August 13, 2020
10 resepi cucur dan jemput-jemput

10 Resepi Cucur Dan jemput-jemput mudah disediakan

10 Resepi Cucur Dan jemput-jemput mudah disediakan | Nampak mudah, tapi bila nampak penyakit M dan juga tiba-tiba tak datang idea nak buat makanan apa untuk sarapan atau minum petang.Jadi cara paling mudah adalah menggoogle segala resepi mudah minum petang.

Cucur dan jemput-jemput adalah menu paling ringkas yang mudah untuk kita sediakan untuk seisi keluarga khusunya untuk minum petang dan juga sarapan pagi yang sesuai untuk santapan seisi keluarga.

Di sini umi kongsikan 10 resepi cucur dan jemput-jemput mudah disediakan untuk membantu umi tatkala umi kekeringan idea untuk sediakan menu untuk keluarga.

 

10 Resepi Cucur Dan jemput-jemput mudah disediakan

Ikuti 10 resepi cucur dan jemput-jemput yang umi dah kumpulkan di bawah satu entry.Semoga bermanfaat untuk kita semua

 

CUCUR ROTI


Bahan-bahan:

  • 8 Keping roti(guna roti gardenia je)
  • 3 biji telur ayam saiz besar
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 1 genggam ikan bilis saiz kecil
  • 1 pokok daun bawang di potong kecil
  • 10 batang daun kucai dipotong halus
  • 1 labu bawang kecil -hiris halus
  • 1/2 keping kiub ikan bilis
  • secubit garam
  • cili merah – hiris halus( optional kalau nak letak)
  • Minyak untuk menggoreng


    CARA-CARA

    1- Roti dipotong kecil-kecil.Masukan telur dan ramas-ramas bersama roti tadi.masukkan kiub ikan bilis + garam.
    2- Masukkan daun bawang ,daun kucai,bawang besar dan cili yang dipotong halus.gaulkan semuanya.
    3- Masukkan serbuk roti,tambahkan susu sedikit-sedikit sehingga menjadi adunan cucur yang tidak terlalu cair
    4- panaskan minyak dan goreng terendam sehinga masak.
    5-hidangkan panas-panas bersama cili sos

 

CUCUR  IKAN BILIS

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandun
  • 3 cawan air panas mendidih secukupnya
  • Segenggam ikan bilis
  • Daun kucai/ daun sup
  • Lobak merah
  • bawang merah dipotong dadu
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng

CARA-CARANYA

  1. Gaulkan tepung gandum bersama bawang, ikan bilis, lobak merah serta daun kucai/sup dan garam
  2. Apabila tepung dan bahan-bahan lain dah digaul rata, tolakkan sedikit tepung di tepi bekas.Buatkan ruang kosong untuk gaul tepung.Tuangkan air panas sedikit demi sedikit.Bila tepung masak dan pekat, tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan.
  3. Buat bahagian demi bahagian sehingga habis
  4. Apabila semua tepung dan digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh, dan pastikan gaul tepung itu dengan sudu.
  5. Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh la bulat-bulatkan doh menjadi bulat kecil.
  6. Tunggu sehingga tepung yang dibulatkan tu sejuk sedikit dan baru boleh goreng  di dalam minyak yang betul-betul panas ye
  7. Sipa dna boleh dihidangkan


Kalau umi suka bulatkan doh tu guna minyak.Lebih senang.


resepi asal: alia umaira

 

CEKODOK PISANG

 BAHAN-BAHAN

  • Pisang yang telah terlalu masak/kehitaman dan yang tak boleh di makan mentah
  • Tepung gandum secukupnya
  • 2 sudu gula makan
  • sedikit garam

 CARA-CARANYA

  1. Lenyekkan pisang di dalam bekas kecil dan masukkan gula.Biarkan selama 15 minit
  2. Masukkan air kapur dan garam.Kacau rata
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga bancuhan boleh dijemput dengan jari
  4. Panaskan minyak penuh secukupnya di dalam kuali dengan api sederhana.
  5. Apabila minyak telah panas, goreng cucur sehingga masak
  6. Angkat dan toskan minyak menggunakan tisu makanan.

 


CUCUR LABU

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji labu masak (sederhana besar)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 biji cili merah
  • Air untuk bancuh adunan
  • Segenggam udang kering
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng

CARA-CARANYA

  1. Sagatkan labu( tidak terlalu kasar atau terlalu halus)
  2. Campurkan kesemua bahan-bahan tadi dan gaul sebati
  3. Goreng dalam minyak yang panas
  4. Siap dan sedia dihidangkan bersama sos

 



CUCUR SAYUR RANGUP

BAHAN A

  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam 
  • 1 sudu serbuk ikan bilis
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 biji telur 

#Gaul rata semua bahan di atas

BAHAN B

  • 1 Cawan sayur kobis bulat dihiris halus
  • 1 cawan lobak dihiris halus
  • 1 cawan daun sup dan daun bawang yang telah dipotong
  • 1 biji bawang besar yang dihiris halus
  • 1 biji cili hijau dihiris halus(taknak letak pun takpe)
  • Boleh juga letakkan sayuran yang lain
  • 2 cawan air bergnatung pada tepung anda, bancuhan jangan terlalu pekat dan terlalu cair.

#Ikan bilis boleh digoreng terlebih dahulu baru masukkan kedalam adunan.Boleh juga menggunakan udang basah yang siap dikopek.

 

CARA-CARANYA

  1. Bahan B hendaklah dimasukkan ke dalam adunan Bahan A
  2. Gaul rata supaya sebati
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi cantik
  4. Masukkan ikan bilis atau pun udang 
  5. Perasakan dengan garam
  6. Rehatkan adunan selama 10 hingga 15 minit
  7. Goreng dan sedia dihidangkan



 

CUCUR ROTI BERUDANG


Bahan-bahan

  • Beberapa keping kulit roti yang keras
  • 10 ekor udang sederhana besar
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 labu bawang besar-dihiris halus
  • 1 biji lada merah-diracik
  • 1 ikat daun bawang
  • 2 sudu teh serbuk kari ikan
  • 1 biji telur
  • secubit garam

Cara – cara :-
  1. Kepingan roti keras di potong kecil.Rendam dalam sedikit air suam hingga kembang
  2. Kemudian toskan airnya
  3. Udang dibuang kulit dibasuh dan ditoskan
  4. Campurkan roti dengan tepung gandum dan digaul rata(tepung dicampur air)
  5. Tambahkan sedikit garam
  6. Campurkan semua bahan yang diracik dan dihiris
  7. Gaul hingga menjadi adunan cucur jemput-jemput atau cekodok.
  8. Panaskan minyak.Masukkan senduk leper dan direndam dalam minyak panas seketika.
  9. Letakkan sedikit adunan ke dalam senduk dan letakkan udang di atasnya.
  10. Rendam dalam minyak panas hingga tertanggal adunan tadi dari senduk.
  11. Goreng hingga keemasan dan siap untuk dihidangkan bersama sos cili

 

CUCUR BAWANG


Bahan-bahan:
1) Tepung gandum – 2 cawan
2) Bawang besar sebiji – potong dadu
3) 1 sudu kecil serbuk ikan bilis – bancuh dengan air
4) Air secukupnya
5) Garam (setengah sudu kecil)
6) 1 sudu kecil minyak masak (petua untuk bagi rangup dan lembut cucur tu nanti, biar pun dah sejuk)

Cara-cara:

1) Campurkan tepung dan bawang besar – gaul sekata
2) Masukkan bancuhan air ikan bilis, garam dan minyak. Gaul bagi sebati.
3) Tambahkan air sedikit demi sedikit, sehingga adunan likat. Jangan terlebih air, nanti adunan cair, susah pulak nak masukkan dalam kuali masa nak goreng nanti.
4) Panaskan minyak dan menggunakan sudu, ambik adunan dan masukkan dalam kuali.
5) Tunggu hingga ia sedikit kekuningan, angkat dan toskan.
.
Siap dihidang. Sedap dicicah dengan sos cili thai.

 

CUCUR AYAM BEREMPAH


Bahan-bahan:
1 cawan tepung naik sendiri
¼ cawan dada ayam – dicencang halus
¼ sudu teh jintan manis
¼ sudu teh jintan putih
¼ sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit garam
Air secukupnya
.
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Campurkan ke semua bahan dalam mangkuk pengadun. Tambahkan air secukupnya.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Ambil sedikit adunan dan goreng cucur hingga keperang-perangan

sedia untuk dihidangkan.

Resepi Cucur Manis Versi Stick Viral


Bahan-bahan yang Digunakan
👉 2 cawan tepung gandum
👉 2 cawan air
👉 3 sudu gula
👉 1 sudu minyak masak
👉 1 sudu kecil garam

Cara Membuat Cucur Manis Stick
1. Didihkan air bersama gula, minyak dan garam
2. Masukkan kedalam tepung gandum
3. Gaul sebati
4. Biarkan sejuk seketika
5. Bentuk dengan cara gulung diatas dulang panjang. Selepas itu potong.
6. Goreng dengan api sederhana hingga garing.

Tips :
Tak perlu basahkan tangan dengan air or minyak sebab adunan tak melekat di tangan.
Guna tepung gandum cap bunga ROS MERAH sebab dah try jenis lain tidak jadi dan adunan jadi lembik.

Selamat mencuba resepi Cucur Manis Versi Stick

 

JEMPUT-JEMPUT JAGUNG

Bahan:

3 tongkol jagung (Jagung disagat/ hiris dari tongkolnya)
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
2 labu bawang besar (dadu)
Garam secukup rasa
Air

Cara:
Satukan tepung gandum, tepung beras dan garam. Mausukkan jagung dan bawang yang didadu. Bancuh dengan air hingga mendapat kepekatan yang sesuai.

Goreng dalam minyak dengan api yang sederhana. Angkat dan tos kan.

 
 

 

selamat mencuba

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

View all posts by siti Rohaida →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *