10Tips Diet yang Seimbang Yang Perlu Korang Tahu

10 Tips Diet yang Seimbang Yang Perlu Korang Tahu

10 Tips Diet yang seimbang yang perlu korang tahu|Kalau cerita pasal diet ni kan, tak taulah bilanya nak perlu diet.Bila kita kata nak diet, nanti ada cakap, tak perlulah diet, ko dah kurus.

Cerita pasal diet ni, umi bukanlah nak diet sebab umi tau umi dah kurus.Cuma taknak lah banyak sangat penyakit yang singgah.Cukuplah penyakit yang satu tu.Itu pun dah buat umi kurus sampailah berat umi dah cecah 56kg sahaja.
 
Diet ni lebih kepada nak jaga pemakanan untuk kesihatan je.Tak lebih dari tu,Bahaya juga sekarang ni, pemakanan semua dah takde yang sihat-sihat.Bila nampak orang post itu ini, semua nak dicuba.Menu yang sihat-sihat tu taknak pulak dicuba kan?
 
 
Penyakit Obesiti,penyakit jantung dan sewaktu dengannya sangatlah  ditakuti bila sudah di mamah usia.Di pertengahan umur 30-an ni kenalah jaga kesihatan.Sekarang ni pelbagai jenis makanan yang menyumbang kepada obesiti kalau kita tak cegah kan.
 
Dulu pernah umi buat Intermittent fasting.Memang berkesan dan makanan yang disediakan untuk IF ni semuanya berkhasiat.Tapi tulah, nafsu makan kekadang membuak-buak.Sampailah sekarang ni, umi dah tak buat.Ni nak masuk 40 tahun bulan ni masih tak insaf lagi.
 
So, korang boleh baca tentang pengalaman umi kurus dengan intermittent fasting ni.
 
Jom ktia baca 10 tips diet yang seimbang yang perlu korang tahu apabila korang nak mulakan diet.

10 Tips Diet  yang Seimbang

 
1.Makan Makanan seimbang.
 
Pengambilan pelbagai jenis makanan mengikut panduan piramid makanan perlu ada bagi memastikan kesemua khasiat serta nutrien yang berguna dapat diambil bagi memastikan badan menyerao segala khasiat-khasiat tersebut.
 
 
Pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit ,termasuk kanser,serangan jantung dan angin ahmar,tekanan darah tinggi,lebihan kolestrol,osteoporosis dan spina bifida.
 
Dengan kata lain : makanan seimbamg=diet seimbang
 

2. Makan Perlahan-lahan

 
“Makan Cepat!” mungkin inilan perkataan yang kita sering dengar daripada ibubapa ktia sewaktu kecil dulu.Mungkin kerana mereka tidak sabar menunggu kita menghabiskan makanan kita secepat yang mungkin.Kalau nak diet seimbang tak boleh makan cepat-cepat.
 
Akan tetapi,Kita tidak sedar bahawa makan makanan dengan perlahan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan.Ia boleh merangsang pengeluaran lebih banyak air liur yang mengandungi enzim emilase yang membantu menghancurkan dan menghadamkan makanan.
 
Makan perlahan-lahan membantu kita mengawal jumlah makanan yang masuk ke dalam perut.Ini penting bagi mereka yang hendak mengurangkan berat badan.
 

3.Susu Kacang Soya

 
Umum mengetahu kebaikan susu kacang soya.Kacang ajaib ini telah menjadi bahan tenusu yang baru iaitu neo-protein untuk diet masakini.
 
Soya telah menjadi bahan utama dalam proses penurunan berat badan kontemporari kedua-dua lelaki dan wanita.
 
Antara sebabnya ialah kerana ia mempunyai  index glycemic yang rendah.Ini bermakna ia menghalang gula di dalam darah daripada meningkat secara cepat.Soya juga merupakan sumber protein rendah lemak yang membantu membina kandungan otot.
 

4.Buah-buahan

 
Buah-buahan merupakan satu keperluan bagi memastikan keperluan tubuh badan kita dipenuhi bagi memastikan kesihatan tubuh badan kita terjaga dan diet yang seimbang.
 
Jus buah-buahan khususnya merupakan satu menu yang perlu ada di dalam menu pemakanan kita kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin yang baik untuk tubuh badan kita.
 
Contohnya jus epal banyak mengandungi megnesiaum,zat besi dan silikom,potasium,fosfor ,sodium kalsium,belarang ,Vitamin A,B dan C yang dapat menyembuhkan keradangan pada tubuh.
 
 

5.Kurma

 
Kurma adalah sejenis tumbuhan(palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan samada yang masak atau yang mentah.
 
Kurma merupakan antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
 
bayangkan hanya dengan memakan kurma sahaja,ia telah mencukup1 untuk membekalkan kita tenaga untuk menjalani kehidupan seharian kita.
 

6.Daging

 
Daging juga merupakan satu kepelruan untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita,tetapi,itu tidak bermakna kita boleh memakan dan memilih daging sesuka hati mengikut keperluan kita.
 
Seharusnya ,kita perlu mengelak memakan daging yang boleh meningkatkan tekakan darah kita iaitu daging merah seperti daging lembu.
 
Daging yang elok untuk kita makan bagi menjaga diet yang seimbang ialah daging putih seperti daging arnab dan kambing bakar
 
Walaupun begitu,kita perlu juga mengawal kuantiti daging yang diambil untuk diet yang seimbang.
 

7.Madu

 
Madu merupakan satu menu yang penting di dalam pemakanan kita kerana ia dapat memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.Jika diamalkan minum madu setiap hari,ia akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup,terutamanya kepad mereka yang sedang berdiet.
 
Madu lebik elok jika digunakan untuk sarapan sampingan agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian.Bagi mereka yang mahu mengamalkan diet yang sihat,pengambilan madu adalah satu langkah yang bijak dan selamat.
 
 

8.Sayur-sayuran

 
Bagi sesetengah orang,sayur merupakan pilihan terakhir untuk menu pemakanan mereka.Ada juga yang sanggup mengetepikan sayur-sayuran yang terdapat di dalam hidangan mereka setiap kali mereka menjamu selera.
 
Walaupun begitu,sayur-sayuran merupakan satu hidangan yang popular dikalangn mereka yang ingin berdiet.Ada yang sanggup menjadi”vegetaran” ,hanya memakan dan mengambil sayur di dalam hidangan mereka sedangkan mengamalkan diet seperti itu adalah tidak baik untuk kesihatan kita.
 
Sayur mengandungi kepelbagaian kandungan fitonutrien,kalium dan serat mempunyai manfaat tersendiri.
 

9.Bubur Gandum dan Oat

 
Bubur gandum dan oat mengandungi serat larut(soluble fiber) yang boleh menurunkan kolestrol tidak baik(LDL) anda.Soluble fiber juga boleh ditemui pada makanan lain seperti kacang buncis,epal,buah pir,barli dan buah prun.Serat yang larut diyakini mampu menurunkan penyerapan kolestrol dalam proses percernaan anda.Mengambil 10 gram lebih serat larut setiap hari dapat menurunkan kadar LDL.Setiap 1 1/2 cawan oat yang anda makan mengandungi 6 gram serat.Jika anda tambahkan buah-buahan seperti pisang,anda menambah 4 gram lebih serat.
 

10.Piramid Makanan

 
piramid makanan
 
Ini boleh jadi asas untuk pemakanan kita seharian.Di kementerian Kesihatan Malaysia pun ada penerangan beserta diagram yang bermanfaat untuk dapat diet seimbang,
 
Tapi yang digalakkan adalah melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran lebih daripada yang di bawah tu kerana kita tak banyak bergerak seperti orang dahulu kala.
 
 
Itu sahaja 10 Tips Diet yang seimbang yang perlu korang tahu yang umi tahu dan umi kongsikan  dengan korang..Lepas ni bila pi shopping barang dapur,harus banyakkan sayur dan juga buah-buahan..
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 
 
 
 

 

 
 
 
 
 

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *