10 KOLEKSI RESEPI APAM MUDAH NAK BUAT | Musim PKP ni memang pantang la kalau takde makanan kat rumah.Ada je menu yang perlu disediakan untuk seisi keluarga.
Hah begitulah kan musim PKP ni, mak-mak pun dari tak expert memasak jadi expert bila mencuba pelbagai jenis resepi yang nak dicuba.Dari makanan berat sampailah ke menu kuih muih.Semuanya nak dicuba.Yelah, pelbagai jenis resepi yang boleh dicuba di musim cuti ni.
Dan yang paling penting adalah menu petang untuk disediakan untuk seisi keluarga.Kalau dah namanya menu petang, mestilah kuih muih jadi hidangan kan.Jadi agak-agak apa lagi menu yang korang belum pernah cuba untuk disediakan.Umi dah cuba dah resepi kuih muih tradisional, sekarang ni nak cuba pulak resepi apam mudah nak disediakan.Zaman ni semuanya nak mudah, yang susah payah orang nak sediakan kan?
Tapi takpe, umi ada senaraikan 10 koleksi resepi apam mudah nak buat untuk korang cuba buat di musim-musim cuti sekolah ni.
10 KOLEKSI RESEPI APAM MUDAH NAK BUAT
#1 RESEPI APAM NASI
#2 RESEPI APAM KAMPUNG GULA MERAH

#3 RESEPI APAM POLKADOT
Bahan-Bahan
- 2 biji telur gred B ( apa-apa telur pun takpe-tapi mesti dari peti ais)
- 1 sudu besar ovalette
- 3/4 cawan gula halus ( kalau nak guna 1 cawan pun takpe)
- 1 cawan susu segar kotak atau susu cair
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- pewarna kesukaan
Cara membuatnya
- Masukkan telur, ovaletter, gula dan esen vanila ke dalam mixer dan mix sampai pekat kembang ya.
- Masukkan tepung dan susu cair selang-selang sampai habis.
- Bahagikan adunan dan letak pewarna serta ambil sikit untuk corakkan apa-apa lakaran pada apam nanti.
- Susun cup kertas dalam acuan lompang
- Masukkan adunan ke dalam piping bag
- Isi adunan penuh cup dan lukis guna piping bab.Lukislah apa-apa yang korang suka
- Panaskan kukusan, pastikan betul-betul panas baru masukkan apam ke dalam pengukus.
- Kukus selama 5 minit dengan api sederhana besar
- Bila masak, buka penutup kukus dan keluarkan.Letak di dalam dulang dan bila sejuk boleh keluarkan
Next, untuk kukus sila ingat ya, isi cup cukup-cukup cup dan mesti kacau balik adunan atau kalau dah masuk piping, gonyoh sikit supaya liang udara hilang dan apam tidak berlubang.
Tutup pengukus tu pastikan korang balut dengan kain supaya air tak menitis ke apam
#4 RESEPI APAM PUTERI AYU
Bahan-bahan A
- 2 biji telur*
- 1 cawan gula
- 1 cawan gula*
- 1/2 sudu makan ovalette*
- Sedikit pewarna hijau
- 1 cawan pati santan (saya guna kara)
- 2 cawan tepung naik sendiri
Cara membuat bahan A
- Bahan-bahan bertanda * dipukul sehingga kembang
- Kemudian masukkan perasa pandan, pewarna hijau epal dan santan sikit-sikit sampai habis.
- Gaul sebati dan masukkan tepung seidkit demi sedikit ke dalam bekas berisi adunan yang dipukul tadi.Gaul jangan kuat-kuat.Perlahan mixer dan biarkan gaul sebati
Bahan B
- 1 biji kelapa parut muda
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu besar tepung ubi
Cara membuat Bahan B
- Satukan semua bahan B dan padatkan ke dalam acuan seri ayu yang telah disapu minyak.Kukus sekejap.Dalam 5 minit kemudian letakkan adunan bahan A tadi ke dalamnya dah barulah dikukus lagi selaam 15 minit
- Siap untuk dihidangkan
#5 RESEPI APAM PISANG
Bahan-Bahan
- 3/4 cawan gula pasir
- 1 cawan minyak masak
- 3 biji telur gred A
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking soda
- 5 biji pisang berangan @ 10-11 biji pisang emas
Cara membuatnya
- Masukkan semua bahan kecuali hirisan pisang ke dalam blender.Kisar sehingga sebati.Peram adunan selama 30 minit.
- Panaskan air kukusan hingga air mendidih.Sapu minyak pada acuan dan masukkan adunan 3/4 acuan.Letakkan hirisan pisang ke atas acuan dan kukus elama 15-18 minit.
Sumber : Sedapnya Resepi
#6 RESEPI APAM SUSU
Bahan-bahannya
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 cawan gula pasir
- 4 sudu besar susu pekat
- 2 cawan tepung gandum
- pewarna ikut suka
Cara membuatnya
- Sebelum tu panaskan la dulu pengukus, jadi bila siap adunan dah tak payah nak tunggu lama sangat
- Bahan 1-5 tu di blend/mix sehingga betul-betul kembang
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Kemudian asingkan ke beberapa bahagian dalam mangkuk lain dan letakkan pewarna yang korang suka.
- Oleskan sedikit marjerin ke dalam loyan dan letakkan bancuhan selang seli mengikut kreativiti korang
- Kukus selama 45 minit
#7 RESEPI APAM YOUGURT
Bahan-bahan
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung
- 1 camca double action baking powder
- 1 camca teh ovalette
- 1 cawan plain yougurt
- 2 biji telur
- 1 camca teh esen vanilla
Untuk pewarna di atas
- pewarna biru atau lain-lain
- pes coklat + 1 camca teh serbuk koko
cara membuatnya
- air kukusan dipanskan dengan api yang besar
- semua bahan kecuali bahan pewarna dicampurkan dan diputar dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi kembang dan putih.
- Ambil 5 sudu untuk diletakkan warna yang disukai atau campur dengan pes coklat + koko
- Kukus selama 10 minit dengan api yang kuat
#8 RESEPI APAM COKLAT
Bahan A :
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 2 sudu besar serbuk koko
( semua bahan di atas disatukan dan diayak
Bahan B:
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 cawan minyak masak
- 1/2 cawan susu pekat
- 1/2 cawan air suam
- 1 biji telur
Cara membuatnya
- Mix gula dan telur sehingga kembang
- Bila dah kembang, masukkan susu pekat dan minyak.mix ratakan adunan.
- Masukkan air dan mix sebati
- Masukkan tepung yang dah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disapu dengan minyak dan kukus selama 20 minit.
Kalau korang takde mixer guna blender je pun boleh.Senang je kan
#9 RESEPI APAM PANDAN
Bahan-bahan
- 3 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan air pandan ( kisar 1-5 helai daun pandan dan tapis)
- 1 cawan santan
- 1 cawan gula pasir
- 1 paket yis mauripan
- 1 sudu teh garam
- Pewarna hijau sikit
Cara membuatnya
- Satukan semua bahan dan kacau sampai sebati
- Perap selama satu jam
- Dah siap perap, sapu minyak pada acuan
- Tuang adunan separuh acuan
- Kukus selama 15 minit atau sampai masak
Bila dah masak biarkan seketika.Dah sejuk baru keluarkan dari acuan dan gaul bersama dengan kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam.
# RESEPI APAM DEWA
10 KOLEKSI RESEPI APAM MUDAH NAK BUAT
sumber : mamawandiha
Bahan-bahan
- 6 biji telur
- 1 1/2 cawan ( madiha letak 1 1/4 cawan gula kastor)
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar sunquick ( untuk hilangkan bau telur)
- Pewarna
- 1 sudu kecil ovallete
Cara membuatnya
- Pukul telur bersama gula, sunquick dan ovalette hingga kembang
- Setelah kembang, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata
- Bahagikan adunan kepada 2,3 bahagian dan masukkan warna yang disukai.
- Kemudian kacaukan sedikit adunan yang di dalam loyang dan lorekkan corak di atasnya
- Kukus selama 45 minit atau sehingga masak
Siap dah 10 resepi apam yang mudah kita nak buat.Nak-nak dihujung minggu ni kan.Mesti banyak plan nak buat kat rumah.