PARENTING PARENTING TIPS

Perginya Seorang Lelaki Bernama Ayah

Perginya Seorang Lelaki Bernama Ayah |Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul.Ungkapan yang mudah untuk kita cakap tetapi amat berat untuk yang menghadapinya.

Khamis petang yang lalu, walaupun umi dah sedia dari mental dan fizikal akan kehilangan orang yang pernah umi tumpang kasih sayangnya dari kecil sehinggalah akhir nafasnya.Seorang ayah yang tak pernah mengeluh saat membesarkan anak-anaknya.Umi pasti semua ayah pun begitu kan?

Arwah Ayah Zakaria Bin Mat Lip adalah nama yang pernah membantu mak dalam membesarkan kami semua.Seorang jiran yang sangat prihatin terhadap anak-anak yatim disebelah rumahnya.

Umi panggil dia Pak Yah.Jiran umi dari mula-mula lagi mak berpindah ke Felda Air Tawar 5.Masa ayah umi meninggal dialah yang banyak membantu kami adik beradik.Jaga kami,bagi makan.Banyaklah pengorbanan yang umi tak dapat nak balas.Bukan dia je, mak munah isteri dia juga banyak sangat jasanya.

Tak pernah lokek dengan makanan, ada saja yang dihantar masa kami berjiran.Rumah dia dah macam rumah umi keluar masuk.Banyaklah kenangan yang kami ada bersama.

Sekarang, hanya tinggal kenangan, walaupun umi tak lagi berjiran dengan dia dek kerana dia telah berpindah, hubungan kami tetap seperti biasa.Kalau ada masa, memang umi akan datang ke rumah dia.Hari raya memang kewajiban untuk datang ke rumahnya.

Dia pergi kerana penyakit kencing manisnya,disebabkan jari tangannya dipotong, dan kuman pula dah merebak ke badan arwah, maka harapannya untuk hidup sangat nipis.Hari khamis dari pagi kak niza tak pernah lekang update umi tentang perkembangan Pak Yah sehinggalah petang terakhir nafasnya.Alhamdulillah Allah swt permudahkan urusan arwah ke sana.Sedih kan bila Perginya Seorang Lelaki Bernama Ayah ni.

Kami redha jika itu yang terbaik untuk arwah.Sakit dah lama, hanya boleh duduk dan baring sahaja, menahan sakit, kalau itu yang boleh buat dia berhenti daripada menahan kesakitan, biarlaha dia berehat.

Hilang satu doa dari insan yang kita sayang.Allah swt lbih sayangkan dia.Sungguh besar kan peranan seorang Ayah.Walaupun kita selalu lihat ayah tak pernah ambil tau pasal anak-anak.Tapi merekalah insan yang sangat menjaga kita walau dari kejauhan.Peranan seorang ayah bukannya mudah.Sebagai ketua keluarga yang bergelar suami dan ayah, mereka mempunya tanggungjawab yang sangat besar.

Tanggungjawab seorang bapa terhadap anak sangat penting sekali dalam keluarga. Mengikut psikologi, cara seorang bapa mendisiplinkan anak juga berbeza dari ibu. Bapa akan lebih suka menegakkan keadilan, kesaksamaan dan tanggungjawab.

Umi kongsikan beberapa tanggungjawab seorang Ayah dalam sesebuah keluarga.

#1 MENJAGA KESTABILAN KELUARGA

Bapa bertanggungjawab untuk menjaga kestabilan dalam keluarga. Hal ini demikian, bapa adalah ketua keluarga yang bertanggungjawab dalam  menguruskan semua perkara dan boleh memperbaiki hubungan sesama keluarga ataupun urusan kewangan.

Kajian ini menunjukkan bahawa jika bapa seorang penyayang,  seorang yang selalu memberi sokongan dan suka melibatkan diri dengan aktiviti keluarga, dia boleh memberi sumbangan besar kepada anak. Tamsilnya, aktiviti harian seperti makan malam bersama-sama, menonton TV dan bermain di halaman. 

#2 PELINDUNG KEPADA ANAK-ANAK

Tanggungjawab bapa adalah untuk menjadi pelindung kepada anak-anak. Dengan ini, bapa seolah-olah menjadi hero yang boleh menjauhkan segala keburukan dari memudaratkan anak. 

Tahukah anda, Rob Palkovitz iaitu seorang pakar psikologi telah memberitahu The Atlantic bahawa Para sarjana yang selalu menggunakan ketiadaan seorang bapa, sebagai faktor penyumbang kehamilan remaja muda.

Perginya Seorang Lelaki Bernama Ayah

 Ini menunjukkan bahawa apabila bapa lebih terlibat, mereka boleh memantau apa yang berlaku di dalam kehidupan anak mereka termasuk interaksi anak dengan rakan sebaya dan orang lain. Oleh itu, bapa bertanggungjawab dalam melindungi anak supaya mereka tidak tercedera atau disakiti oleh orang lain.

Baca juga : Hubungan anak perempuan dan ayah

#3 MENJADI MODEL KEPADA ANAK-ANAK

Bapa adalah model kepada anak-anak. Tanggungjawab bapa dalam hubungan antara anak dengan bapanya boleh mempengaruhi corak interaksi anak dengan kawan-kawan, kekasih dan pasangan. 

Jika ayah seorang yang panas baran, suka mengawal dan memerintah, inilah ciri-ciri yang akan ditiru dan dicontohi. Oleh itu,  bapa bertanggungjawab memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

#4 SEBAGAI SEORANG PENDISIPLIN

Tanggungjawab bapa terhadap anak juga adalah seorang berdisplin. Bapa yang bertanggungjawab haruslah menjadi pendisiplin kepada keluarganya untuk menyingkirkan tabiat-tabiat buruk yang boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan mereka. 

Contohnya, si ayah perlu mendidik anak-anaknya bahawa sikap tamak, menipu, berbohong, mencuri, bersikap kurang ajar serta tingkah laku buruk adalah sikap-sikap yang tidak baik. 

 

Bak kata peribahasa, bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Tujuan seorang bapa yang bertanggungjawab adalah dengan  mendisiplinkan anaknya supaya mereka menjadi orang yang berguna kelak.

#5 MENYEDIAKAN TEMPAT TINGGAL, PAKAIAN DAN MAKANAN

Seorang bapa memang menjadi tanggungjawabnya dalam menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan kepada anak. Memberi keselesaan kepada anak-anak juga adalah nafkah yang bapa perlu sediakan.

Dalam surah al-Talaq ayat 6 menyatakan bahawa:

Tempatkan mereka di mana kamu bertempat tinggal sekadar menurut kemampuanmu dan janganlah kamu mempersulitkan mereka supaya sempit kehidupan mereka. 

Oleh itu, Ia menjadi tanggungjawab bapa dalam menyediakan keperluan tersebut supaya mereka tidak merasa terlalu susah dalam menempuh kehidupan yang akan datang.

#6 MEMBERI NAFKAH SEKADAR YANG MAMPU

Tanggungjawab bapa adalah dengan memberi nafkah kepada anak-anak mengikut kemampuan. Bapa bertanggungjawab dalam menanggung nafkah anak dalam apa jua keadaan walaupun hak penjagaan diberikan kepada bekas isteri. 

Berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadith, sependapat menyatakan bahawa seorang bapa wajib memberi nafkah untuk anak-anaknya dengan syarat bahawa anak itu belum boleh berdikari dan bagi anak perempuan sehingga ia berkahwin atau sehingga ia ada pekerjaan.

#7 MENDIDIK ANAK MENUNAIKAN KEWAJIPAN FARDHU AIN

Selain itu, seorang bapa juga bertanggungjawab mendidik anak menunaikan kewajipan fardhu ain. Fardhu ain wajib dilaksanakan dan menjadi tanggungjawab bapa untuk mengajar anak mereka.

Antaranya adalah solat, berpuasa, menunaikan zakat , menimba ilmu dan sebagainya.  Tanggungjawab bapa ini sangat berat dalam mendidik anak mengenai kewajipan fardhu ain supaya anak lebih mengeratkan hubungan dengan Allah Swt.

#8 BERGAUL DENGAN ANAK DENGAN CARA BAIK

Setiap bapa bertanggungjawab untuk bergaul dengan anak dengan cara baik. Sebagai anak yang merupakan darah daging kepada bapa, ia menjadi tanggungjawab bapa untuk mengeratkan lagi hubungan antara bapa dan anak. 

Bapa boleh berbual dengan anak tentang perkara yang mereka suka seperti bola, mewarna, melukis dan sebagainya. Dengan ini, ia dapat mendekatkan lagi anak dengan bapa. Bapa juga bertanggungjawab melatih anak untuk mudah bergaul supaya mereka merasa selesa dengan semua orang.

#9 MEMBERIKAN PENDIDIKAN YANG BAIK

Memberi pendidikan yang baik adalah salah satu tanggungjawab seorang bapa terhadap anak. Tanggungjawab seorang bapa untuk menjadikan anak seorang yang berguna apabila sudah meningkat dewasa nanti adalah dengan pendidikan.

Menghantar ke sekolah tadika, kelas tambahan dan sekolah berpendidikan tinggi adalah contohnya. Tanggungjawab bapa juga dalam memberi pendidikan supaya anak berkemahiran tinggi dan dapat membantu ibubapa suatu hari nanti dengan ilmu yang ada.

#10 BERSIFAT RAHMAH

Bapa bertanggungjawab untuk bersifat rahmah kepada anak-anak memandangkan bapa adalah ketua keluarga. Sebagai contoh, bersifat belas kasihan, adil, baik hati dan sebagainya amat penting. Sifat rahmah perlu ada pada bapa yang bertanggungjawab supaya dapat meningkatkan nilai murni dalam diri anak.

#11 MENJADI PENASIHAT ANAK

Bapa yang bertanggungjawab akan menjadi penasihat buat anak. Hal ini demikian kerana, nasihat bapa yang bertanggungjawab amat berguna sekali.  Ketika anak berada dalam kesusahan, kesedihan, kecewa, marah dan sebagainya, bapa perlu menjadi penasihat.

#12 MEMBERI SEMANGAT DAN KEKUATAN

Beri semangat dan kekuatan kepada anak! Semangat dan kekuatan dari bapa yang bertanggungjawab akan memberi impak yang mendalam terhadap anak. Pada saat anak bersedih, sukar menghadapi peperiksaan dan sebagainya, waktu itulah bapa memberi semangat dan kekuatan untuk mereka terus berjuang berjaya.

#13 MEMBERI KEYAKINAN

Memberi keyakinan kepada anak adalah tanggungjawab bapa. Hal ini demikian kerana, tanggungjawab bapa dalam memberi keyakinan dapat membantu anak untuk menghilangkan rasa takut. 

Keyakinan boleh diberi semasa anak membuat persembahan, pencapaian hadiah, memberi ucapan, dan lain lagi situasi. Oleh itu, bapa yang bertanggungjawab akan sentiasa tidak putus asa untuk memberi keyakinan kepada anak supaya anak dapat menempuh segala rintangan  dengan penuh keyakinan dan berani.

Itulah dia 13 tanggungjawab yang umi kongsikan hasil pembacaan umi di artikel bidadari.my

Semoga bermanfaat kepada bakal ayah dan ayah yang masih tak tau lagi apakah tanggungjawab yang perlu dipikul apabila bergelar ayah.

Mohon sedekahkan al fatithah kepada Zakaria Bin Md Lip dan Yusof bin Abdul Rahman.Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang Soleh.

Terima kasih kerana membaca entry Perginya Seorang Lelaki Bernama Ayah

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(2) Comments

  1. Salam takziah buat Eda..

  2. takziah eda and family..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *