10 makanan penyumbang kalori terbanyak

10 makanan penyumbang kalori terbanyak | Sekarang ni banyak sangat makanan yang mempunyai kalori yang tinggi di dalamnya

Biasalah sekarang ni kan zaman modern, Zaman orang berlumba-lumba untuk melakukan sesuatu yang baru.Dan zaman yang suka untuk mencuba.Timbul pulak pelbagai jenis makanan yang terbaru.Lagi-lagi yang melibatkan penggunaan kalori yang tinggi dalam setiap hidangan
 
Yang kita ni nampak sedap, habis dibedal.Pastu dah ketagihan nak dapatkan makanan tu.Hahaha..Peringatan juga untuk diri sendiri yang suka sangat mencuba menu makanan yang terbaru di pasaran tu.
Tak kisahlah makanan tu berkhasiat atau tidak janji sedap kan?
 
Jadi jangan ikut macam umi.Dah sakit baru rasa nak menyesal.Dah ler malas nak bersenam.Takat buat kerja rumah tu, berapa keratlah peluh tu keluar kan?
 
so, apa itu kalori? korang tau tak kalori tu apa.Jangan tau makan je tapi tak tau pasal kalori ni.eceh umi, macam ler tau semuanya.Diet pun kadang-kadang kelaut.
 

APA ITU KALORI

 

Kalori merupakan satu unit tenaga dan kita boleh mengaitkan kalori dengan makanan tetapi ia juga berkait dengan apa saja yang mengandungi tenaga, misalnya 4 liter petrol mengandungi kira-kira 31,000,000 kalori.

Secara spesifik, kalori merupakan kandungan tenaga atau haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu satu gram air sebanyak satu darjah celcius(C).

Ramai orang berfikir kalori hanya berkaitan dengan makanan misalnya satu tin minuman berkarbonat mengandungi 200 kalori, sebenarnya kalori dalam makanan adalah kilokalori (1000 kalori = 1 kilokalori).

Satu kalori dalam makanan mengandungi 4184 J. Oleh itu satu tin minuman berkarbonat mengandungi 200 kalori makanan atau 200,000 kalori atau 200 kilokalori.

Ini juga sama semasa bersenam dimana jadual kecergasan mengatakan anda membakar 100 cal setiap kilometer berjalan bermakna 100 kcal.

Terdapat 3 kelas makanan utama dalam makanan kita. Mereka ialah karbohidrat, lemak dan protein. Ketiga-tiganya mempunyai “nilai kalori”(kandungan tenaga) tertentu seperti jadual berikut.

KELAS MAKANAN NILAI KALORI
(kcal)
SUMBER
Karbohidrat 4 nasi
Lemak 9 minyak masak
protein 4 ikan dan daging

Setiap individu memerlukan kalori yang berbeza. Ini bergantung kepada jantina, saiz badan, umur, aktiviti dan iklim. Golongan lelaki memerlukan lebih kalori kerana mereka lebih aktif. Saiz badan yang besar juga memerlukan kalori yang tinggi kerana ia mengandungi sel yang lebih banyak. Golongan kanak-kanak dan remaja yang sedang tumbuh pesat juga memerlukan lebih kalori kerana metabolisme (keperluan tenaga asas) mereka tinggi. Pekerja atau ahli sukan memerlukan kalori tinggi untuk menampung aktiviti yang cergas. Jika kita tinggal di tempat yang sejuk, kita juga memerlukan kalori yang lebih. Ini perlu untuk menggantikan haba yang hilang.

Apabila seseorang mengambil kalori yang tinggi atau terlampau rendah, maka berlakulah masalah kesihatan. Jadual berikut menyenaraikan beberapa contoh masalah kesihatan itu.

MASALAH KESIHATAN PUNCA GEJALA CARA MENCEGAH CARA MERAWAT
Malnutrisi Kekurangan kalori Sangat kurus dan tidak bertenaga Makan makanan seimbang dan mencukupi Memberi zat tambahan
Anoreksia Tabiat tidak mahu makan kerana ingin menguruskan badan Terlalu kurus Pendidikan Kaunseling
Kegendutan Pengambilan kalori berlebihan Kelihatan terlalu gemuk, pengumpulan lemak di bawah kulit Mengawal pengambilan makanan Bersenam atau mengambil ubat dari doktor
Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi Makan makanan berlemak berlebihan Serangan penyakit jantung dan cepat letih apabila melakukan aktiviti fizikal Mengurangkan makanan berlemak Pembedahan dan pengambilan ubat

Orang dewasa perlu menentukan pengambilan dan penggunaan tenaga yang seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan. Sekiranya kita mengambil lebih kalori dari yang diperlukan, badan akan menyimpan lebihan kalori tersebut sebagai lemak di dalam hati dan di bawah kulit serta dalam bentuk glikogen di otot-otot.

Lemak simpanan ini akan digunakan jika lapar berlaku untuk memberi tenaga. Bagi setiap 3,500 kalori yang disimpan, berat badan akan naik lebih kurang 1 lb(450 gram). Oleh yang demikian, sekiranya seseorang itu mengguna lebih tenaga dari yang dibekal, berat badan boleh dikurangkan. Walau bagaimana pun, bilangan kalori yang perlu bagi mengekalkan berat badan bergantung kepada umur, saiz, cara hidup (terutama senaman dll), komposisi badan dan keturunan.

[ BACA JUGA10 Tips Diet yang Seimbang ]

 
 
Lapo pulak tengok sandwich bertingket-tingket ni.Kalau depan mata dah lama kena terkam.
 
Nak tahu tak apa  dia 10 makanan yang menyumbang kepada kalori terbanyak? Meh sini kita cuci sikit otak kita supaya jangan terbiasa nak ambil makanan-makanan ni
 
 

10 makanan penyumbang kalori terbanyak

 
 
Mi kari
Kombinasi antara mi dan kari bersantan memang menyelerakan, namun tahukah anda sebanyak 500 kalori terkandung dalam hidangan ini? Jika anda teringinkan hidangan mi berunsurkan kuah, gantikan dengan mi sup yang rendah kalori berbanding mi kari. 


Susu pekat manis
Elakkan menggunakan susu penuh krim setiap hari. Walaupun ia penuh dengan khasiat kalsium, namun kandungan gulanya amat tinggi. Untuk maklumat, satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi kira-kira 60 kalori. 


Burger
Burger semestinya makanan yang kita cari jika lapar di waktu malam. Perlu anda ketahui bahawa satu hidangan burger biasa mengandungi 475 kalori . Ini tidak termasuk keju, sos dan mayonis. 


Nasi Goreng
Biasanya, nasi goreng mengandungi kira – kira 630 kalori ini kerana nasinya digoreng, bersama bahan – bahan lain. Boleh di makan, tetapi bukan selalu ya. 


Mayonis
Pengambilan mayonis wajar di kurangkan. Ini kerana mayonis tinggi dengan kandungan lemak. Jika inginkan mayonis, sentiasa memilih mayonis rendah lemak. 


Nasi lemak
Dahulu, nasi lemak hanya di makan pada waktu pagi. Kini hidangan nombor satu Malaysia ini boleh di dapati pada waktu petang dan malam kerana telah banyak kafe dan restoran yang menyediakan hidangan ini. Kandungan lemak dalam nasi itu mampu menjuruskan anda kepada obesity jika makan dalam kadar berlebihan. Sepinggan nasi lemak mengandungi kira – kira 450 – 600 kalori. 


Roti canai 
Senang dan cepat. Untuk maklumat anda, satu keping roti canai mengandungi 300 kalori. Jika anda makan dua keping, jumlah berganda. 


Aiskrim 
Perlu ingat bahawa aiskrim tinggi kadar lemak dan gula. Dua scoop aiskrim mengandungi 380 kalori. 


Donat 
Jangan salah faham donat tidak menggemukkan. Donat mengandungi gula dan kabohidrat yang tinggi. Jika anda teringin, satu keping memadai.
 
 
Baru semalam buat mee kari.Dah macam mana ko nak insaf???? 

9 thoughts on “10 makanan penyumbang kalori terbanyak

  1. Assalammualikum…kisah dairy,

    semua makanan kat sini mselim3 suka,,,mcam mana nie yer…heheh

    mselim3

    pls: kena jaga diet lepas nie,,,

  2. byak juga kalori tu..hmm, makan senang je..tp nk buang tu yg susah..boleh dikatakan list makanan kat atas tu rakyat Malaysia suka ambil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *