10 Tips Pilih Buku untuk anak 6 tahun ke bawah | Di musim PKP ni umi lihat ramai kawan-kawan umi yang dah start memulakan rutin Bed Time Story ataupun Read Aloud bersama anak-anak sebelum mereka tidur.
Umi pun sejak ada Naura dah amalkan walaupun bukan selalu, tetapi dalam seminggu pasti akan rutin Bed Time story.Walaupun tak selalu, tapi kena buat jugak.Ada ramai yang tanya pada umi kalau anak belum boleh membaca boleh ke belikan mereka buku-buku cerita?
Jawapan umi adalah YA..WAJIB. Dari Naura baby lagi umi dah biasakan membeli buku.Walaupun buku tu buku dari kedai RM2.
Umi start belikan Naura Hardbook start umur dia 5 bulan.Umi carikan dia Hardbook yang penuh warna warni dan kurang perkataan di dalamnya.Dan umi berikan dia Flash card untuk dia pandang.Korang boleh lihat entry cara ajar flashcard pada bayi.Sampai sekarang dia masih simpan flash card dia tu.
Bila kita beli buku cerita, tak bermakna kita kena biarkan anak-anak kita baca buku tu sendiri.Kita pun kena mainkan peranan yang penting untuk sama-sama membaca dengan mereka.Lebih awal kita kenalkan buku pada anak-anak lebih baik sebenarnya.Anak-anak yang biasa membaca buku bersama ibubapa ni insyallah akan mudah belajar membaca.Tapi jangalah kita terlalu tekan anak kita untuk cepat membaca.Sebab lain anak lain penerimaannya.Macam kakak Fiyah dan Naura.Banyak jugak cabarannya nak mengajar Kakak fiyah berbanding Naura disebabkan Kakak tak selalu sangat ada dengan umi.
So, Jom umi share tips pilih buku untuk anak 6 tahun ke bawah.Mana tau ianya bermanfaat untuk korang kan?
10 TIPS PILIH BUKU UNTUK ANAK 6 TAHUN KE BAWAH
1.MATERIAL/ BAHAN YANG DIGUNAKAN
Apabila seorang kanak-kanak baru diperkenalkan dengan buku, mereka tak tahu apa itu buku.Sifat semulajadi seorang kanak-kanak adalah dia akan ‘EXPLORE” barang-barang baru yang dia temui.Salah satu cara mereka explore adalah dengan menggigit, menghisap atau mengoyak.Jadi mak-mak kena bersabar ye.Lama kelamaan insyallah mereka akan faham fungsi sebuah buku tu bukan untuk di koyakkan tetapi dibaca.
So, kita tak perlu sekat minat anak-anak terhadap buku cuma kerana mereka suka gigit atau koyakkan buku.Memanglah kita rasa marah dan sedih kan? Jadi kita sebagai ibubapa kena bijak memilih bahan yang sesuai untuk tindakbalas anak-anak.
Apa yang umi syorkan adalah dengan memberikan mereka jenis buku yang diperbuat dari kain atau dipanggil softbook.
Korang yang nak dapatkan pelbagai jenis Softbook boleh tengok kat katalog Mommyhappy – Softbook
Tahap seterusnya pula mereka mungkin tak suka dah makan buku.Tapi mengoyak pulak.So buku yang sesuai untk fasa ini adalah yang jenis Kadbod dan kertas keras.Umi cadangkanlah Flashcard.
Flashcard pun pelbagai jenis yang boleh korang dapatkan untuk mereka.Pelbagai jenis yang ada di pasaran.Takpun Korang boleh tengok kat Sini
Kita kena banyak bersabar la bila anak ditahap mengoyak ni.Lama-lama mereka akan faham fungsi buku tu.
2.BANYAK GAMBAR, KURANG PERKATAAN
Pilih buku yang banyak gambar dan ayat yang ringkas.4 Kebaikkan kita baca buku bergambar untuk anak-anak adalah :-
- Gambar menarik perhatian anak-anak untuk baca buku.Buku yang penuh tulisan tidak menarik perhatian kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah.Kecuali anak tersebut dan boleh membaca dengan lancar.
- Gambar itu sendiri dapat menceritakan jalan cerita buku tersebut.Kebolehan untuk faham gambar di dalam buu boleh menceritakan kembali menggunakan ayat sendiri adalah salah satu kebolehan asas untuk anak mula membaca dengan kefahaman.
- Senang untuk kita bacakan.
- Boleh kembangkan idea dan boleh membuat sesi diskusi dengan anak-anak.Memberikan mereka ruang untuk memberikan pendapat tentang gambar yang mereka lihat dalam setiap buku yang kami baca.
Contoh buku yang umi selalu bacakan dengan Naura mempunyai ayat yang pendek adalah The Sign Of Allah’s Might
Best buku ni.Ajar anak kita tentang kekuasaan Allah swt.
Sebaiknya kita cari buku yang mempunyai gambar yang jelas.Buku yang mempunyai gambar terlalu berserabut tidak dapat menyampaikan jalan cerita kepada anak-anak.Ada juga buku yang beri pendedahan art awal kepada anak-anak.Tetapi ia tetap mengekalkan konsep gambar yang jelas dan ringkas sesuai untuk anak-anak.
3.KEBOLEHAN ANAK UNTUK FOKUS
Umi kongsi tentang kebolehan anak untuk fokus dari pembacaan umi di blog ni ye. Semakin kerap anak-anak membaca bersama kita, semakin meningkat kebolehan mereka untuk fokus.Faktor usia dan kematangan juga memberi impak.Contohnya, pada tahap awal, dia mungkin tak dapat nak habiskan satu buku.Atau mungkin dia cuma boleh fokus kepada buku-buku yang mempunyai ayat yang sangat ringkas.Maka, bila pilih buku, kita tidak boleh too ambitious dan paksa dia dengar buku yang mempunyai jalan cerita yang panjang.Ini akan membuatkan dia hilang minat untuk membaca.
Kita kena ikut flow.Pada tahap awal, anak-anak cuma boleh terima dan suka sangat buku yang ringkas, ayat pendek dan mereka boleh buat aksi
Kemudian perlahan-lahan mereka dapat tingkatkan fokus masing-masing.Mereka dapat duduk lebih lama dan hayati cerita yang dibacakan.Di samping itu juga mereka suka berbicang sesama sendiri tentang cerita tersebut dan kadang-kadang kaitkan dengan kehidupan mereka seharian.
Semakin fokus anak-anak bertambah, semakin mereka dapat menerima jalan cerita yang panjang dengan ayat-ayat yang lebih panjang dan kompleks.So bolehlah belikan buku cerita yang panjang sikit ayatnya.
Seterusnya, sekiranya ibu-ibu lihat anak-anak sudah lancar membaca dan suka baca buku, bolehla belikan novel-novel ringkas kepada anak-anak.Sebaiknya bila ibu-ibu pilih buku di kedai buku atau di perpustakaan, pilihlah berdasarkan tahap anak-anak.Tujuan kita ialah untuk memupuk minat anak membaca, maka sebaiknya buku tersebut boleh dibacakan terus dan anak-anak teruja untuk dengar.Sebolehnya kita tak boleh nak bandingkan anak-anak kita dengan anak-anak orang lain.
4.MINAT ANAK
Bila kita belikan buku yang mempunyai ilustrasi atau jalan cerita yang anak minat.Insyallah dia akan teruja untuk membaca.Tapi perlu diingat kita perlu elakkan daripada terlalu ikut minat anak.Secara tak sengaja kita terhadkan pilihan untuk mereka menimba ilmu.
5.APA YANG KITA MAHU ANAK BELAJAR
Membaca untuk kanak-kanak kecil bukan sahaja bertujuan sahaja bertujuan untuk ajar anak-anak membaca.Tujuan utama sudah pasti untuk anak-anak menimba ilmu dan belajar perkara-perkara baru.Cara terbaik untuk perkenalkan sesuatu perkara kepada anak-anak ialah dengan bacakan mereka buku yang mempunyai informasi berkaitan.Buku tersebut pula sebaiknya dalam bentuk yang dapat menarik minat mereka.Ada beberapa perkara yang mungkin kita mahu anak kita belajar contohnya
- Our Belief – Sebagai seorang muslim kita kena terapkan nilai agama yang kita bawak tentang islam.Contohnya ajar anak tentang Allah dan Islam.
- Emosi Kesopanan dan kesusilaan – Belikan mereka buku berkaitan dengan Manners dan perkembangan diri.Kita boleh ajar dan disiplinkan diri mereka dengan terapkan akhlak yang baik pada mereka.
- Fakta dan Pengetahuan – Kanak-kanak kecil sebenarnya lebih sesuai tentang fakta dan apa sahaja pengetahuan yang kita nak kongsikan.Cuma caranya ktia perlu Child Friendly.Cari buku fakta yang sesuai mengikut umur anak-anak.
- Bantu Bina Skill – Ada beberapa buku yang boleh bantu membina skil anak-anak dimana buku ini melatih anak-anak kecil untuk membezakan bentuk-bentuk objek dan mencari objek-objek tersebut dalam gambar.Ini salah satu skill penting untuk membolehkan anak-anak membaca
6.BOOKS WITH PREDICTABLE SENTENCES
Ada beberapa buku yang sesuai untuk dibacakan untuk anak iaitu tidak mempunyai perkataan-perkataan terhad seperti yang dikongsikan di blog amomsjourney.Cari buku yang ayat lebih kurang sama, atau dijangka oleh anak di ulang-ulang pada setiap scene.
Contohnya
Scene ketiga dimulakan dengan ayat “No, no, no. That’s an elephant.”
Scene keempat… “No, no, no. That’s a snake.”
Scene kelima… “No, no, no. That’s a spider.”
So, bila anak-anak mengulang perkataan yang sama, anak-anak akan mudah ingat dan hafal.
7.RHYMING BOOKS
Apabila kita bacakan mereka buku yang mempunyai ayat-ayat rhyme, ia dapat membantu anak belajar tentang bunyi.Banyak sangat membantu anak-anak dalam proses belajar membaca.Contoh buku seperti ini adalah fox’s socks.Ayat-ayat rhyme seperti dibawah
The shirt goes on.
“But my socks! They’ve gone!”
In a cupboard up high,
He finds his bow tie.
Buku Time for a Hug itu pun rhyme juga..
8. MELIBATKAN DERIA
Pada usia awal, kanak-kanak cenderung untuk belajar menggunakan deria-deria mereka(rasa, bau, sentuh, dengar dan lihat). Selain itu juga, mereka suka sekiranya dapat terlibat aktfi dalam sesuatu perkara.Sama juga dalam aktiviti membaca.Dalam setiap sesi membaca bersama anak-anak, cuba benarkan mereka terlibat secara aktif.Salah satunya ialah dapat pegang buku sendiri dan handle serta explore buku tersebut sendiri.
Sesetengah buku memang dibuatkan khas untuk anak-anak menggunakan deria-deria mereka dan juga dapat terlibat secara terlibat secara aktif dalam sesi membaca.Selalunya buku-buku untuk anak-anak berusia 3 tahun ke bawah.Seperti contoh, 2 buah buku yang saya tunjuk di bawah ini.Sekiranya ibu-ibu lihat anak kurang minat baca buku, mungkin boleh mulakan dengan buku sebegini.Boleh bawa anak-anak ke kedai buku, dan lihat reaksi dia apabila ditunjukkan buku sebegini, kalau minat boleh belikan.
9.KEBOLEHAN ANAK MEMBACA
Dalam sesetengah sesi membaca,adakalanya anak-anak akan excited dan terkeluar dari mulut mereka ayat yang mudah yang mereka dah hafal dan selalu gunakan.Sebab tu pembelian buku-buku ringkas sangat perlu.Dalam sesi membaca santai,sekiranya anak tidak dapat membaca tak perlu kita marah mereka.Boleh berikan mereka clue untuk bantu mereka sebut perkataan-perkataan tersebut, atau kalau mereka kurang selesa, bacakan sahaja.Sesi belajar membaca boleh dibuat pada sesi yang lain
10.KEPELBAGAIAN
Pelbagaikan pembacaaan anak0anak.Selain itu, jika anak-anak minat princess, elakkan beli buku prinsess sahaja kepada mereka.Bacakan buku yang pelbagai supaya anak-anak tidak terkongkong minda atau imaginasi cuma kepada perkara yang dia minat sahaja.Pengetahuan dan dunia itu luas.
Kalau anak marah bagaimana?
Boleh berikan, tapi bukan untuk setiap masa dengan buku tu sahaja.Kena selitkan dengan buku yang memberi faedah.
Itu sahaja tips yang umi nak share dari hasil pembacaan umi.Yang penting sebelum membeli buku cerita, kena semak balik jalan cerita dalam buku tu samada ianya memberi manfaat atau tidak.Terus membeli buku yang menarik dan berfaedah untuk anak-anak.Bila kita selalu praktiskan membeli buku untuk anak, kita dapat agak jenis buku yang sesuai untuk mereka.
Nak cari bahan bacaan untuk anak-anak? Jemput ke Page umi ye : http://facebook.com/mylittoshop