10 resepi kek batik mudah dan sedap wajib cuba

10 Resepi Kek Batik Mudah dan sedap wajib cuba

10 Resepi Kek Batik Mudah dan sedap wajib cuba | Dalam Tempoh PKP ni, mak-mak lebih kreatif dari biasa.

Ye, itu yang ibu-ibu alami dalam tempoh PKP ni.Yelah, musim-musim berkurung dengan anak-anak ni, apa lagi yang perlu dibuat melainkan menyediakan makanan untuk anak-anak dan seisi keluarga.Sebab apa, banuak-banyak kek, kek batiklah yang paling mudah disediakan dan anak-anak paling suka

Kek Batik menjadi salah satu favourite umi dan anak-anak.Dan pastinya ia merupakan menu yang sering umi buat bersama dengan anak-anak.Lagi pulak resepi kek batik mudah disediakan.

Ramai ibu-ibu yang mencuba pelbagai resepi kek batik dan ada yang pelbagaikan kek batik dengan menambah cheese dan sebagainya.Disebabkan itu umi nak berkongsi dengan semua terdapat lebih 10 jenis kek batik yang berlainan cara dan resepi yang boleh kita cuba.Yang pastinya sedap dan mudah disediakan ye.

10 RESEPI KEK BATIK MUDAH DAN SEDAP WAJIB CUBA

Resepi Kek Batik Coklat Ganache

Bahan-bahan

1. 250g buttercup
2. 200g milo (paket kecil)
3. Susu pekat f&n (2 sudu) – subjektif ye, kalau korang kuat manis masukkan la lebih, so far pakai 2 sudu ni okay okay je, tak manis sangat
4. Serbuk koko van houten (1 sudu)
5. 1 paket biskut marie(munchys) – patah2kan kecil2
6. Air panas (1/4 cawan)

1. Cairkan buttercup(guna kuali lebih senang)
2. Masukkan 2 sudu susu pekat
3. Masukkan 200g milo
4. Masukkan 1 sudu serbuk koko
5. Air panas sedikit
(Sentiasa kacau, masa masukkan air panas, masuk sikit-sikit dulu, jangan masuk 1 jug pulak)

Makesure guna api kecil ye. Kacau sehingga tak berketul. Once rasa da okay, masukkan biskut marie. Kacau sebati, makesure semua biskut kene coklat. Ambil loyang, letak baking paper. Baking paper murah jee hangpa kat kedai bakery. Masukkan dalam loyang, mampatkan sehingga betul-betul padat, kalau rasa penat berdiri, duduk laaa tau hahahaha kaang lenguh pulaak kaki. Masukkan dalam peti ais atleast 4 jam.

Resepi coklat ganache

1. 100g dark coklat
2. 100g milk coklat
3. 1 kotak kecil whipping cream anchor
4. 1 sudu butter

Double boilkan semua, then siap. Curah atas kek batik. Ratakan coklat biar semua penjuru kena. Masuk dalam peti ais dan Sejukkan lagi. Then, potong ikut la besar mane hangpa nak. Maka siapla kek batik. Sedia untuk dimakan.

Sumber : Haslinah Md Ali

Resepi Kek Batik Tanpa Telur

Bahan-bahan :

  • 2 roll biskut marrie (satu paket)
  • 240 gram planta
  • 3/4 tin susu pekat manis 
  • 2 1/2 senduk kecil serbuk chocolate (seelok2nya van houten)
  • 1 sudu milo

Cara Penyediaan : 

  • Patah-patahkan biskut marrie jadi setengah letak ke tepi dlu.
  • Bukak api perlahan dan cairkan planta
  • Masukkan susu pekat kacau sampai sebati.
  • Masukkan serbuk chocolate dan milo kacau sampai likat.
  • Tutup api dan masukkan biskut marrie dan gaul secukupnya.
  • Masukkan dalam loyang atau bekas kaca.
  • Kalau nak rasa mcm KEK msukkan peti ais atas(sejuk beku) but kalau nak rasa mcm BISKUT/ranggup msukkan kt peti ais bawah.

Resepi Kek Batik Hijau Berkrim Horlicks

Bahan-bahan:

  • 4 Biji Telur
  • 125 unsalted butter
  • 2 cawan horlicks
  • 3/4 susu pekat
  • 1/2 cawan tepong
  • esen vanila
  • pewarna hijau
  • 1 paket biskut marie

Cara Penyediaan :

  • Cairkan butter dalam kuali. Bila sudah cair , masukkan susu pekat dan gaul sehingga sebati. Gunakan api sederhana.
  • Kemudian masukkan tepong dan horlicks ke dalam kuali. Gaul sebati dan pastikan tidak berketul.
  • Masukkan telur satu persatu ke dalam kuali sambil kacau supaya telur tidak masak.
  • Masukkan esen vanila dan pewarna hijau. Gaul sebati.
  • Tutup api. 
  • Masukkan biskut marie yang telah dipatahkan ke dalam kuali tadi dan gaul sehingga semua biskut bersalut. 
  • Masukkan ke dalam bekas/loyang yang telah lapik kertas minyak.  

Sumber: rasa.my

Resepi Kek Batik Cheese

Bahan-bahan:

  • Sebungkus biskut marrie (patah-patahkan)
  • 250g mentega
  • 200g  Milo
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat (boleh tambah sukatan  jika mahu manis)
  • 1/4 cawan susu cair (tiada dalam gambar)
  • 2 biji telur

Topping Cheese :

  • 250g cream cheese
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan susu cair
  • Sedikit perahan lemon (tiada dalam gambar)

Cara Penyediaan :

  • Panaskan periuk/kuali. Masukkan mentega dan cairkan.
  • Setelah mentega cair, masukkan serbuk koko, milo, 1/2 cawan susu pekat, 1/4 cawan susu cair dan telur. Gaul sebati.
  • Kecilkan api ketika menggaul supaya tidak-tidak berketul.
  • Bila dah mendidih, tutup api. Masukkan kepingan biskut marrie dan gaul rata.
  • Sediakan loyang, ratakan sedikit butter pada permukaan loyang. Masukkan adunan  tadi kedalam loyang
  • Padatkan-padatkan adunan di dalam loyang.
  •  Biarkan ia sejuk sementara kita sediakan topping cheese pula
  • Dalam bekas berasingan, pukul cream cheese bersama 1/4 cawan susu pekat, 1/4 cawan susu cair dan sedikit perahan lemon. Pukul sehingga kembang.
  • Kemudian, tuang dan ratakan atas kek batik tadi
  • Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam

sumber: homekreation-recipes

Resepi Kek Batik Oreo

Bahan-bahan :

  • 2 cawan Milo
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 250g mentega
  • ½ tin susu pekat – lebih kurang
  • 30 keping biskut Marie (dipatah-patahkan) 
  • 2 paket biskut Oreo (setiap biskut dipotong empat)



Cara Penyediaan : 

  • Dengan api kecil, cairkan mentega
  •  Tambah susu pekat dan gaul sehingga sebati
  • Tambah Milo dan serbuk koko, dan gaul sehingga tiada ketulan
  • Tutup api; masukkan biskut Marie yang dipatah-patahkan dan gaul
  • Masukkan separuh adunan ke dalam baking tin
  • Tabur kepingan Oreo ke atas adunan
  • Masukkan separuh lagi adunan dan ratakan
  •  Hias dengan kepingan Oreo
  • Masukkan ke dalam peti sejuk semalaman
  •  Untuk hidang, celup pisau dalam air panas dan potong mengikut saiz yang diingini

Resepi Kek Batik Kukus

Bahan-Bahan:

  • 200g butter
  • 1/4 cawan gula halus
  • 4 biji telur
  • 1 sudu esen vanila
  • 1/4 cawan kaya perisa asli
  • 1/4 cawansusu pekat
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan horlicks perisa asli
  • 1/2 serbuk coklat
  • Biskut marie (patahkan 4 bahagian)
  • Pewarna Hijau

Cara Penyediaan :

  • Pukul mentega bersama gula halus sehingga warna putih pucat dengan sederhana laju.
  • Kemudian pukul sedkit laju berbanding tadi
  • Masukkan telur satu persatu. Slowkan balik speed ketika ini. Bila telur sudah sedikit sebati , lajukan balik kelajuan. 
  • Pukul sehingga telur kembang.
  • Masukkan 1 sudu kecil esen vanila , kaya , 1/4 cawan susu pekat. Kacau sehingga sebati menggunakan mixer. Apabila sudah sebati perlahan mixer.
  • Masukkan tepung gandum dan serbuk horlicks. Sebatikan dan agih kepada dua bahagian adunan tadi
  • Bahagian 1 : Masukkan serbuk koko dan 2 sudu besar serbuk coklat. Kacau sebati.
  • Bahagian 2 : Masukkan biskut marie dan pewarna hijau. Kacau sebati.
  • Masukkan dan padatkan bahagian 2 tadi ke dalam loyang. Pastikan sudah disapu marjerin atau tepung supaya kek tidak melekat. 
  • Kukus selama 20 minit. 
  • Kemudian masukkan bahagian 1 pula kedalam loyang yang sama dan kukuskan selama 25 minit atau hingga kek masak. 
  • Cek sama ada kek sudah masak atau belum. Cucuk kek menggunakan lidi dan jika ditarik tiada yang melekat bermaksud kek sudah masak. 
  • Siap. 

 

sumber: fizalgk

Resepi Kek Batik Sarawak

Bahan-bahan: 

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan Milo
  • 1 sudu teh serbuk kopi
  • 1 cawan air panas
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin susu sejat
  • 250g mentega
  • 1 1/2 peket biskut Marie (berperisa biasa atau kopi atau kedua-duanya sekali)
  • 1 1/2 cawan nestum

Cara Penyediaan :

  • Cairkan mentega dalam periuk. Jangan biarkannya bertukar warna ke coklat atau terbakar. Padamkan api.
  • Masukkan serbuk koko, Milo, kopi, air panas, susu pekat manis dan susu sejat. Gaul sehingga sebati.
  • Campurkan nestum dan buka api sehingga ia mendidih.
  • Biarkan ia menyejuk. Sementara itu, patah-patahkan biskut Marie menjadi kepingan besar.
  • Masukkan biskut Marie ke dalam campuran di atas dan gaul. Tapi jangan terlalu kuat sampai biskut tu pecah-pecah.
  • Lapik tin dengan plastik (clingfilm) dan masukkan campuran tadi ke dalamnya. Mampatkan dengan sudu.
  • Letakkan dalam peti sejuk (bukan pembeku) selama beberapa jam. Lagi lama lagi bagus. Setelah ia mengeras, potong dan hidangkan.
  •  

Resepi Kek Batik Cheese Nutella

 

  1. BAHAN-BAHAN:
    50g Serbuk Koko
    100g Milo
    100g Gula Pasir
    200ml Air
    100g Mentega
    2 bj Telur
    400g Biskut Marie – patah2kanCARA2:
    1. Campurkan koko, milo, gula & air ke dlm kuali.
    Masak dgn api yg sederhana, kacau sehingga larut.
    2. Masukkan mentega sehingga larut.
    3. Kecilkan api, masukkan telur & kacau sehingga pekat dalam 30 saat & padamkan api.
    4. Masukkan biskut dan gaul sehingga rata dan biskut di saluti sepenuhnya.
    5. Padatkan ke dlm loyang yg di alas dgn kertas aluminium.LAPISAN CHEESE:
    ————————–
    250g Cream Cheese
    1 bj Telur GredA
    1/4 cawan Gula Halus
    – Putar kesemua bahan sehingga kembang & tuangkan ke atas kek batik tadi.
    – Bakar 160C (api atas shj) selama 5 minit.
    – Sejukkan di dlm peti sejuk sebelum di potong/hidangkan.****untuk yang ni aznie kukus je selama 10 minit..

    Kek Batik Hijau

  2. BAHAN-BAHAN
    4 biji telor
    125g unsalted butter
    3/4 cawan susu pekat (kalau suka manis letak lebih)
    2 cawan horlick
    1/2 cawan tepung gandum
    Esen vanila
    Pewarna hijau
    1 paket biskut marie

    CARA MEMASAK:
    Cair kan butter dalam periuk. Bila sudah cair masukkan susu pekat dan gaul sebati. Ginakan api sederhana.
    Masukkan tepung dan serbuk horlicks ke dalam periuk. Gaul sehingga sebati. Pastikan tidak berketul
    Sambil kacau masukkan telur satu persatu. Pastikan sentiasa kacau takut telur masak.
    Masukkan essen vanila dan sedikut pewarna hijau. Gaul dan tutupkan api.
    Masukkan biskut marrie yang telah dipatah-patah. Kacau sebati dan alihkan kedalam loyang buang sudah di alas dengan kertas minyak atau plastik.

Hah..itulah dia beberapa resepi kek batik yang berlainan cara dan resepi.Umi pulak rasa nak buat kek batik hijau tu..Macam sedap je kan…

selamat mencuba

 

Loading

6 Comments

  1. emm,selalu beli jer kek batik ni.. ehehe. Ni boleh lah cuba nnt. Kena repair peti dulu lah gamaknyerr

  2. Ooo banyak versi rupanya ek…biasa buat versi yang biasa orang buat tu je, lain versi tak pernah lagi…

  3. Sedapnya… paling suka nak rasa manis coklat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *