurma Anbara

Berasal dari Madinah, Arab Saudi dan antara kurma yang termahal.Tekstur isinya yang tebal dan lembut apabila dimakan.Bewarna coklat dan antara pilihan ramai kerana isinya yang tebal.

#7 Kurma Barhi

Jenis kurma ini berwarna kuning dan renyah.Kurma matang rasanya seperti karamel dan gula merah.Rasanya manis, seperti kebanyakan kurma.Kurma Barhi sering dijual waktu kurma jenis ini masih di cabang-cabang pokok sebelum masak.

Jenis kurma ini bermusim, peniaga akan bekukannya di dalam tempat ais dan akan dijual untuk sepanjang musim.Kurma jenis ini banyak dijual di kawasan Masjid Quba.

#8 Kurma Saghai

Jenis kurma ini renyah dan dibudidayakan di Riyadh.Kurma Saghai biasanya coklat, dan kuning cahaya di hujung kepala.Kulitnya keras tapi tidak mengelupas.

#9 Kurma Khudri

Jenis kurma Khudri berwarna coklat gelap yang kering dan manis.Kurma jenis ini kulitnya keriput baik besar atau kecil.

Jenis kurma ini adalah salah satu kurma yang paling banyak dieksport kreana kesegeran dan harga yang wajar.Ini adalah salah satu kurma terbaik jika korang ingin segar dan penuh bertenaga.

#10 Kurma Zahidi

Keras, berkilat dan kering adalah sifat yang ada pada buah kurma ini.Dengan bentuk yang tebal, kecil dan bujur kurma ini memiliki rasa yang tidak terlampau manis berbanding kurma lain.

#11 Kurma Mejdool

Kurma Medjool adalah buah kurma yang paling sukar untuk ditanam dan oleh itu adalah jenis kurma paling mahal, besar dalam saiz, kulit berwarna kuning gelap sampai merah-coklat, tekstur berserabut dan rasa yang sangat manis.

Rasa manis yang ada pada buah kurma Medjool seakan rasa karamel.

Malah, buah ini sentiasa kelihatan segar walaupun setelah ia kering.

Buah kurma Medjool dikenali sebagai buah kurma ‘berlian’ kerana sifat istimewanya ini.

Kurma Medjool adalah alternatif yang lebih sihat untuk pencuci mulut dengan kalori tinggi kerana ia kaya dengan mineral penting dengan hanya kira-kira 66 kalori dalam setiap kurma.

 

Hah itulah antara kurma-kurma yang popular dan yang boleh kita dapati.Harga pula mengikut harga pasaran.Ada yang jual murah dan ada juga yang mahal.Ikutlah pada kita nak yang jenis macam mana.Kotlah kita ada budget untuk dapatkan kurma yang berkualiti kan? why not

 

 

 

Loading

1 Comment

  1. Paling sukaaa kurma ajwa! Walaupun nampak kering, tapi isinya manis dan lembut 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *