10 Manfaat Kesihatan Makan Pisang

10 Manfaat Kesihatan Makan Pisang | Kalau dak Naura ni memang suka sangat makan pisang.Selalu umi beli pisang comel dan satu lagi umi tak ingat pulak pisang apa.

Oh ya..Diam tak diam dah 22 Ramadhan dah kita sekarang ni kan? Walaupun Mood raya masih samar-samar bayangan, tapi umi tetap sediakan sepasang baju kurung untuk budak-budak ni.Baju lain umi tak beli pun.Sebab baju tahun lepas elok tergantung lagi.Pakai pun sekali sekala.

Hah ni nak tanya, siapa yang suka makan pisang.Jangan Pishang sangat pepagi ni ye.Pisang ni bukan sekadar makan je tau, tapi sambil kita makan tu sambil kita dapat khasiat daripada pisang.

Nak maklum bahawa pisang ni kurang sesuai untuk diberikan kepada anak-anak kecil.Jangan bila sembelit bagi pisang ye.Bagilah mereka betik kerana betik bagus untuk lancarkan lagi penghadaman diorang.Senang kata berak pun senanglah.Sebab dulu-dulu umi ingatkan makan pisang ni senanglah nak berak.Tapi tidak rupanya.

Si Dak Auni ni kalau dapat pisang memang suka sangat.Nampak je mesti dia nak beli.Tapi bernasib baiklah nenek tukang supply pisang.Bila balik kampung je, ada je buah tangan pisang dia bagi kat umi.Of courselah umi suka, selain dari makan gitu je, paling bebudak ni suka jemput pisang.Buatlah sepinggan besar pun, lawan dengan air kopi panas memang tak sedar satu pinggan tu habis.hahah.

Hah!! panjang berjela bercerita ni, umi nak share lah sikit kan tentang 10 manfaat kesihatan makan pisang ni.

Belum cerita tentang jenis-jenis pisang.Umi memang failed lah kan.Pisang yang umi tau adalah pisang emas, pisang lemak, dan tetiba umi blur nama pisang.Jadi jom kita tengok apakah manfaat yang kita dapat bila kita makan pisang

10 Manfaat Kesihatan Makan Pisang

 

1- Sebagai Sumber Tenaga

Di dalam pisang ni mengandungi 3 jenis gula iaitu fruktosa, glukosa dan suroksa.Gula dan karbohidrat yang terdapat dalam pisang mudah dicerna dan tidak terlalu cepat dilepaskan dalam darah sehingga orang memakan pisang mendapat sumber tenanga, tetapi boleh bertahan lebih lama dan gula.Selain itu pisang mempunyai B complex untuk membina tenaga.

2-Menyokong Prestasi Otak

Hasila kajian dari uniqee.com mengatakan bahawa pisang membantu otak bekerja dengan lebih baik.200 orang pelajar di sebuah sekolah di inggeris diminta untuk membiasakan diri untuk sarapan, makan tengahari dengan pisang.Dan dari hasilnya pelajar-pelajar tersebut mampu menyelesaikan ujian akhir dengan baik.Wallahualam

3-Baik untuk kesihatan jantung

Kandungan Kalium yang tinggi dan natrium yang rendah dalam buah pisang ini boleh digunakan untuk mencegah darah tinggi.

4-Mengurangi Gejala Stress

Kandungan potasium bermanfaat menormalkan degupan jantung.Kombinasi pelbagai zat pemakanan yang terkandung di dalam pisang mengatur keseimbangan dan kelembapan dalam tubuh dan memperbaiki penghantaran oksigen ke otak.

Orang yang mengalami tekanan dan kemurungan, potasium ditubuhnya akan menurun dengan drastik mengakibatkan metabolisme meningkat.Kandungan potasium dalam buah ini yang tinggi memberikan bekalan untuk tubuh kita sehingga tekanan boleh dikurangkan.

5- Mengurangkan risiko stroke

Ini terbukti dengan menurunnya risiko stroke sehingga 40% pada orang yang secara rutin mengambil pisang.Potasium menjadi nutrisi yang penting dalam mengurangkan risiko kematian kerana stroke

 

6- Meneutralkan asid perut pesakit gastrik

Pisang tidak menimbulkan iritasi mahupun kerosakan kerana gastrik.Asid gastrik juga boleh dineutralkan dengan pisang.Makan pisang ditambah dengan segelas susu baik untuk seseorang yang mempunyai sakit perut atau penyakit usus akibat asid gastrik.

7-Memperbaiki Mood

Triptofan atau vitamin B6 berperanan penting untuk menghasilkan hormon serotonin.Salah satu fungsi hormon ini mengatur emosi dan menenangkan fikiran.Bagi kamu yang sedang tertekan dan memerlukan mood yang lebih baik tidak ada salahnya lebih sering makan pisang.

8-Disarankan untuk ibu hamil

Wanita yang hamil memerlukan asid folik yang cukup untuk pertumbuhan janin dalam rahimnya.Pisang mengandungi asid folik sehingga disyorkan untuk ibu hamil.Pisang akan mencegah terjadinya cacat apabila bayi tersebut lahir dan membantu pembentukan sel-sel baru yang sangat diperlukan oleh janin untuk pertumbuhan sel yang lebih cepat.

9-Mencegah Sembelit

Serat makanan dalam pisang menjaga agar gerakan usus tetap baik.Kalau korang taknak sembelit makanlah buah-biahna dan sayur-sayuran yang banyak mengandungi serat, pisang adalah salah satunya.Jangan lupa untuk tetap minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari

10-Mencegah pereputan tulang

Penggunaan kalium yang cukup membantu mengurangkan perkumuhan kalsium dalam air kencing

Itulah dia 10 manfaat kesihatan makan pisang yang perlu korang tau.Yang penting kena banyak minum air masak dan jaga kesihatan. .caiyokk

23 thoughts on “10 Manfaat Kesihatan Makan Pisang

  1. Pisang merupakan buah yang paling digemari di dunia. Selain rasanya…pastinya khasiat yg terkandung di dalamnya. Terima kasih diatas info ini

  2. akak suka pisang berangan jer tapi kang yang bab lawas tuk buang air tu kureng tepat..haha..
    doc kata lagi sembelit ada la..entah la betol ke tidak tapi kalo akak makan sembelit tetap ada..

  3. Dulu masa kecik suka sangat makan pisang…

    Siap tanam pisang depan rumah (pokok yang rendah-rendah)

    Bila nak makan pisang, pergi petik dekat tandangnya terus…

  4. tq for info aida..Banyak manafaat pisang ni rupanya..kita agak memilih bila makan..memandangkan pisang ni tak glamor sgt, selalu lah kena tolak tepi..rupa-rupanya macam-macam ada..kena start dari sekaranglah makan pisang at least sebijik satu hari..

  5. wah tqvm sis.sebenarnya kak lea ngan 3 anak baru baik keracunan makanan.anak2 paling teruk sampai gi hosp masukkan drip.sekarang perut diorang banyak angin,usus still problem,makan je cirit.nanti nak suruh hubby belikan pisanglah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *