10 Resepi Kudapan Rendah Karbo Untuk Diet Atkins | kadang tak tau apa jenis kudapan yang boleh diamalkan untuk yang berdiet kan?
Selalunya kalau kudapan mesti akan makan buah atau salad.Boleh jemu tau kalau hari-hari menu yang sama.Bagi kami yang mengamalkan menu diet atkin, boleh cuba beberapa cadangan snek untuk korang
KONSEP MENU DIET ATKIN BAGI YANG BELUM TAHU
Pada tahun 1972, seorang doktor perubatan iaitu Dr.Robert C.Atkins telah menulis sebuah buku yang mempromosikan kaedah aktins.
Buku ini telah mendapat sambutan hangat pada ketika itu.Dr.Robert telah mempopularkan kaedah menu diet Atkin yang bertujuan menurunkan berat badan individu.
Secara umumnya, diet Atkins memfokuskan kepada pengambilan jenis makanan rendah karbohidrat mengikut fasa-fasa tertentu.
Pada awal pengenalannya, diet Atkins sering dimomokkan sebagai jenis diet yang tidak sihat disebabkan kandungan lemak tepunya yang tinggi.
Namun, telah banyak kajian yang menunjukkan hasil yang sebaliknya.
Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa, diet Atkins mampu untuk menurunkan lebih banyak berat badan selain memperbaiki paras gula darah.
Walaupun pelan pemakanan diet ini tinggi kandungan lemak, namun ia tidak meningkatkan paras lemak jahat secara puratanya.Jom tengok apakah dia 10 Resepi Kudapan Rendah Karbo Untuk Diet Atkins
10 JENIS KUDAPAN UNTUK DIET ATKINS YANG BOLEH ANDA CUBA
Terdapat beberapa jenis snek atau kudapan untuk diet Atkins yang boleh anda cuba di rumah.
Sesetengah daripadanya mungkin sudah biasa anda makan, namun ada di antaranya yang merupakan idea-idea baharu yang boleh anda cuba.
#1 BISKUT BERSAMA IKAN
Ikan seperti ikan sardin sememangnya kaya dengan nutrien khususnya kandungan omega-3.
Satu tin ikan sardin tidak mengandungi sebarang kandungan karbohidrat tetapi mempunyai 23 gram protein.
Untuk menjadikan snek anda lebih enak, makannya bersama biskut bersaiz kecil sahaja
#2 SALAD CAPRESE
Salad Caprese ialah sejenis salad yang amat rendah kandungan karbohidrat.
Untuk menyediakan salad ini, anda hanya memerlukan buah tomato ceri, keju Mozarella yang dipotong kecil, daun selasih yang dicincang halus, sedikit minyak zaitun serta sedikit garam sebagai perasa.
Gaulkan kesemuanya sehingga sebati dan anda juga boleh meletakkan sedikit cuka untuk menaikkan rasanya.
#3 KEPINGAN RUMPAI LAUT
Kini, terdapat banyak kedai-kedai yang menjual kepingan rumpai laut kering.
Rasanya yang enak dan rangup bukan sahaja kaya dengan vitamin dan mineral, tetapi juga rendah karbohidrat.
Sekeping rumpai laut kering hanya mengandungi sekitar 1 gram karbohidrat.
Bagi jenis buah aprikot yang segar, ia rendah kandungan karbohidrat iaitu sekitar 4 gram sahaja.
Namun, ia tidak sama dengan buah aprikot kering atau di dalam tin yang tinggi dengan kandungan gula tambahan
#5 SALAD TELUR AN AVOKADO
lenyek buah avokado segar dan gaulkan bersama telur rebus yang juga telah dilenyek.
Letakkan sedikit serbuk lada hitam dan juga garam sebagai penambah rasa.
Anda boleh memakan salad ini begitu sahaja atau memakannya bersama daun salad.
#6 YOGURT YANG DICAMPUR KACANG
Untuk memilih yogurt yang terbaik, pastikan anda membeli jenis yogurt asli yang tidak ditambah dengan gula tambahan.
Gula tambahan dalam yogurt hanya akan meningkatkan jumlah karbohidrat sewaktu anda memakannya.
Bagi menjadikan hidangan yogurt lebih enak, campurkannya bersama potongan buah-buahan atau menggunakan pemanis tanpa karbohidrat seperti stevia.
#7 LOBAK MERAH DAN MENTEGA KACANG
Potong lobak merah mengikut saiz sebesar jari kelingking anda.
Anda boleh mencicah lobak merah ini bersama mentega kacang kerana ia ternyata amat lazat.
Namun, pastikan anda mendapatkan mentega kacang yang tiada gula atau anda boleh membuatnya sendiri di rumah.
#8 POTONGAN SAYUR DENGAN SOS TZATZIKI
Untuk membuat sos tzatziki, anda hanya memerlukan yogurt asli tanpa gula, bawang putih dan juga timun. Tambahkan juga sedikit daun pasli sebagai penambah rasa.
Kisarkan kesemuanya sehingga menjadi halus dan gunakannya sebagai bahan pencicah untuk potongan sayur korang.
Korang juga boleh gunakan sayur timun lobak merah, batang saderi dan brokoli.
#9 COKLAT GELAP DAN MENTEGA BADAM
Coklat gelap tidak mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi disebabkan kandungan gulanya yang amat rendah.
Namun, anda perlulah memilih coklat gelap yang mengandungi sekurang-kurangnya 70% kandungan coklat gelap tulen.
Anda boleh memakan coklat gelap ini bersama-sama mentega badam yang dibuat sendiri di rumah.
#10 DEVILED EGGS
Jangan berasa khuatir dengan namanya kerana ia adalah resipi penyediaan telur dari Barat.
Untuk membuat deviled eggs ini, potong telur rebus dan keluarkan kuning telur tersebut. Lenyekkan kuning telur ini dan campurkannya bersama mayones, garam dan serbuk lada hitam.
Kemudian cedok dengan menggunakan sudu dan masukkan kembali ke dalam telur putih.
Taburkan sedikit serbuk paprika sebagai penaik rasa. Nikmatinya sebagai hidangan snek yang enak dan sihat.
Tengok semua sedap-sedap tu.Mudah pulak tu nak sediakan.Jadi dah boleh ikut 10 Resepi Kudapan Rendah Karbo Untuk Diet Atkins
Yogurt sedapp tuu