10 Resepi Kek Mudah yang sedap

10 Resepi Kek Mudah yang sedap | Umi share resepi kek mudah yang boleh kita untuk kita sajikan kepada keluarga.Resepi kek mudah ini kompilasi dari page Resepi Kek Mudah.

Meh kita tengok resepi-resepi yang korang boleh buat untuk hujung minggu nanti.Credit to Page Resepi kek Mudah

Resepi Kek Pisang


Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sk soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
4-5 biji pisang berangan
1 cawan minyak jagung mazola
3/4 cawan gula halus
2 biji telur gred B
Sedikit esen vanilla
Cara Membuat :
Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
Pisang dilecek lembut.
Mixer minyak mazola, gula halus, telur dan esen vanilla hingga kembang/putih.
Jika sudah kembang, masukkan pisang tadi. Gaul rata.
Kaup balik tepung.
Sudah siap, seterusnya alas loyang kertas. Gris tepi loyang.
Bakar selama 30 minit suhu 170’C.
Bahagian atas gelap turunkan suhu 150’C. Bakar 10 minit lagi hingga masak.

 
 

Resepi Kek Marjerin Pelangi


Bahan-bahan :
1 cawan gula halus
1 cawan marjerin pelangi
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Cara Membuat :
Pukul gula dengan marjerin sehingga jadi putih dan sebati.
Masukkan telur sebiji demi sebiji.
Pukul bagi rata kemudian masukkan tepung, esen vanilla dan baking powder.
Pukul sampai sebati kemudian masukkan dalam loyang.
Bakar suhu 160°C selama 35 minit (ikut oven masing-masing).

 
 
 

Resepi Kek Marble Sponge


Bahan-bahan :
3/4 cawan tepung gandum *
1 1/2 sudu teh baking powder *
1/3 cawan susu tepung(apa2 brand) *
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan susu cair/susu segar
3 biji telur gred A
1 sudu besar membukit ovalete
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar minyak jagung/minyak masak
1 sudu besar serbuk koko

Cara-cara :
Satukan dan ayak bahan bertanda *
Panaskan oven dengan suhu 160’C selama 10 minit.
Satukan semua bahan kecuali minyak jagung/minyak masak dan serbuk koko
Mix kan sampai gebu dan bertanduk. (Bila adunan diangkat ke atas, adunan tak jatuh)
Masukkan minyak jagung/minyak masak. Kacau sebati guna spatula sahaja.
Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian letak serbuk koko. Kacau sebati guna spatula atau sudu.
Satu adunan lagi biarkan dengan warna asal. Kalau nak letak pewarna pun boleh. Terpulang kreativiti masing-masing.
Masukkan adunan dalam loyang saiz 8 inci secara berselang seling sehingga habis. Boleh juga putarkan di atas permukaan adunan dengan lidi perlahan-lahan.
Lapik loyang dengan kertas minyak terlebih dahulu.
Bakar dalam oven dengan suhu 160’C selama 35-42 minit bergantung suhu oven masing.
Lepas siap bakar, terus keluarkan dan terbalikkan di atas redai selama 5 minit.
Tunggu sejuk sedikit, boleh lah keluarkan kek dari loyang. Sedia untuk di makan.
(Tips nak rasa coklat yang sedap. Letak 1/2 sudu kecil capuccino paste/flavor.Tak letak pun tak apa. Ikut selera memasing).
 
 
 

Resepi  Bluberry Chilled Cheese Cake


Bahan-bahan Tapak @ base :
1 pakej biskut oreo
1/4 buku butter
Bahan Kek :
1 pakej gelatin, larutkan dengan 1/2 cawan air panas
250 gm cream cheese
1 kotak kecik whipping cream
4 sudu gula, ikut manis masing-masing
2 bekas yogurt, (sebenarnya pada gambar dibuat bawah blueberry atas strawberry. Tapi tak nampak lapisan dia. Kalau letak warna atau filling baru nampak cantik).
1 bekas toping blueberry
Cara Buat Tapak
Hancurkan biskut oreo, asingkan krim dan campur dalam cheese. (Jika hancurkan guna tangan saja tak cantik).
Panaskan 1/4 buku butter.
Masukkan butter cair dalam biskut oreo hancur tadi.
Bila sudah sebati, masukkan dalam bekas simpan dalam peti ais sementara tunggu siapkan kek dia.
Kek ini kecik saja. Kalau nak kek rendah sikit buat lagi 1 tapak dengan bancuh lagi 1 pakej oreo, jadi boleh dapat 2 kek.

Cara Membuat :

Masukkan semua cream cheese, whipping cream, gula krim biskut oreo dalam blander.
Blend sampai sebati.
Larutkan sepakej gelatin dan masukkan dalam blender tadi.
Kacau sampai sebati dengan sudu.
Bahagi 2 adunan tadi. Ikut anda, mahu letak yogurt atau tak. Nak letak filling atau toping sedikit pun boleh, tak letak apa-apa pun boleh.
Bila sudah sebatikan yogurt, tuang cream yang sudah siap ini di atas tapak yang ada dalam peti ais tadi.
Bila sudah siap, masukkan dalam peti ais dalam 3-4 jam.
Keluarkan dan letak toping.
Siap.
 

Resepi Kek Coklat Kukus

 

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan minyak
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu essence vanila
Cara Membuat :
Campur minyak, serbuk koko dan tepung gandum. Kacau sebati.
Kemudian masukkan baking soda dan juga baking powder. Kacau lagi.
Seterusnya masukkan susu cair dan juga essence vanila dan teruskan kacau supaya sebati.
Selepas sebati dan adunan tidak berketul, masukkan pula telur, susu pekat dan juga gula. Kacau lagi sehingga betul-betul sebati.
Tuang adunan hanya separuh atau suku sahaja kalau nak letak topping. Kek ini akan kembang dengan jayanya.
Tutup saja bekas plastik dengan penutup
masa kukus dalam pengukus.
Kukus kek dalam anggaran 20 minit. Siap.
 
 
 

Resepi Kek Red Velvet Tanpa Telur


Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum *
1/2 sudu makan serbuk koko *
3/4 sudu teh baking powder *
1/2 sudu teh soda bicarbonate *
1/3 cawan minyak masak
1/2 cawan gula aising
3/4 cawan susu pekat manis
3/4 cawan susu kotak @ susu cair
1 sudu teh esen vanila
Pewarna makanan merah
Cara Membuat :
Gris dan alas loyang dengan baking paper.
Pukul atau mixer minyak tambah gula aising hingga halus.
Masukkan susu pekat manis dan mixer hingga kembang.
Masukkan 1/2 bahagian susu esen vanila dan kacau sebati.
Masukkan 1/2 bahagian adunan tepung dan kacau sebati.
Masukkan lagi 1/2 bahagian tepung dan kacau lagi sebati.
Campurkan 1/2 baki susu dengan pewarna merah dan kacau sebati kemudian masukkan dalam adunan kek dan sebatikan.
Bahagikan adunan jika menggunakan 2 loyang kek.
Bakar 180°C sehingga kek masak.

Frosting :
250 grm cream cheese
100 grm gula aising
50 ml whipping cream
Cara-cara :
Pukul cream cheese hingga lembut kemudian masukkan gula aising dan sebatikan,
Masukkan whipping cream dan pukul sebati.
Boleh tambahkan air perahan lemon jika suka.
 
 

Resepi Kek Buah 3 Bahan



Bahan-bahan :
500g dried mixed fruit (boleh dibeli di kedai kek atau pasaraya)
1 cawan jus oren (saya guna Minute Maid)
1 cawan tepung naik sendiri (tak kisah jenama apa-apa)
Cara Membuat :
Mula-mula, masukkan dried mixed fruit dalam satu bekas.
Kemudian, masukkan 1 cawan air jus oren. Biarkan selama 2 jam.
Seterusnya, masukkan 1 cawan tepung naik sendiri. Gaul sebati.
Apabila adunan sudah cukup sebati, bolehlah terus masukkan ke dalam loyang.
Bakar dengan suhu 130°c selama 2 jam.
 
 
 

Resepi Kek Oren

Bahan-Bahan:

1/2 cawan (114 g) mentega, unsalted
3/4 cawan gula kastor
4 sudu kecil parutan kulit oren
2 biji telur saiz A
1/2 cawan sour cream
1/4 cawan perahan jus oren segar
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:

Panaskan oven kepada suhu 160 °C. Griskan loaf tin berukuran 9 inci dengan mentega.
Putar mentega yang sudah lembut (tetapi masih sejuk) bersama gula kastor sehingga putih berkrim.
Masukkan zest oren, telur sebiji demi sebiji, sour cream dan jus oren segar. Masukkan pula tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan putar hingga adunan sebati.
Tuang ke dalam adunan dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga lidi yang dicucukkan di tengan kek bersih apabila ditarik,

Tips:
1.Jika anda tiada tepung naik sendiri, boleh gunakan tepung kek yang dicampur bersama 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil baking soda. 2.Jika menggunakan salted butter (mentega bergaram) jangan dimasukkan garam lagi di dalam adunan.

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 40 minit | Keseluruhan: 55 minit
Jumlah Hidangan : 5
Bahan-Bahan:

Resepi Kek Kukus Coklat Mocha Putih Telur

Bahan2nya:

Bahan A
• 525ml putih telur
• 400gm gula pasir
• 1 sudu besar ovalette
• 1 sudu teh garam
• 1 sudu teh baking powder

Bahan B
• 250gm tepung gandum
• 50gm santan serbuk

Bahan C
• 100ml santan pekat (KARA)
• 1 sudu teh esen vanila/coffee
• 90gm mentega cair
• 2 sudu besar susu pekat manis

Bahan D
• 1 sudu besar coklat emulco
• 1/2 sudu besar mocca emulco
• Loyang 8 atau 9 inci – dialas dan digris

Cara2nya:
1. Bahan A: Putar putih telur dengan speed sederhana hingga berbuih. Masukkan gula, garam,ovalette dan baking powder, putar dengan kelajuan tinggi hingga menjadi putih dan kental.
2. Masukkan bahan B, kaup balik hingga rata. Kemudian masukkan bahan C, kaup balik hingga rata.
3. Bahagikan kepada 3 mangkuk yang sama banyak. Satu bahagian coklat, satu bahagian mocca dan satu lagi adunan asal.
4. Panaskan pengukus dahulu. Tuang adunan coklat dan kukus selama 10 minit.
5. Tuang adunan mocca kukus selama 10 minit dan akhir sekali tuang adunan asal, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit hingga masak.

Resepi No Bake Oreo Cheesecake

Cara-cara:

1. 9 keping biskut oreo dihancurkan. 2/3 campur dengan melted butter, bila dah texture dia macam pasir basah mampatkan dalam loyang (better pastikan loyang dah letak baking paper supaya mudah nak keluarkan balik bila dah siap) – masukkan dlm freezer (tempat ais tau) dalam 20 minit.

2. Cream cheese 200g dipukul dengan 1@2 sudu besar gula, 40g susu pekat. Kalau nak letak whipped cream pun bagus jugak tapi saya tak letak untuk kali ni hihii. Pukul bagi sebati.Kemanisan boleh adjust. kalau ikut recipe asal dia lagiiiii banyak susu and gula dia letak. tapi yang ni pun dah manis tau.

3. Masukkan 1/3 oreo hancur tadi ke dalam adunan no. 2.

4. Masukkan bancuhan tadi dalam loyang yg ada oreo mampat tadi.

5. Masukkan balik dalam freezer selama 5-6 jam atau semalaman. Siap

 

 
Hah.. 10 resepi kek mudah yang kita boleh praktikkan di rumah.Mana tau dari beginner jadi level yang bakers yang handal kan.Nak buat kek ni nak kena try and error jugak.Kadang-kadang buat sekali tak semestinya jadi kan?
 
 
 
 
 
 
 
 
 

1 thought on “10 Resepi Kek Mudah yang sedap

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.