10 Resepi Nasi Goreng lagi Sedap dari Makan di Kedai

10 Resepi Nasi Goreng lagi Sedap dari Makan di Kedai| Umi pasti ramai yang dan terror nak buat nasi goreng sedap ni di rumah kan.Kalau dah takde idea nak masak apa, nasi goreng adalah penyelamat.

Nasi goreng ni selalunya di sediakan untuk menu sarapan pagi ataupun malam.Jarang orang buat nasi goreng untuk menu makan tengahari kecuali nasi goreng makan kat kedai ataupun nasi goreng orang bujang.

 

Pelbagai jenis nasi goreng sebenarnya yang boleh kita buat.Nasi goreng campak-campak pun dah sedap oii..Antara Nasi goreng yang selalu orang buat adalah Nasi goreng kicap, nasi goreng telur,nasi goreng ikan bilis, nasi goreng ikan kering, nasi goreng cendawan, nasi goreng cina dan pelbagai lagilah jenis nasi goreng.Rencah pun ada juga yang lain-lain.

 

Di bawah ni umi senaraikan resepi nasi goreng yang mudah sangat korang buat bila korang ketandusan idea nak makan apa ye untuk sarapan ataupun makan malam.Umi kalau dah jelak dengan lauk-lauk kat rumah tu, memang nasi gorenglah jawabnya.

 

10 Resepi Nasi Goreng lagi Sedap dari Makan di Kedai

 

Hah..Teruskan membaca untuk dapatkan 10 resepi nasi goreng sedap macam kita makan kat kedai tu ye.Paling pebret umi nasi goreng ikan bilis dan juga nasi goreng petai.

#1  Nasi goreng lada kering

Bahan-bahan

  • Segenggam cili kering( ikutlah tahap kepedasan korang ye)gunting halus
  • Segenggam ikan bilis*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang putih*
  • Sedikit garam
  • 2 biji telur

Cara membuatnya

  1. Tumbuk lumat bahan * di atas
  2. Goreng hancur 2 biji telur dan ketepikan
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan masukkan cili kering yang dah di gunting halus tu.
  4. Kemudian masukkan garam dan masukkan nasi.Kacau hingga rata.Masukkan telur hancur dan ratakan.
  5. Rasa dah ok boleh terus padamkan api.

#2 NASI GORENG CILIPADI IKAN TUMBUK

Bahan-Bahan

  • 1 pingga nasi putih
  • Ikan goreng ( boleh guna ikan selayang- asingkan isinya)
  • *10 tangkai cili padi – ikut kepedasan sendiri
  • *1 biji bawang besasr- dihiris
  • *3 biji bawang putih
  • 2 biji telur
  • kacang panjang
  • Kubis
  • Garam dan perasa

Cara membuatnya

  1. Panaskan sedikit minyak dan goreng sekekap bahan yang bertanda *,Bila dah layu angkat dan tumbuk kasar
  2. kemudian tumbuk jangan hancur dan ketepikan
  3. Tumis semua bahan yang ditumbuk.masukkan garam dan perasa.masukkan isi ikan
  4. Masukkan sayur dan pecahkan telur
  5. Bila telur dan separuh masak, masukkan nasi putih dan kacau rata.
  6. Biarkan nasi agak kering sedikit dan sedia dihidangkan

#3 NASI GORENG UDANG KERING RAHSIA NASI GORENG JADI SEDAP

Bahan-bahan

  • nasi putih
  • Segenggam ikan bilis
  • 3 biji telur
  • Sayur( kacang panjang dan lobak di potong dadu)
  • 2 sudu udang kering*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • cili padi – ikut kepedasan korang*

Tumbuk semua bahan bertanda *

cara membuatnya

  1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan telur.Biar telur mengeras dahulu kemudian hancurkan  telur sedikit kasar.Angkat dan ketepikan dahulu
  2. Goreng garing ikan bilis dan ketepikan
  3. Dengan menggunakan minyak goreng ikan bilis tadi,goreng garing bahan tumbuk.
  4. masukkan garam dan perasa.Kemudian masukkan sayur.
  5. Masukkan nasi dan kacau sebati.
  6. last sekali masukkan telur yang digoreng adi dan kacau sebati.
  7. Sedia untuk dihidangkan

#4 Resepi Nasi Goreng Bunga Kantan

Bahan nya

  • 2 Mangkuk nasi sejuk
  • 1 sudu besar udang kering tumbuk
  • 1 sudu besar cili kering
  • 2 ulas bawang putih tumbuk
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk
  • 1-2 kuntum bunga kantan
  • Ikan bilis secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
  • Garam dan perasa
  • Kicap manis dan kicap masin

Cara membuatnya

  1. Panskan kuali dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi
  2. Campurkan cili kisar, udang kering, kicap manis dan kicap masin.
  3. Kacau sehingga pecah minyak dan tambahkan nasi sejuk.
  4. Perasakan dengan garam dan kemudian gaul sebati.
  5. Taburkan bunga kantan dan ikan bilis yang dah digoreng.
  6. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan

#5 Resepi Nasi Goreng Belacan

Bahan-bahan

  • 2 mangkuk nsai sejuk
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 kiub ikan bilis
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar

  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji cili padi
  • 5 tangkai cili merah
  • 2 sudu besar udang kering
  • 3cm belacan

Cara membuatnya

  1. Tumis bahan kisar.Bila dah pecah minyak masukkan nasi dan perasakan dengan garam
  2. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan

Nak sedap masukkan ikan bilis yang digoreng rangup.Dapat makan dengan keropok ikan pun sedap ni.

#6 Resepi Nasi Goreng China

Bahan-bahannya

  • 2 cawan nasi putih sejuk
  • 1 biji telur ayam
  • 1/2 batang lobak merah dipotong dadu
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 1/2 sudu teh garam
  • Lad sulah/lada putih secukupnya
  • minyak untuk menumis

Bahan untuk rencah

  • 1/4 biji bawang besar/Holland
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inchi halia

Untuk nasi goreng ni boleh tambah isi ayam,udang  ataupun stick crab kalau anak-anak yang jenis suka makan ni

Cara Membuatnya

  • Pecahkan telur di dalam kuali dan kacau sehingga telur hancur dan ketepikan.
  • Masakkan minyak dalam kuali yang sama dan masukkan bahan rencah.Tumis sehingga minyak pecah.Boleh masukkan ayam atau bahan lain yang korang suka.
  • Tambahkan lobak dan biarkan ia masak.Kemudian masukkan sos tiram dan kicap cair.
  • Boleh masukkan nasi dan juga telur hancur tadi,lada sulah dan kacau rata.
  • Perasakan dengan garam dan gaul sebati.Bolehlah dihidangkan

#7 Resepi Nasi Goreng Nenas

Bahan-Bahan

  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 cawan nasi
  • 1 mangkuk nenas dipotong kiub
  • 6-7 ekor udang
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • Bawang goreng untuk hiasan
  • 1 biji telur

Bahan tumbuk kasar

  • 4 tangkai cili padi – ni ikut kepedasan korang
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara membuatnya

  1. Panaskan minyak di dalam kuali
  2. Masukkan bahan tumbuk sehingga wangi dan masukkan udang kacau sehingga separuh masak.
  3. Kacau telur dan masukkan ke dalam kuali dan kacau rata.Kemudian masukkan nasi, lada sulah sos ikan dan nenas.
  4. Kacau sehingga sebati dan angkat.Hiaskan dengan bawang goreng.

#8 Resepi Nasi Ikan Chili Saba

Bahan-Bahannya

  • 1 tin ikan Chili Saba Ayam Brand
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 4-5 tangkai cili( boleh kurangkan atau tambah ikut tahap kepedasan korang)
  • 2 keping fishcake
  • Sedikit Ikan bilis
  • Belacan sebesar ibu jari( ibu jari anak je dah)
  • Garam
  • Minyak untuk menumis
  • Nasi

Cara-caranya

Blend bersama bawang besar, bawang putih, cili, ikan bilis dan belacan.Panaskan minyak di dalam kuali kemudian masukkan bahan blend. Goreng sehingga naik bau dan masukkan 1 tin chili saba ke dalam kuali.Goreng hingga ikan chili saba tu nampak garing.

Kemudian masukkan fishcake dan nasi.Goreng rata semua dan masukkan garam.Rasa dulu cukup ke tak rasanya kemudian bolehlah matikan api dan hidang

#9 Resepi Nasi Goreng Udang Tomyam

Bahan-bahan 

*2 biji cili besar(aku guna sebab taknak pedas)
*1 biji bawang besar
*1 biji bawang putih
*Sedikit belacan
1 sudu Pes Tomyam
Sedikit garam
6-10 ekor udang (ikut korang nak letak lebih)
Fish cake
Sayur sawi

* Bahan untuk ditumbuk dan ditumis

Cara membuatnya
Panaskan kuali dengan sedikit minyak,kemudian masukkan bahan yang sudah ditumbuk,tumis sehingga naik bau.

Panaskan kuali dengan sedikit minyak,kemudian masukkan bahan yang sudah ditumbuk,tumis sehingga naik bau.Kemudian masukkan PES tomyam

Kemudian masukkan udang.Dan perasakan dengan sedikit garam.Masukkan Fish cake dan sayur ke dalam kuali.Masukkan nasi sejuk. Kacau sehingga kesemua nasi tu kena dengan bahan tumisan.Siap untuk disediakan untuk keluarga tersayang
 
 
 
Resepi bergambar boleh tengok disini
 
 

#10 Resepi Nasi Goreng Pattaya Che Nom

Bahan-Bahan:

  • Bahan untuk nasi goreng:
    • 2 cawan nasi putih
    • 3 sudu besar minyak masak
    • 5 ekor udang, buang kulit
    • sedikit isi ayam, potong kiub
    • 1 biji bawang merah, hiris nipis
    • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
    • 4-5 biji cili padi, ketuk hingga pecah
    • sedikit sayur campur
    • 1/2 ketul kiub ayam
    • serbuk lada sulah
    • sedikit kicap cair
    • timun, untuk hiasan
    • tomato, untuk hiasan
  • Bahan untuk salutan atau telur dadar:
    • 2 biji telur ayam
    • secubit garam

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan goreng sehingga separuh masak.
  3. Masukkan udang, cili padi dan sayur campur, kemudian diikuti nasi putih. Goreng sehingga sebati.
  4. Masukkan serbuk lada sulah, kiub ayam, kicap cair dan goreng sehingga masak sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Kacau telur bersama secubit garam. Panaskan kuali berasingan, tuang telur dan golekkan kuali supaya telur menjadi nipis dan bulat sekata. Pastikan api perlahan supaya telur tidak mudah hangus.
  6. Ambil satu mangkuk nasi goreng dan telangkupkan di atas telur dadar. Bungkus nasi goreng dalam bentuk empat segi dan telangkupkan kembali bungkusan nasi goreng ke atas pinggan. Hiaskan dengan timun dan tomato.
Sumber : Che Nom
 

Bila dah tak tau nak masak apa? menu yang paling mudah adalah nasi goreng.Sedap di makan panas-panas.Bagi umi ada keropok ikan atau ikan masin pun dah bertambah selera nak menambah.So, itulah dia 10 Resepi Nasi Goreng lagi Sedap dari Makan di Kedai.Dah tak perlu order kat kedai 

 

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

2 thoughts on “10 Resepi Nasi Goreng lagi Sedap dari Makan di Kedai

  • May 7, 2021 at 12:23 pm
    Permalink

    Ya allah banyak betul resepi nasi goreng dan ianya sangat membantu SA tau…lepas raya ni SA kena start bawak bekal dah sebab kat KL kan PKP so tempat makan x leh dine in…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *