10 MANFAAT NENAS UNTUK WANITA

10 MANFAAT NENAS UNTUK WANITA.Itu yang perlu kita tahu memandangkan nenas ni senang untuk kita dapatkan.Cuma bila salah pilih,ia mungkin manis dan mungkin masam.

Selain tu jugak, nenas ni sedap bila dimasukkan di dalam masakkan lemak.Kalau umi sedap je makan gitu, nak-nak kalau diletakkan kicap.

BUAH NANAS

Buah Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah.

Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat.

Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia.

Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ianya digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah.

Merupakan antara buah tropika dengan isi yang manis, berjus dan wangi baunya, nanas seharusnya dijadikan antara menu diet harian bagi setiap individu. Ini kerana ia kaya dengan pelbagai nutrien dan bersifat antioksidan.

Selain bagus untuk sistem penghadaman dan imuniti badan, buah yang turut dikenali sebagai Ananas comosus, sebenarnya menawarkan pelbagai faedah kesihatan untuk wanita secara khususnya.

Jadi apa khasiat nanas yang bagus untuk wanita.Jom kita tengok.

 

khasiat nanas

KHASIAT NANAS UNTUK WANITA

1.Membantu Masalah Haid

Nanas mempunyai enzim khas dikenali sebagai bromelain yang berfungsi menyingkirkan lapisan rahim.

Jadi antara kebaikan makan nanas ketika haid adalah ia meningkatkan peredaran haid dan membantu wanita dengan kitaran haid tidak teratur.

2.Meningkatkan Kesihatan Kulit

Jika korang ada masalah jerawat, ruam atau kerosakkan kulit, buah berkhasiat ini akan meremajakan kulit dan menjadikan ia lebih bersih, cerah dan segar.

Bromelaij, enzim antiradang nanas, membantu mencegah jerawat, dermatitis, psoriasis dan ekzema.

Jus nanas mengandungi vitamin C dan antioksidan tinggi, berperanan memulihkan kerosakan kulit kesan cahaya matahari, jerawat dan tona kulit tidak sekata.

3.Menjadikan Tulang Kuat

Kandungan mangsn yang tinggi dalam nanas dapat menguatkan kulit.Mangan berfungsi mengekalkan kekuatan tulang dan apabila bergabung dengan zink, tembaga dan kalsium, boleh meningkatkan manfaatnya kepada tulang.

Oleh sebab ianya bagus untuk kesihatan tulang, maka pengambilan nanas turut dipercayai dapat mencegah osteporosis.

4 Menguatkan otot

Nanas adalah sumber valine dan leucine yang baik – dua asid amino penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu otot.

Satu gelas jus nanas setiap hari membantu mengatasi keletihan dan meningkatkan stamina-membolehkan kita kekal bertenaga semasa bersenam atau berlari.

5. Bantu Pertumbuhan Rambut

Vitamin C dalam nanas turut menyumbang kepada kesihatan rsmbut yang lebih baik.Kandungan vitamin B1 dan B2 mengurangkan keguguran rambut.

Khasiat makan nanas setiap hari boleh membantu dalam menguatkan folikel rambut dan mempercepatkan pertumbuhan rambut.

6.Meningkatkan Kesuburan

Nanas juga dipercayai mampu  meningkatkan kesuburan dan membantu dalam persenyawaan.

Kehadiran bromelain sebagai agen antiradang dan antipembekuan darah(penipisan darah) boleh memberi kesan baik kepada sistem imun.

Dengan peningkatan aliran darah ke rahim, ia secara tidak langsung meningkatkan peluang implanantasi.

7.Membekalkan Nutrien Penting Semasa Kelahiran

Walaupun terdaost kepercayaan nanas berbahaya pada kehamilan, namun hakikatnya ia sangat berkhasiat untuk dimasukkan ke dalam dier semasa berbadan dua.

Walaupun diperlukan dalam jumlah yang kecil, tembaga adalah mineral penting untuk pembentukan sel darah merah.Semasa kehamilan pula, keperluan tembaga meningkat kepada 1mg sehari bagi menyokong peningkatan aliran darah.

Tembaga juga diperlukan untuk perkembangan jantung, saluran darah dan sistem rangka serta saraf bayi dalam kandungan.

Nanas juga merupakan sumber baik untuk beberapa vitamin B seperti:

  • Vitamin B(Tiamin)
  • Vitamin B6(piridoksin)
  • Vitamin B9(folat)

8. Agen Antipenuaan

Kaya dengan vitamin c menjadikan buah ini sebagai agen antipenuaan yang baij, sekaligus membuatkan kita tampak lebih muda dan mencegah kematian sel.

9.Memperlahankan perkembangan kanser payudara

Pakar menyarankan diet sihat.Idealnya yang tinggi antioksidan bagi membantu melawan radikal bebas.

Ini kerana menurut kajian mendapati diet dan kepekatan darah yang tinggi antioksidan dikatikan dengan risiko kanser lebih rendah.

10.Tingkatkan Kesihatan Seksual

Ia dapat membantu wanita dalam

  • Meningkatkan libido
  • Meningkatkan stamina seksual
  • Menguruskan keinginan seksual
  • Memperbaiki rasa dan bah rembesan faraj 

Disebabkan kandungan tiamin dan vitamin c tinggi, maka nanas boleh memberi badan lonjakan tenaga, yang berpotensi meningkatkan stamina.Kedua-dua faedad nanas itu secara seksual boleh membantu wanita di dalam bilik tidur.

So,lepas ni kenalah lebihkan pengambilan nanas ni untuk kesihatan.Untuk yang perut tak tahan tu, jangan lupa untuk tidak makan atau minum jus nanas apabila perut kosong.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *